Saturday, March 28, 2015

[Diari] Suamiku yang Kadang-Kala Menghairankan

"8.45 malam abang datang ambil," ringkas tetapi signifikan pesanan yang dihantar.

Jam menunjukkan pukul 8.03 malam. Saya mematikan ayat terakhir tugasan lalu mengemas meja dan bilik yang berselerak. Sahabat di sebelah masih khusyuk menyiapkan laporan makmal.

Ketika bertukar pakaian, saya teringat pada komen seseorang beberapa bulan lalu mengenai saya yang ala kadar sahaja bila keluar bersama suami. Pakaian tidak vogue dan wajah tidak ada calitan kosmetik.
Saya katakan padanya, suami saya melarang saya memakai bedak. Mungkin beliau ragu-ragu dengan kenyataan itu sementelah sifat semulajadi lelaki yang sukakan kecantikan.

Dalam kebanyakan filem Inggeris yang mengetengahkan tema transformasi kehidupan, jika anda perasan, tranformasi wanita kebanyakannya ialah pada wajah. Mereka diajar memakai kosmetik untuk tampil yakin serta disukai manusia.

Mengingatkan pada komen tersebut juga pada keaktifan adik-adik saya berhias, tiba-tiba terbit malu dalam diri.

"Orang bujang pun makeup, aku ni togel aje."

Maka, dengan azam yang kuat untuk tampil menarik di mata suami(kononnya la kan), saya menghampar barang kosmetik di atas lantai dan mula melakukan operasi transformasi wajah.
8.50 malam. Siap. Rakan di sebelah memuji cantik. Saya sendiri tatkala melihat wajah di cermin terasa macam hot stuff kejap. Lalu dengan pantas tetapi anggun, saya turun ke bawah blok.

10 minit tak kunjung tiba. Solat Isya agaknya dia. Takpe, makeup tak cair pun.

Tiba-tiba dari kejauhan saya nampak kereta suami. Setelah mengambil tempat duduk, saya bertanya padanya, cantikkah penampilan saya malam ini? Beliau senyap.

Tiba di destinasi, baru ada sinaran lampu yang cerah dan ketika itu suami kaku memandang saya.

"Lepas ni tak payah pakai macam ni dah."

"Eh kenapa? Kan naik seri yayang kalau makeup. Tak cantik ke abang?"

"Cantik...Tapi abang tak prefer yayang pakai."

Kecil juga hati tapi saya biarkan. Malam itu saya tidur di rumah kelamin kami.

Esoknya selepas bangun pagi, dengan malas dan tidak mandi lagi, saya menyarung tudung dan sweater untuk basuh baju. Mesin basuh di luar bilik, jadi mesti tutup aurat.

Sekembalinya saya ke bilik, suami datang dan mengusap ubun-ubun.

"Macam ni pun dah cantik."

Thursday, March 26, 2015

[Diari] So Into You


It is so sad to see these girls, they took food from the pantry, cooked and eat by themselves when those were stocks for the restaurant. And when customers' food was ready, they didn't realize it as they were busy gosipping and flirting with a group of male customers from another table. They are waitresses, they are paid to do the job, why wouldn't they work passionately? There weren't many customers anyway, I don't think they can get tired at all. It was once a highly rated restaurant, so sad to see it ends like this. Food quality out already for a long time ago but we have memories here that is why we keep coming. But the workers are lazy as hell, rude and incompent and the owner had stopped dropping by to check or help, maybe it is time for us to say goodbye now. Maa'ssalamah.

****

Husband's temperature has dropped significantly since this evening. I hope tomorrow he will be fine and healthy as usual. We might not be going back to hometown if his condition is still unstable. We plan but Allah is the best planner.

Till then, bye bye.

Sleep tight, don't let the bugs bite.

[Diari] Nenek Abang, Nenek Yayang Juga


Ketika melewati kaki lima ke KFC tengahari semalam, kelihatan kedai Ayamas bersebelahan sedang aktif melaksanakan promosinya. Agak berpatutan juga apabila ayam segar dijual pada harga RM8.80 seekor tanpa mengambil kira berat. Bagi jenis ayam yang sama selalunya RM15++ di pasaraya besar. Untuk seekor ayam masak pula hanya RM19.90. Murah berbanding biasa. Bila difikir-fikir hendak beli tapi tak jadi kerana inginkan nasi.

