Saturday, January 31, 2015

[Koreksi Diri] Buat Kenduri Kecil-Kecilan Je. Ish Kahwin Kan Sekali Seumur Hidup!




Bahagia.

Apa definisi bahagia?

Bagiku, tiada jawapan bernoktah untuk soalan tersebut kerana boleh jadi bahagia itu bukan sekadar pada satu, dua atau tiga perkara. Mungkin banyak, bergantung pada persepsi individu.

Apa yang membuatmu terluka, mungkin membuatku bahagia.

Untuk aku, bahagia itu ialah bila aku sentiasa cuba memperbaiki diri kepada Allah taala. Jatuh tapi kembali bangkit. Tak cukup baik tapi sentiasa cuba menjadi lebih baik.

Bahagia itu juga ialah bila melihat suami tersenyum dengan khidmatku. Suamiku bukan siapa2. Tidak berharta, tidak berupaya memberiku kemewahan dunia. Jika orang lain berada di tempatku, mungkin taat pada suami adalah pekerjaan yang sukar dek sikap semulajadi wanita yang materialistik. Maka bila aku berjaya merasa cukup dengan pemberiannya lalu berusaha pula berkhidmat untuknya, ia kejayaan besar yang justeru membuatku bahagia.

Selainnya, bila bersama bertiga tanpa ada sesiapa, juga satu momen indah yang membahagiakan.

Bahagia yang lain ialah apabila aku berjaya menolak diri daripada berkata buruk, menyindir atau memperlekehkan manusia lain. Itu antara perkara yang cuba kuusahakan. Bersangka baik dan berlaku baik terutama pada orang2 yang menyakitiku melalui tulisan, mulut dan tangan.

Berbeza bukan dengan kamu? Barangkali definisi bahagia ini terlihat lekeh pada pandanganmu. Barangkalo bahagiamu adalah tika kau berjaya memiliki Toyota Harrier.

Jadi tak perlu kita menghakimi KPI bahagia orang lain, kerana hati kita, rasa kita tak sama seperti mereka.

Jika hendak lihat, biarlah sekadar lihat. Tak perlu semakkan kepala fikir hidup orang lain gembira atau duka.

Boleh jadi mereka2 yang kita lihat itu hanya pandang sebelah mata sahaja akan kejoyahan kita. Iyalah, buat apa hendak ambil pusing umpatan dan sindiran kita, bukannya kita tuhan mereka.

Jadi, biarlah manusia dengan cara hidup mereka.

Boleh jadi itulah definisi bahagia mereka.

Dan kita.
Teruslah mencari bahagia sendiri.




***

Tulisan ini tercetus selepas melihat umpatan bertubi-tubi terhadap kehidupan Fynn Jamal. Kasihan bila mana manusia terlalu sibuk membenci hingga terlupa yang dibenci itu juga manusia dan muslim.

Thursday, January 29, 2015

[Cerpen] L

Ia hakikat penuh celaru. Suatu realiti, namun sukar dicerna menjadi makna pada diri dek keganjilannya pada menjadi norma masyarakat.

Jika kau bertanya aku apa itu norma masyarakat, mahu atau tidak aku terpaksa menanyamu kembali. Kau ingin konteks semasa atau konteks moral? Jika A jawapanmu, maka aku akan memberi 3 patah perkataan berbeza namun bermaksud apabila kau mencari persamaan di antara semuanya.

Rasuah, Zina dan Aurat.

Fikir-fikirkan dengan akal. Esok aku sambung lagi kerana mataku benar-benar berat. Selamat Malam.

Tuesday, January 27, 2015

[Diari] Thank You Note

My daughter has reached 1 year old two days ago. How time flies.

I want to thank the people that has been with me through thick and thin especially those who brought me healthy foods during my pregnant period, asked me how I was doing, support me mentally and not leaving me despite knowing how bad I am as a human. Also to those who pray for me from far away, I hope you will be blessed by Allah taala.

There are few names that I want to write specifically because they were so kind to mw during my rough days. However, to jaga hati semua orang, I would like to state two names only because they earn it. They were Ruby and Hafizah. Ruby came to see me before I gave birth as well as after. Hafizah did too and brought so many things and always sent me messages to support. Hafizah is a very patient girl. I couldn't reward her much for her kindness toward this evil stepsister. Huhuhu.

Those who havent said anything, went ignorant about my state and has completely cut their friendship off with me, I would like to thank them too for any kindness they had done that maybe I wasnt aware of. This statement truly not meant to offense, insult or perli. It is an honest thank you. What past is past. I understand not all people are meant to be friends forever.

I hope you guys will have a blessed year 2015. My deep condolescence goes to anyone especially Aslamiah that was tested with flood. My Allah grant us good rewards in hereafter.

And please pray for my daughter ok! Please pray for her to be a good Muslimah, good daughter, good sister, good friend, good student, kind, honest and smart. Please pray for our (you and me) future children. I am still bertatih to be a good mother. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mendidik anak2 ini menjadi generasi seperti generasi sahabat. Ok? :)

Till then, love you all so much! Bye bye! Asalamualaikum.

Sunday, January 25, 2015

[Diari] Membebel


So tired. So. So. Tired.

But extremely happy at the same time.

I am just happy that I am a wife, a mother and a daughter.

