Rasa mahu menulis tapi tidak tahu mahu tulis apa. Sekarang bukan macam dahulu yang penuh contengan di mana-mana ruang yang kosong. Ada sahaja yang mahu diluah. Sekarang macam tersekat. Faktor usia dan pena yang tumpul barang kali.
Tadi, sengaja saya kemas kini beberapa fail virtual, sambil menelaah subjek Plant Physiology. Ada sesetengah orang gemar bersuka-ria di jalanan untuk mengurangkan stress. Saya sebaliknya, lebih suka mengemas fail-fail virtual.
Alhamdulillah hari ini ada beberapa perkara berjaya diselesaikan. Yang pertama, hantar proposal projek tahun akhir. Kiraan plagiarism oleh Turnitin adalah 2%, jadi tak ada masalah untuk hantar hari ini. Kedua, laporan latihan industri juga berjaya dihantar. Seterusnya, saya berjaya membasuh tiga baldi baju kotor. Sejak kebelakangan ini agak sibuk, jadi baju berlonggok. Dan yang keempat, sampah berjaya dibuang, seperti sepatutnya yang termaktub dalam jadual rumah tangga kami.
Harap-harap hari esok akan membuahkan sinar yang lebih membahagiakan daripada hari ini dan semoganya hari esok, saya, suami dan anak akan menjadi manusia yang lebih bertaqwa berbanding hari ini.