Rancangan awal hendak makan di sebelah BSN tetapi mereka tutup. Kedai lain pula tiada kecuali di kawasan Melang yang mana agak jauh dan memenatkan untuk pergi di kala panas matahari aktif membakar bumi. Maka KFC sahaja pilihan terakhir.

Suasana dalam restoran agak padat dengan kebanyakan ruang dipenuhi pelajar matrikulasi. Mereka cuma boleh keluar hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kalau tak silap. Sebab itulah kelibat mereka sering memenuhi pekan kecil ini hujung minggu. Ada yang makan berjam dengan kekasih sehingga kami yang lebih lewat pun pulang dahulu. Ada yang belajar. Saya tertanya, bolehkah fokus dalam suasana hiruk-piruk begitu? Entahlah. Citarasa masing-masing kan.

Seusai makan, kami pulang ke rumah. Selain tiada urusan, cuaca terik juga mematikan hasrat hendak bersiar-siar. Dikhabarkan melalui media, cuaca panas akan berterusan beberapa bulan. Jadi semua orang digalakkan untuk menjauhi pancaran cahaya matahari secara langsung.

Negara ini, selain hujan mencurah-curah hingga banjir, juga mengalami musibah panas membahang. Apa-apa pun sederhana paling baik. Jika hujan, menyuburkan tanaman dan menyejukkan bumi. Jika panas pula, memberi tenaga buat tanaman menghasilkan oksigen. Jika terlebih boleh jadi ujian. Jika kurang pun sama.

Semoga keadaan semakin membaik.

Ketika saya menulis artikel ini, lagu Istikharah Cinta sedang mengalun merdu. Ada memori datang menghimpit bersama lagu ini. Bila diingat-ingat, ia diperkenalkan kepada saya tahun 2012 oleh seorang sahabat bernama Ain. Namun tajuknya yang agak jiwang tidak menarik minat untuk mendengarnya. 

Selepas nikah, saya menghabiskan cuti semester di rumah mertua, menjaga arwah Nenek suami. Adik ipar yang baru tamat SPM selalu mengulang-ulang lagu ini namun ketika itu saya tidak tahu ianya Istikharah Cinta. Adik ulang dan terus ulang hingga menjengkelkan saya dek sifat saya yang sukakan suasana senyap. 

Sebulan lebih saya hidup dengan lagu ini.

Dalam sebulan lebih itu banyak perkara terjadi.

Kali pertama saya tinggal bersama mertua, menyesuaikan diri dengan suasana baru dan keluarga baru. Tidak sampai 3 bulan menikah, suami mentaklifkan sebuah tanggungjawab berat untuk isterinya iaitu menjaga Nenek. Itulah saatnya kali pertama saya belajar cara menjaga seorang manusia sepenuhnya. Dari memandikan (baca : mengelap badan), menukar pampers, mengurut, menghiburkan dan lain-lain. Di awalnya saya sering menangis kerana tidak pandai dan tidak mampu untuk membersihkan najis orang lain yang baru sahaja saya kenal. Saya bukan jururawat. 

Tetapi suami sangat sayangkan arwah Nenek. Antara saya dan arwah Nenek, beliau akan memilih Nenek. Dan semakin lama saya kenal Nenek, kedekatan hati itu semakin terasa. Neneklah yang beria memujuk Ibu membenarkan kami menikah. Nenek jugalah antara manusia yang tidak pernah menilai saya sebagai hakim. Nenek selalu bercerita kisah-kisah dahulu. Tidak ramai tahu bahawa saya sangat suka mendengar orang tua bercerita. Boleh tahan telinga berjam-jam tanpa bosan. 

Semakin lama saya semakin mampu. Tidaklah bagus tetapi semakin membaik. Sekurang-kurangnya perasaan untuk berkhidmat tu semakin seronok.

Dan kemudian saya mengandung. Semasa mengandung ibu mertua tidak membenarkan saya untuk menjaga nenek demi kesihatan kandungan. Selepas bersalin pun tak dapat jaga nenek kerana menjaga Safiyyah pula.

Dan sehinggalah nenek pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 17 Ramadhan tahun lalu. Betapa terkilannya saya ketika itu kerana tidak menjadi orang  yang menjaga nenek sehingga akhir hayatnya.