I am happy to spend my next 40 years of life looking at the same face over and over again. Happy to know that I have another 40 years to take my time accepting husband's flaws. Happy to know that finally there comes the man that still want to love me despite the fact that I am such a fake woman.

I am happy. And want to write more. Unfortunately I have a lot of work to do. There are times when I really wanted to have bibik but then I am just a one child mother. Come on, jangan pemalas sangatlah hahaha. Other people can handle 3 kids alone at a time kot.

Hmm. I wonder how people with bibik live. Are they pemalas? Are they rajin? Do they wash their own underwear? Do they cook or let their husband eat bibik's cooking?

So tired la. Going to stop now. Bye. Bye.

Monday, January 19, 2015

[Diari] Mamai


Sebentar tadi saya terbangun bersama juraian air mata kesan mimpi ngeri. Mimpi bahawa suami meninggalkan dunia tanpa saya di sisi. Sedih teramat hingga apabila mata dibuka, basah lencun pipi.

Celik sahaja, mata melilau mencari suami. Tiada. Anak di sisi sudah macam gaya superman tidurnya. Kaki di atas, kepala di bawah. Di sebelah anak sepatutnya ada ibu mertua namun beliau juga tiada. Beberapa saat kemudian baru ternampak kelibat beliau dari dapur.

"Bu, Jiha naik atas kejap ya," ujar saya. Ibu mengangguk. Saya segera menuju tangga. Takdirnya, suami juga sedang turun tangga dalam kegelapan. Melihat saya, beliau naik ke atas semula dan menyambut di pintu.

Spontan saya terus memeluk beliau dan meminta maaf sambil menceritakan mimpi sebelumnya. Suami menenangkan isterinya ini.

"Abang turun tadi kenapa?"

"Nak panggil yayanglah tidur atas."

Wah, sama pula gerak hati kami ini. Lega bila yang buruk itu cuma  sekadar mainan tidur. Fizikal dan roh beliau masih bersama saya.

Tetapi tidak lama. Melihat ibu sudah bangun tadi maksudnya tentu sudah pukul 5 pagi.

"Abang, yayang turun dulu ya. Banyak kerja nak buat."

"La, kerja apa? Buat nanti jelah."

"Nak basuh baju Safiyyah, masak makanan dia, mandikan dia."

"Awal lagi ni, tidurlah dulu."

Mendengar pujukannya, saya hentikan niat. Selimut ditarik kembali. Mata cuba dipejam tetapi dapur bagai memanggil-manggil. Ini tidak boleh jadi.

Saya mengerling suami di tepi. Tidur.

Dengan pantas kaki melangkah keluar, menuju dapur. Sampai sahaja, saya memulakan proses mencuci pinggan. Sambil itu mata memandang sekilas pada jam dinding.

"Ya Allah. Patutlah abang buat muka pelik tadi."

Baru 3.30 pagi.

Dem.

Sunday, January 18, 2015

[Koreksi Diri] Berlapang Dadalah



Baru baca blog kak Diana sebentar tadi.
Betul. Memang benar kebanyakan tulisan beliau yang terbaru. 

Menurut pendapat beliau, seorang suami itu tidak sempurna tetapi melengkapi. 

Suami saya begitu juga. Ada koyak di sana sini. Tetapi itu tidak bermakna beliau jahat, hipokrit mahupun tidak berguna.

Masalah wanita pada hari ini ialah kita mempunyai sikap tipikal iaitu suka berdendam, cepat menjatuhkan hukuman dan sukar melupakan kesalahan manusia lain. Juga bila dah benci tu, benci melampau.

Dan wanita juga makhluk yang terlalu kuat berangan-angan - terutama dalam kisah cinta. Angan mat jenin itu disokong pula dengan tulisan blogger-blogger yang meriak tentang kebahagiaan mereka di media sosial serta novelis-novelis wanita berfantasikan seks ( dikaburi dengan plot 'perkahwinan') yang mana novel mereka laku bak pisang goreng panas. 

Jadi bila mana seorang suami melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima pada pandangan kaum wanita ini, mereka berdendam, enggan memaafkan serta menghakimi keseluruhan peribadi suami berdasarkan satu keburukan itu walau ada seribu kebaikan suaminya.

Sadly, saya pernah berjumpa dengan wanita seperti ini dan mungkin saya juga ada sedikit sikap yang ditulis di atas. Saya terfikir,bagaimana jika Allah uji mereka dengan seorang suami punyai karektor terkutuk agaknya? Mampukah mereka hadapinya? Semoga Allah taala memberi kita kesabaran selalu dalam menangani sikap sendiri. 

Golongan wanitalah yang paling ramai menghuni neraka. Sebab apa?

Kerana menderhakai suami.

-Melawan
-Memandang rendah pada suami
-Tidak hormat
-Tidak ada toleransi
-Cemburu melampau
-Tidak percaya suami
-Mengumpat suami

Itulah antara sikap isteri yang boleh membawa kepada pendurhakaan terhadap suami.

Bagaimana hendak mengelak daripadanya? Salah satu cara ialah BERLAPANG DADA. Bukan selepas kahwin tetapi sebelum.

Berlapang dadalah dengan keluarga.
Berlapang dadalah dengan sahabat ( ni ramai gagal).
Berlapang dadalah dalam menghadapi kerenah masyarakat.

InsyaAllah mudahlah kita untuk berlapang dada dengan suami kelak.


