Monday, February 16, 2015

[Resepi] Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah


Semua orang suka makan Nasi Lemak. Tapi tak ramai mahir membuatnya termasuklah saya. Pertama kali memasak Nasi Lemak ialah ketika serumah dengan Zumie. Beliau yang mengajar saya. Rasanya adalah dalam 5 kali kami memasak menu ini bersama-sama. Air tangan beliau memang sedap dan yang menjadi kegemaran saya tentunya Pajeri Terung nyum nyum.. Hmm, manisnya memori bila diingat kembali. Sewaktu kami menetap di Raudhatul Istisyhad pula, kami pernah berganding bahu bersama Kak Asma'  dalam memyediakan sajian tradisi ini untuk dijual di Stadium Gama'ah pada harga LE6.50 - harga standard makanan Melayu di sana. Alhamdulillah semuanya habis. Sekalipun begitu, saya akui saya masih belum mahir memasaknya hatta sudah diajar beberapa kali.


Jadi hari ini saya mencabar diri untuk mencuba sekali lagi tetapi versi Nasi Lemak kukus pula. Selama ni guna rice cooker tapi sebab nasi semalam masih ada, nak tak nak kena kukus. Turut disertakan sekali ialah Ayam Goreng Berempah ciptaan sendiri dek kerana tak sempat nak google. Baik si kecik hari ini. Di kala Ummi kelam-kabut memasak, dia tolong mengemas. Alhamdulillah. Terima kasih anakku.


Untuk makluman, resepi di bawah ditulis seringkas mungkin bagi memenuhi citarasa penulis yang sukakan konsep minimalis. Kekekeke. Maka, ianya tidak sesuai dijadikan panduan untuk menghasilkan masakan sempurna yang mencapai standard menantu mithali. Kalau masak sekadar suka-suka bolehlah. Asalkan cukup syarat untuk dipanggil Nasi Lemak kukus bersama Ayam Goreng Rempah.


Okay, di bawah ini resepinya.


Nasi Kukus
2 pot nasi
Santan pandailah sukat sendiri - saya guna 2 kotak Kara 250ml + air 1/2 pot 
1 inci halia
1 ulas bawang merah sederhana
2 ikat daun pandan



Dah namanya kukus kan, jadi pertama sekali kenalah didihkan air dalam periuk kukus. Koi guna periuk manual.

Kemudian basuh dan toskan beras. Letak dalam bekas  bersesuaian. Saya guna loyang. Selalunya kukus kek je jadi bila masak nasi pun automatik nak guna loyang. Lagi bagus kalau dapat alas loyang tu dengan daun pisang. Mak Su saya kalau kukus mesti buat macam tu dan tidak dinafikan masakannya sangat sedap.

Seterusnya hiris bawang, halia dan daun pandan sebelum menaburnya ke atas permukaan beras. Kemudian barulah isi setengah bahagian santan.

Kukus hingga hampir masak. Selepas itu, buka penutup, tuang lebihan santan, kacau, tutup kembali dan tunggu hingga nasi masak sebelum dihidang.


Ayam Goreng Rempah
Ayam secukupnya
bawang merah dan putih dikisar
Rempah serbuk - kunyit dan kari
Cili kering kisar beberapa sudu
Sebatang kulit kayu manis
Garam


Campurkan semua bahan. Perap dalam beberapa jam. Kalau malas, perap sebentar sajalah. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Okay itu sahaja. Resepi sambal tak disertakan sebab malas. kekekeke. Gambar di bawah diambil pada pukul 6.00 petang dan itu sajalah presentation tercantik yang mampu saya jayakan. Lauk pun tinggal baki seciput je. Harap dimaafkan. Saya akan berusaha memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang.
Diharap sesiapa yang membaca akan memperoleh manfaat daripada tulisan ini. Selamat mencuba. (^_^)




No comments:

Post a Comment