Tetapi dalam masa yang sama saya juga bersyukur. Sekurang-kurangnya saya pernah merasa kasih saya nenek hatta sekejap, dan juga mencurahkan rasa cinta saya nenek. Dan semoga itu menjadi buah pahala buat saya di akhirat kelak.

Tuesday, March 24, 2015

[Diari] Laporan Harian


Tadi call Ibu (mak mertua). Dah sihat rupanya tapi ada batuk sikit bila malam. Alhamdulillah. Alkisahnya masa melawat haritu Ibu, Abah dan Alisha tak sihat. Pulak tu berjalan jauh. JB - KP - MS - K. Saya pun penat apatah lagi mereka. Esoknya suami demam kemudian berjangkit kat saya. Selalu antibodi kuat tapi masa ni lemahlah dek menangis 2 hari rindukan Alisha. Itu yang sakit pulak. Kemudian cakap kat Ibu teringin nak makan Sup Gearbok (gearbox) tapi tak ada. Dasar manja kan. Demam sikit je pun. Tapi...Betullah memang setiap kali demam saya mesti teringin sup kambing/gearbok panas-panas. Terasa aktif segala deria bila menghirupnya. Dulu Mak (mak kandung) pernah jalan kaki 2-3 km semata-mata belikan sup untuk anak daranya yang demam/gastrik. Masa kecik-kecik, kalau demam biasanya teruk. Gastrik tak usah cakaplah. Wajib kena setiap kali Ramadan. 3 hari tak bangun katil tu dah selalu. Ngeri bila ingat pengalaman dulu. Tak nak gastrik dah :'( .

Lepas berbual sikit saya tanya kenapa sunyi sangat belakang tu? Alisha tidur?
Rupanya Ibu di tempat kerja. Ingatkan Ibu cuti harini, rupanya semalam. Ceh. Tak mahu ganggu lama-lama, saya mematikan perbualan.

Oh ya, cakap pasal berbual ni, pagi tadi saya jadi host untuk kelas Bahasa Inggeris sebab Sir Nawir sakit tekak. Asalnya tak mahu pun sebab saya kan muka ketat macam PMS, tapi disebabkan krik krik lama sangat, volunteer jelah ke depan.

Disebabkan tak pernah jadi emcee untuk program dalam bahasa Inggeris, saya blur jugalah. Vocab pun tak banyak. Ada masa sebut je dalam Bahasa Melayu. Hehehe. Lantaklah yang penting konpiden. Biar orang nak kutuk tatabahasa dan sebutanku salah. Yang penting berani mencuba. Kau ado? Hehehe.

Sepanjang2 kelas tu ada je saya nak menyelit pendapat sendiri walau tiada yang meminta. Sejak dah beranak ni mulut pun macam mak cik mak cik. Pot pet pot pet. Entah apa benda yang nak dicakap pun tak tahu. Tapi sentiasa adalah nak menambah. Mujurlah masa tak banyak dan vocab pun kelaut, maka saya kunci mulut sedikit. Kalau tak mungkin macam peluru je saya menyembur kata-kata.
Lepas kelas saya pergi makan kat OSS. Waaaa masa tulah demam ni tunjuk taring. Sebelumnya macam dah kebah, tiba-tiba bila dah panas membahang dia datang balik. Kepala weng weng nak pitam. Alhamdulillah ada Ristinazeha tolong angkut beg saya yang beratnya masyaallah boleh senget bahu. Tak sangka ada lagi orang nak kawan dengan saya. Hehehe. Uhibukkifillah ukhti.
Sekian, itu sahaja laporan saya untuk berita nasional hari ini.

Sunday, March 22, 2015

[Diari] Anak Ummi Dah Pandai Solat



Ia pengalaman pertama kami semalam menghadapi situasi anak jatuh tersembam dan melecet di shopping mall lalu menangis sekuat hati. Ya Allah, benar-benar kuat sampai saya terpaksa bawa ke baby's room untuk basuh mukanya dan tenangkan dia. [Bestnya anak changing room for babies. Susah nak cari tempat lain :,(]

Asalnya anak nak kejar Abi dari belakang. Tapi abinya laju sangat jalan dan anak tak reti brek betul-betul lagi. Ummi pun tak tersambut masa jatuh tu. Kasihan betul...