Saturday, January 17, 2015

[Diari] Sweet Memory


1. Dia sudah pandai berjalan sambil berpaut pada sesuatu.
2. Dia sudah pandai buka pembalut coklat waffle dan makan.
3. Dia sudah pandai menyelak lembaran buku
4. Dia sudah pandai merajuk
5. Dia sudah ada 4 batang gigi (middle dan lateral incisor)

Di atas merupakan antara perkembangan terbaru Safiyyah. Saya sebenarnya ingin menghurai lebih panjang namun ada kekangan lain.

***

Tanpa sedar, suami dan saya rupanya sama-sama menyukai lagu Biarkan oleh Yuna dan Sesal Separuh Nyawa oleh Alyah. Semasa dalam kereta semalam, lagu tersebut diputar dan serentak kami mengeluarkan suara katak masing-masing. Terjerit-jeritlah nak capai high note. Kelakar pula bila teringat. Sesetengah orang rasa biasa je tapi disebabkan kami jarang mengikuti perkembangan muzik apatah lagi berbual mengenainya, maka saya rasa comel pula bila terjadi peristiwa semacam itu.

***

Friday, January 16, 2015

[Diari] Kamu Tidak Seorang



Gambar ehsan Google


Aku.
Kasihan sungguh dengan Charlie. 
Betapa luarannya salah sama sekali dalam menterjemah sisi sebenar remaja itu.

Tetapi rasa simpati dan empati yang kurasakan itu lain sekali berbanding perasaanku tika bersama pelaku lain.

Selalunya, bila kita sedih fasal seseorang, menangislah kita, meraunglah kita. Namun, kita masih bisa menjalani hidup sehari-hari kerana rasanya itu di atas - yakni fikiran. Dengan Charlie,  simpatiku bersarang di sini - dada. Lantas, bagaimana harus kutempuh duri sepanjang jalan bila mana hatiku terasa sakit sangat? Anak tiada untuk menyeka air mata.

Dan bukankah ia aneh buat hamba berjiwa sedingin salju (baca : aku) ini untuk tiba-tiba meratapi ranjau pilu seorang insan asing?

Ini kedua kalinya perasaan itu datang. Pertama, dengan Michael dahulu. Berulang-ulang aku menyelak lembaran sejarah lelaki tersebut bagi memuaskan naluri kemanusiaanku. Menyentuh halus satu-persatu kesedihannya; agar dia tahu aku turut berada di dalam kasutnya. Agar dia sedar bahawa dalam dunia yang penuh manusia bertopeng ini, ada jiwa lain turut merasakan kesakitan, kerapuhan serta kekusutan dia.


Kami - Charlie, Michael dan aku.

Tersirat tiga persamaan jitu.


Satu.
Ia ranting persamaan yang tersurat namun amat aib untuk kucoret hatta secara kiasan. Siapa yang kenal akan nampak. Siapa yang tidak, maka butalah ia.

Dua.
Sunyi.
Ya, semua orang merasa sunyi. Bezanya, sunyi kami bertiga adalah cetusan persamaan pertama di atas.

Tiga.
We are good memories suppressor.
Namun, apabila kita sangka memori berhantu tersebut berjaya dikunci kemas, ia cuba mengacau, juga merobek sisi bahagia yang lain. Perlahan-lahan.


Michael, pengakhirannya agak sadis. Tetapi, ia mampu buatku lega sedikit apabila di hujung usia, Michael akhirnya meruntuhkan juga tembok penghalang antara mindanya dan memori itu. Bukan mudah hendak melepas beban di bahu bertahun-tahun, dan dia sukses.

Sementara itu, aku dan Charlie pula masih samar-samar. Kalau Tuhan izin kami berumur panjang, mungkin satu saat nanti, kami akan kuat untuk menghancurkan tembok ini seperti Michael, dan membuka ruang bahagia serta ketawa dalam hidup kami.


Siapa tahu kan.


Thursday, January 15, 2015

[Resepi, Cerpen] Nasi Goreng Cendawan


Gambar ehsan Google 


Pagi menyambutku bersama gerimis. Sejuk menggigit-gigit tulang walau kipas berputar pada skala 2 sahaja. Jam di tepi katil kutatap, sudah pukul 7.00 pagi. Mengingatkan hari ini aku bercuti solat, kemalasan mula menjalar. Ah, jangan malas! Aku ada anak kecil dan suami yang perlu disiapkan. Lalu, badan yang tadinya menghadap kanan bertukar arah.


Kosong. Hanya aku yang menghuni katil. Entah ke mana si suami.


Dengan malas, aku bangkit dari katil menuju ke ruang tamu lalu ke bilik Amani. Pintu dikuak perlahan.


"Cak!" suara suami menerpa telinga. Rupanya beliau di sini melayan sang puteri. Aku tidak menegurnya walaupun suami sudah perasan akan kelibatku. Biarlah aku di balik pintu sahaja, menikmati saat-saat indah begini. Memerhati keletah si kecil dan bapanya, oh, apa lagi yang aku inginkan? Terasa lengkap hidup ini tatkala melihat mereka yang tersayang gembira.


"Sayang masak dulu ya. Biar abang mandikan Amani kejap lagi. Sekarang masih sejuk," cadang suami tanpa menoleh. Matanya masih tertacap pada senyuman puterinya. Di sisi kaki Amani ada sebuah botol kosong, barangkali baru dihabiskan sebentar tadi. Di sisi suami pula ada hamparan sejadah. Agaknya Amani terbangun bila terdengar Daddy solat ketika fajar tadi. Suami suka sangat solat di bilik ini sedangkan ada ruang di bilik kami. Katanya lebih sejuk.


"Yelah. Terima kasih abang," balasku seraya menutup daun pintu dan bergerak menuju ke bilik utama semula. Usai membersihkan diri sedikit, aku berlalu ke dapur kecil kami dan bercekak pinggang di hadapan peti ais, memikirkan apa yang ingin kumasak.


Oh ya, baru teringat masih ada saki baki nasi yang tidak habis semalam. Alang-alang dah ada nasi, kita buat Nasi Goreng Cendawanlah. Untuk Amani, aku hanya menyediakan Bubur Sayur ringkas, senang untuk dia menelannya sementelah anakku baru ada sebatang gigi.


Selepas menyiapkan bubur Amani, terus aku gembur-gemburkan nasi semalam biar senang dimasak nanti. Setelah itu aku keluarkan sepeket cendawan tiram dari peti ais dan menyiatnya halus-halus. Bawang putih dan merah sudah dikisar awal-awal, jadi mudahlah kerja aku pagi ini.


Tanpa berlengah, kuhidupkan api lalu menuang 3 sudu besar minyak masak. Seterusnya, 2 sudu besar bawang merah dan bawang putih kutumis sehingga kekuningan sebelum memasukkan isi ayam yang dipotong halus. Bila dah setengah masak, barulah aku memasukkan segenggam lobak merah, lebihan Bubur Sayur Amani. Kacau sedikit sebelum dimasukkan 2 sudu besar sos tiram, sedikit stok ayam Maggi dan seterusnya cendawan tiram. Akhir sekali aku memasukkan nasi, menggaulnya sedikit dan menambah baik rasanya dengan garam dan lada hitam. Dah siap pun. Mudah sahaja bukan?


Tetapi, nasi goreng takkan lengkap kalau tidak ada telur. Lantas, aku menggoreng telur mata lembu dua biji untuk suami tercinta dan sebiji untuk aku. Suami mesti dilebihkan sebab beliau suka sangat telur goreng. Tak habis di situ, aku turut menggoreng sedikit nugget segera untuk menambah selera suami dan diakhiri dengan seteko teh o' panas. Oh ya, aku juga menambah 1/2 cawan tembikai hancur untuk Amani. 


"Mummy masak apa tu? Kita dah laparlah," satu suara menyapaku dari belakang. Sibuk memasak, tak perasan langsung anakku sudah berhias cantik bak puteri. Daddynya? Dari gaya macam belum lagi. Heh. 


"Mummy dah siap pun. Jom makan. Amani duduk dengan Mummy ya, bagi Daddy makan dahulu," kataku seraya mengambil Amani dari pangkuan suami. Tanpa disuruh, beliau menghidang makanannya sendiri sebelum mengucapkan terima kasih atas usahaku sementara aku meneruskan tugas sebagai ibu pula iaitu menyuapkan Amani. Semoga kenyang anak ini, biar membesar dengan sihat dan kuat.


Kami menghabiskan pagi itu dengan bersarapan tiga beranak dan berbual sementara langit masih memercik gerimis ke bumi.



***

Bahan-bahan:-
4 cawan nasi sejuk
3 sb minyak masak
2 sb bawang merah
2 sb bawang putih
1/2 cawan sayur yang dipotong kecil (ikut sukalah sayur apa)
1/2  cawan isi ayam
2 sb sos tiram
1 sb stok ayam
2 cawan cendawan tiram diracik halus
garam
lada hitam


Untuk cara memasak sila rujuk cerpen di atas. Selamat mencuba!


[Diari] Suami

2 tahun sudah kami nikah.
Tak ada rancangan apa-apa.
Mungkin duduk di rumah bersantai dengan anak je.
Aku tak kisah suami nak sambut atau tak.
Kalau sambut, aku suka. Kalau tak, okay juga.
In fact baru2 ni je baru aku teringat ulangtahun kami.
Sebab agak penat uruskan anak pagi sampai malam.
Bila anak tidur, sibuk pula nak menulis dan baca blog lain.
Lepastu tertidur.
Jadi, go with the flow jelah.
Sambut atau tak, bukan perkara besar.
Yang penting dia ingat.
Beberapa hari lepas, sepupu suami belanja pakej rambut basic di sebuah salon berdekatan Daiman Bowling.
Cuci, gunting dan blow hanya RM10.
Baca macam best kan?
Tapi semuanya indah khabar dari rupa.
Servis teruk.
Ada ke cuci rambut kat sink?
Lepastu 30 saat je.
Selalunya kan ada urut2 segala.
Ini takde.
Hmm tak mungkinlah kami datang semula.
Bye bye.
Hari ini ibu mertua masak Kari Kambing.
Ya Allah nikmatnya sampai 3 kali makan hehehehe.
Takut jugaklah bila fikir tekanan darah kan.
Tapi kambing tu bagai memanggil2 je.
Mana boleh tahan.
Saya memang suka makan kambing.
Suami pun sama.
Sejak kahwin, selera saya ikut suami.
Benda yang dahulunya saya jarang makan, [boleh tapi takdela minat sangat] kini dah jadi kegemaran.
Dulu prefer ikan. Sekarang ayam.
Dulu wajib makan pedas. Wajib tau. Kalau tak pedas tak berselera. Kini jarang sebab selera suami sederhana sahaja.
Dulu tak suka langsung air mangga, blackcurrant dan lemon ice tea. Sekarang pun sama tapi bolehlah telan sikit2.
Selera beliau pula takdelah berubah mana.
Masih suka telur seperti dahulu.
Saya bersyukur lidah kami tak jauh beza.
Mujur saya suka durian macam beliau. Kalau tak camne nak tahan nafas dalam kereta?
Suami pantang nampak durian tepi jalan mesti nak beli.
Mujur juga beliau bukan perokok kerana saya ada asma dan tak tahan bau rokok yang terlalu kuat macam Gudang Garam.
Senang cerita kami ni complement to each other la.
Harap2 kekal bersama ketika di syurga. Aamiin...