Masa pulang anakanda Ummi pukul kepalanya sendiri [geram betul tak tahu siapa ajar dia ni]. Ummi jentiklah jarinya sebagai peringatan. Memang selalu saya jentik setiap kali anakanda buat perbuatan tak elok supaya dia tanam dalam minda maksud tindakan Ummi. Rupanya dia dah faham. Mata terus berair bila kena tegur. Aduhai, tak sampai hati Ummi nak marah dah, terus peluk dia.


Malamnya masa nak balik tu, anakanda meraung tak nak lepas. Menangis-nangis dalam kereta. Sikit je lagi Ummi nak minta pada Ibu supaya biarkan anak di sini. Dengan Ummi sekali menangis. Tapi Ummi tahu, cakap macam mana pun mesti tak dapat punya. Ummi kena sabar. Dua tahun itu tak lama.

Pejam celik je besar dah anak Ummi. Setahun 2 bulan sudah. Sabar ya sayang, tunggu Ummi pulang. Nanti Ummi masak sedap-sedap dan bawa Ayang pergi playground. Alhamdulillah berkat didikan Nannynya, anakanda dah pandai solat sikit-sikit. Bila orang sebut Allahuakbar, nanti dia angkat takbiratulihram dan letak tangan ke perut. Kalau dengar azan pun sama, sebab ada sebut Allahu Akbar kan. Ruku' dan sujud pun dah pandai walau tak berapa cantik hehehe. Biasalah budak-budak kan. Apa-apa pun Ummi lega melihat perkembangan anakanda. Semoga anakanda Jannatul Safiyyah Alisha membesar menjadi wanita solehah, taat kepada Allah taa'la, mengikut sunnah Rasulullah saw, taat pada Ummi dan Abi, bijak, cantik, zuhud, tawaddhuk serta lemah-lembut.





Friday, March 6, 2015

[Diari] Second Chance...Or maybe Third?


I know a lot of people look down on me as if I am nothing compared to them. I was downgraded indirectly and directly this past week. But it is okay, insyaallah I can and I must endure it because this is my last chance to prove to myself that I can succeed. Furthermore, I hurt a lot of hearts during my previous years here so to be hated is not something I could avoid easily. But I would like to remain low profile as well as not getting myself into troubles for the next couple of years insyaAllah. I wish no one will spread the story of who I am before and who I am now. Please give me some space to make a fresh start. In addition, family matters are personal. I do not like anyone to be a news broadcaster. Why? Because when people hear my story, some of them would ask a lot of questions and some of the questions might be quite sensitive and provocative. If I weren't there to defend myself, then, a lot of misunderstanding may occur and will affect not only myself but my family. The informer also berdosa kerana dikira memfitnah. There are a lot of things that me and my husband disclose to public to avoid any unnecessary attention and question such as our financial state and etc. So let personal things remain personal okay? I love you all. And I am not doing this because of anyone but me and myself only (of course because of Allah too). I am not here to show I am better than anyone or to compete with anyone. I am here to compete with myself, to kill the demon inside me that keeps wandering and tell me that I can't. My mind is the biggest garbage dump I have ever known and it is now the best and the only time left for me to clean it and make anew.

Everyone wants a second chance.
* * *
I am thinking about taking additional subject this semester because the lecturer is so inspiring. My history tells me that I usually have problems with male educator. Yep since I was in secondary school, I didn't get along well male teachers. No, not because of that love minat thingy. I was and am strictly professional with teachers and lecturers. That means no feelings involved. But there were always something wrong somewhere. So this time I would like to dare myself to break the record. However, family and PA didn't encourage me to do it as it would burden me. =_='

Tuesday, March 3, 2015

[Diari] Hot Day

It was an extremely hot day I almost passed out. Alhamdulillah after I took a shower, drank half of a water bottle and took an hour nap, my energy level was back to normal.

I completely forgot to take an umbrella from husband today. We went out to pay hostel fee and I accompany him for dinner.

While we were having our food, two young children came by asking us if we wanted to buy keropok. They looked messy wearing worn out clothes. The older one, the girl, was playing with a cat beside me while waiting for our response.

I admit I just ignore them. I was unable to look at their gaze because my heart was sad thinking what if my daughter was to be in their shoes? I could never imagined that to happen. In addition, I actually didn't have any cash at hand since my daily expense had reached its limit. And the food I ate was a treat from husband.

May those children be blessed by Allah taala with enough rezeki.