Tuesday, January 13, 2015

[Diari] Jalan-Jalan dan Muzik

Seronok betul rasanya bila ibu bapa mertua cuti hari ini. Barulah betul2 hidup  berkeluarga walaupun tak cukup korum seorang kerana kakak terpaksa bertugas di hari cuti umum [Thaipusam].
Pagi ini kami bersarapan bersama. Ibu masak Mihun Goreng. Selepas Zohor pula kami bertolak ke Gelang Patah. Meraikan serta mencuba makanan yang dijual di kiosk sepupu suami yang baharu dibuka seminggu lepas.

Sejujurnya saya boleh kata bahawa ais kacang sepupu suami lebih sedap berbanding di Kampong Melayu Majidee yang terkenal tu. Serius. Harga pun murah. Dalam RM3 - RM3.50  macam itulah. Selain ais kacang (air batu campur), beliau turut menjual Kebab Ayam dan Daging halal. Nyum Nyum...Sedappp...Mereka beroperasi di Terminal Bas Gelang Patah baharu. Kalau dari arah Pasir Gudang, lalu ikut lebuhraya Pasir Gudang hingga ke tol Perling. Kemudian terus lagi hingga tamat lebuhraya. Di situ ada lampu isyarat ke kanan. Belok sahaja akan nampaklah terminal bas tersebut di sebelah kanan.

Semoga perniagaan beliau maju dan terus maju hingga menjadi salah seorang Muslim Melayu terkaya di Malaysia. Aminn.

Oh ya, pagi sebelumnya, ketika menonton televisyen, Astro menyiarkan klip video muzik Zamani bersama Mawi. Subhanallah, indah sungguh suaranya, macam dahulu. Abah tanya, inikah Zamani yang disebut2 tu? Saya jawab ya. Kata Abah lagi, sayang bila manusia berbakat besar sepertinya tersalah arah hidup. Bakat yang ada terus diketepikan masyarakat. Saya tanya Abah, dulu tak minat Zamanikah? Jawabnya, Abah tak kenal pun Zamani.

Saya garu kepala. Memikirkan saya yang lahir sebagai generasi X lebih kenal Zamani serta rakan seangkatannya berbanding Abah. Macam tak logik pula. Tapi itulah, taste muzik semua orang kan berbeza-beza.

Sebenarnya saya ni kalau cakap pasal muzik mesti jadi segan. Sama ada kerana berasakan tidak patut untuk meminati muzik atau kerana taste saya kelaut dalam. Sebab tu jarang berbual mengenainya sama siapa2.

Sebetulnya saya ni jenis minat ikut suka telinga dengar. Tak ada spesifik genre. Tapi selalunya instrumental atau pop rock.

Yang paling bertahan lama ialah Lifehouse. 15 tahun sudah saya setia bersamanya. Pertama kali dengar tahun 2001, lagu Hanging by A Moment. Tapi suara vokalisnya kan ala2 lalok je so saya tak suka. Bukan sebab tak best tapi sebab takut terpengaruh dengan anasir jahat. Rupanya saya tersilap. Lifehouse ni band ketuhananlah juga macam Ungu. Dan lagu pertama yang menarik saya untuk kekal dengan mereka ialah Breathing. Entah berapa juta kali putar dah. Sukar untuk dikatakan. Melodinya sungguh luar biasa pada telinga saya. Lirik pula saya buat2 tak dengar jelah kan since macam ke arah Kristian.

Selain Lifehouse, ada 2 band lain yang turut benar2 menangkap jiwa ini iaitu Coldplay dan Panic! At The Disco. Pergghhh siapa2 yang rapat betul dengan saya mesti tahu lagu apa yang paling berhantu. Hehehehe. Tak lain tak bukan The Scientist. Klip video muziknya, liriknya, melodinya serta suara vokalisnya cukup sempurna.

PATD pula saya cuma boleh masuk dengan album pertama mereka sebab bermula album kedua, mereka tukar genre dan ada konflik dalaman and so on. Soooo tak minat. Meski album pertama mereka rancak, ala2 disko dan berlirik lucah, tapi saya betul2 suka gila dengar. Ya Allah, berdosa betul rasanya...Tapi...saya sukar menepis serangan mereka. Huhuhu. Semua orang yang tahu pasal ni memang pelik sebab PATD is sooo not me. Saya pun hairan pasal taste sendiri. Mula2 saya dengar lagu mereka ialah selepas SPM. Dalam kereta. Masa tu pening kepala gila sebab mabuk kereta dan tiba2 lagu I Write Sins Not Tragedies diputarkan dan automatik saya tangkap leleh. Balik rumah tu saya berusaha cari siapa penyanyinya. Gigih pergi CC semata2 untuk itu hahahaha. Lepas dah tahu tu dengar pula lagu mereka yang lain dan cuba teka apa jadi? Saya suka semuanyaaaaaa. Betul, semua sekali. Namun, Alhamdulillah mereka tukar genre merapu, jadi saya tak perlulah teruskan kegilaan ini. Hahahah.

Untuk instrumental pula siapa lagi kalau bukan Clint Mansell dan Hans Zimmer! Mereka ni memang famous amos. First time dengar Clint Mansell masa cerita The Fountain tahun 2009 dulu. Paling best tentulah Together We Will Live Forever dan Lux Aeterna dari filem Requiem for A Dream. Untuk Hans Zimmer pula....hmmm...cari sendirilah. Dah ngantuk sangat sebenarnya. So malas sambung. Yang dah ditulis ni pun bahasa tunggang langgang. Kalau nak tahu, ini cubaan kali kelima kot nak buat entry. empat cubaan sebelumnya tak berjaya sebab tertidur. Jadi tak sempat save. Dah seharian bertarung dengan anak confirmlah penat yang amat kan?
Hmmm oklah, nanti saya menulis lagi.

Asalamualaikum dunia.

[Pendapat] Seronok Hidup Dalam Kebencian?


2015 baru bermula namun sudah banyak peristiwa dan kisah-kisah gempar melanda negara. Kasihan kita, diuji kiri kanan atas bawah. Tak henti-henti. Mungkin sebagai ujian, mungkin sebagai bala. Terpulang pada diri masing-masing untuk menerimanya bagaimana.

Antara yang selalu menarik perhatian saya selain peristiwa banjir tentulah kisah mengenai keluarga. Cerita ceriti kisah rumah tangga ini memang takkan berpenghujung. Umpama jalan yang tidak ada signboard. Teruslah bergerak, tetap tidak akan tiba di destinasi. Sentiasa ada isu dan persoalan. Kalau 30 tahun kahwin, adalah lebih 15 kali ujian besar menerpa pasangan tersebut. Tinggal orang tahu atau tidak saja. Selalunya orang selain ahli keluarga memang tak tahulah. Siapa yang mahu buka aib sendiri kan? Bukan semua orang boleh terima. Berapa peratus je masyarakat yang mendoakan kebaikan dan rahmat bila dengar si polan ada masalah dengan suami/isteri? Kebanyakannya tentulah gembira dalam diam-diam atau tidak peduli. Paling teruk, ada yang bukan setakat lega rumah tangga kawan tu bermasalah malah memandakan muka kawan tu seolah-olah mereka ini cctv yang merakam jatuh bangun pasangan tersebut.

"Itulah awak tak pandai melaram. Macam mana nak kawal nafsu suami."

Ayat di atas merupakan ayat yang sering didengar bila muncul kes suami bermain cinta dengan perempuan lain. Dan suara-suara ini datang daripada mulut kaum hawa juga. Hmmm, serendah itukah nilai seorang isteri pada pandangan kaum wanita sendiri? Sekadar patung seks suami? Bila ada isu curang, aspek seks sahajalah yang dicercanya, seolah-olah sudah tahu bagaimana kehidupan intim suami isteri tersebut.

Tahukah kalian bahawa pada tahun 2011, ada sepasang suami isteri bercerai kerana Facebook? Suami melafaz taklik bahawa jika isterinya membuka akaun Facebook, jatuh talak ke atasnya dan apabila si isteri tak mampu mengawal kehendak untuk bersosial, maka terlerailah ikatan tersebut. Seriously para suami? Bercerai hanya kerana cemburu sang suami yang tidak bertempat. Sudahnya rumah tangga yang ditatang selama ini musnah di tengah jalan

Kita harus faham, apa-apa masalah dalam perkahwinan bukan hanya berlandaskan satu aspek sahaja iaitu seks. Banyak faktor lain yang kita sendiri tidak tahu melainkan ia terjadi pada diri sendiri. Boleh jadi suami bosan isteri kuat membebel, boleh jadi isteri tak tahan hidup susah bersama suami dan pelbqgai sebab lagi. Usahlah terlalu cepat menuding jari pada satu pihak terutama isteri. Kasihan melihatkan setiap kali pencerian berlaku, para isteri dituduh tidak pandai jaga suami sebab itu ditalakkan.

Ketika saya mengikuti seminar Prof. Muhaya tidak lama dahulu, beliau ada menyebut bahawa kebanyakan masalah di dunia ini berlaku akibat salah faham. Bila kita ada masalah dengan seseorang, kita lebih senang diam dan buat penghakiman sendiri tanpa mendengar cerita sebelah pihak. Kita terbuai-buai dengan prasangka buruk sendiri, sedangkan mencari kebenaran itu adalah mesti.


Lalu, bertahun-tahunlah memendam rasa, menyimpan dendam. Sedangkan di pihak satu lagi mungkin terpinga-pinga mencari jawapan atas pepecahan hubungan itu. 

Seriously, bila kita ada masalah dengan seseorang, jalan terbaik ialah berbincang. Bukan terus menerus dalam su'uzhon. Bukan mengumpat di belakang. Bukan menyalahkan mana-mana pihak. 

Allah beri kita akal untuk berfikir. Allah beri kita jiwa untuk merasakan perasaan, untuk memaafkan, untuk memberi kasih-sayang.

Tapi kalau kebencian pada manusia merajai diri, apakah nilai jiwa dan akal yang Allah beri?

Tiada manusia yang sempurna selain Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam. 

Monday, January 12, 2015

[Diari] Aktiviti Suami Isteri


Sumber : Google



"Yayang, kalau abang ada rezeki lebih, nanti abang bagi duit pada Yayang untuk buka bisnes Spa okay," kata suami ketika saya mencuci rambutnya.


"Tak pun yayang buatlah freelance facial treatment. Yayang kan pandai." sambungnya lagi.


Saya tergelak. Bukan apa, sekarang ni nak jadi pekerja kecantikan pun kena ada sijil tahu. Tak boleh suka-suka hati tonyoh muka orang dan ambil duit. Nak kerjakan wajah orang ni kena ikut peraturannya supaya wajah jadi lebih baik. Jika main buat, salah teknik, maka makin teruklah wajah seseorang itu.


Saya ni manalah ada ilmu formal. Sekadar cuba-cuba sahaja bagi mengisi masa kami suami isteri. Tapi selalunya sayalah yang kena kerah buat. Suami? Hahaha, lelaki kan. Apa yang kita boleh jangka.


Jika dikira berapa kali sudah saya buat rawatan wajah dan rambut untuk suami, mungkin lebih 10 kali sudah. Semalam, usai tiba di rumah setelah keluar bersiar-siar, suami minta rawatan wajah percuma lagi. Bermula dengan cleasing, exflotiating, masking, toning dan diakhiri oleh moisturizing


Malam ini hair treatment pula. Syampu dua kali, hair masking, conditioning, drying dan kemudian diberi hair vitamin. Renyah bilik dengan air. Almaklumlah tak ada peralatan sesuai. Pakai sahajalah apa yang ada, asal boleh.


Lepas rawatan rambut, suami minta buat pedicure pula tapi saya tak reti. Tak pernah buat, sebab tu kuku saya tak cantik. :'(  Nanti lepas googling dan beli keperluan asas untuk manicure  and pedicure, bolehlah cuba pula. As always, he will be the customer and I will be the kuli. huk huk huk. 


Lihat? Selain keluar bercuti dan berjalan, aktiviti sebegini pun boleh kita lakukan bagi mengisi masa lapang keluarga. Jimat dan seronok pula tu. (^_^)


Thursday, January 1, 2015

[Cerpen] Dendam Terlerai


Sumber : Google


"Apa perasaan kau sekarang ni?"

"Perasaan apa?"

"Perasaanlah. Sekarang ni apa yang kau rasa?"

Aku membatu. Seolah-olah sedang berfikir panjang, walhal mindaku kosong sahaja. Fikiranku sebenarnya terarah pada Milo panas yang kukacau menggunakan biskut kering cap Jacobs.

"Kau dengar tak Mia?" kata Nur sambil sikunya menyentak bahuku.

"Dengar je. Hmmm, entahlah Nur. Rasanya perasaan aku sekarang ialah malas kot. Malas nak fikir apa-apa. Aku cuma nak menikmati Milo panas menggelegak ni je sambil cicah biskut kering. Pergh, syurga beb," balasku tersengih-sengih.

Biskut yang hampir patah cepat-cepat kusua ke mulut. Kuhisap serapan air daripadanya sebelum mengunyah biskut tersebut dengan lembut. Sedapnya tak terkata. Terbayang zaman kebuluran di asrama dahulu. Kalau bukan mi segera perisa Tom Yam, tentu biskut kering menjadi pilihan memuaskan perut. Selalunya kawanku membeli jenama Hup Seng kerana lebih murah. Aku pun sama. Cuma sekarang baru bertukar kepada Jacobs. Nampak lebih sofistikated, sesuailah dengan tarafku sebagai pelajar universiti. Ceh.

"Kau tak nak tahu perasaan aku pulak ke?" Nur menyoal lagi.

Kening berkerut. Rambut kerintingku yang panjang paras leher kusisir ke belakang telinga. 

"Perlu ke aku tanya? Cakap jelah."

"Tanya sajalah, bukan susah pun. Hehehe. Hmm, kalau kau nak tahu, perasaan aku sekarang ni ialah...Aku gembira. Gembira sangat," giliran Nur pula tersengih macam kerang busuk. Aku mengangkat kening memberi tanda tanya.

"Yelah, tak sangka aku dapat hadapi tahun baru ni dengan engkau. Nasib baiklah dah pindah rumah. Tak boleh bayanglah nak kena hadap lagi si Sofia tu. Menyampah gila aku dengan dia. Cukuplah dua tahun sudah."

Jag berisi lebihan air Milo kutuang ke cawan. Biskut ketiga kuambil.

"Tak luak pun air kau tu. Minum jelah. Banyak lagi ni." Jari telunjuk kuhala ke sebelah kiri Nur, 

"Hmm, bercakap pasal Sofia. Kenapa kau memanjang nak sentap dengan dia? Aku tahulah dia memang teruk tapi benda tu kan dah jadi 3 tahun lepas. Dah lama kot kau tak berkawan dengan dia. Kenapa tak move on?"

"Kau ingat senang nak move on? Menyesal gila aku baik dengan dia dulu. Nampak je baik pakai stoking, sarung tangan semua. Hakikatnya hipokrit, fake nak mampus." Balas Nur sungguh-sungguh mengalahkan ahli politik.

Aku tergelak kecil. Di hati sebenarnya ada peperangan sedang berlaku. Antara mahu menjadi perencah dalam aktiviti mengumpat ini atau memberhentikannya. Kalau ikut sedap, memang nak menjoyah juga. Tolonglah, siapa yang tak suka mengumpat kawan ...er, bekas kawan.Tapi imanku yang senipis bawang ini asyik menepis godaan itu. Kita sesama Islam, kenapa saling membenci? Kita sesama perempuan, kenapa saling menjatuhkan? Dunia hampir kiamat, buat apa menambah sesak di jiwa?


"Yang kau selalu tulis caption royanan di Instagram tu tuju kat Sofialah ya?"


"Bukan kat dia seorang. Ada je yang lain. Ada seorang classmates aku, perangai kalah pelakon popular. Dia punya topeng tu kalau boleh setiap hari bertukarlah."

"Mana kau tahu dia pakai topeng?"

"Pengalaman beb, pengalaman. Berapa banyak aku jumpa malaun macam tu masa degree ni."

"Pergh, cakap macam dah 50 tahun hidup pulak. Entah-entah di belakang, dia pula cakap kat kawan dia yang engkau ni pakai topeng. Mana tahu,"

"Mia, kau ni cubalah side aku sikit. Asyik sebelahkan dia je. Ishh."

Aku hanya ketawa. Saja mengusik, biar meletup sikit macam bunga api. Ini kan tahun baru.


"Hmmm, aku kadang-kala terfikirlah. Selalu aku baca kat Twitter, Facebook, WhatsApp, Instagram, Blog dan media-media sosial ni, ada sahaja jenis manusia yang suka buat status atau tulisan yang menuduh orang itu hipokrit, orang ini hipokrit. Orang itu jahat, orang ini sombong. Orang itu perasan bagus, orang ini pemalas. Aku terfikir, yang menulis tu dia tak segan ke kalau-kalau ada orang lain pun fikir dia begitu? Macam pulang paku buah keras. Maksud aku, si B tulis si A ni gatal di media sosial dan membiarkan 200 sahabatnya baca. Tiadakah terlintas di hatinya bahawa dalam diam, 50 daripada sahabatnya itu pun kata si B ni gatal gelenyar. Ke yang jenis confident membahan orang di media sosial ni semuanya perasan baik-baik dan maksum belaka?"


Nur terdiam. Ada kebenaran pada kata-kataku. Namun seperti biasa, tidak semudah itu manusia hendak tunduk pada empat jari yang menudingnya semula.

"Tapi Sofia tu memang poyo kot. Takde siapa suka dia," nada defensive sudah kedengaran.


"Kalau semua orang tak suka dia pun, adakah tu bermakna dia tak layak dapat peluang kedua? Perlu ke kau berdendam sampai macam ni? Aku tengok Sofia tu pun dah move on. Mana tahu dia bertaubat sungguh-sungguh dah Allah taa'la ampunkan dia. Kau rasa macam mana? Allah maafkan dia tapi kau tak maafkan dia. Allah taa'la yang Maha Sempurna pun mengampunkan hamba-Nya. Kenapa tidak kita yang banyak berdosa ni? Bukan setakat ampunkan, kemudian diberi rahmat dan rezeki pula. Tapi kita? Dah maafkan, namun dalam masa yang sama, menjauhkan diri dan saling mengumpat di belakang."

Kali ini dia mengeluh panjang. Malas mahu berdebat dengan akulah tu. Tahu sajalah aku ni pun spesis nak menang aje.

"Yelah yelah," bendera putih diangkat oleh Nur. Dia mencebik sebelum mengambil telefon bimbit di atas katil lalu bermain buka dan tutup paparan skrin telefon.

"Alah, janganlah merajuk. Aku minta maaf ya? Over pula aku tadi. Dah, kita tak payah cakap pasal ni dah," aku memujuk Nur. Cawannya yang hampir kosong kupenuhkan dengan air. Tin biskut kutolak mendekatinya. Tiada balasan walau sekadar senyuman.

"Apa kata malam ni aku ganti kau masak? Paper aku lambat lagi. Next paper 7 hari bulan."

Nur mengangkat wajah. Ada riak tidak percaya.

"Lambatnya! Bila last paper?"

"20 Januari nanti."

"Pergh, berkerak punggung aku nak tunggu sampai 20 Januari. Nasib baik last paper aku 16 hari bulan."

"Untunglah," aku menyindir manja. Kami sama-sama tersenyum dan Nur menghabiskan sisa tambahan air tadi sebelum mengemas meja kecil kami.

"So, kau dah okaylah ni?" 

"Aku okay je. Terasa sikit je tadi. Tapi disebabkan kau dah janji nak masak, so kenalah tunaikan."

"Ya, ya aku masak petang nanti." Balasku pula. Nur bergerak ke dapur membasuh cawan sementara aku menyimpan tin di dalam almari. Di atas meja ada kumpulan nota lekat kuning. Ku ambil sehelai dan kutulis sesuatu di atasnya lalu kutampal di bahagian dalam pintu almari Nur.


"The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest. The first to forget is the happiest. =)"