![]() |
| Gambar ehsan Google |
Aku.
Kasihan sungguh dengan Charlie.
Kasihan sungguh dengan Charlie.
Betapa luarannya salah sama sekali dalam menterjemah sisi sebenar remaja itu.
Tetapi rasa simpati dan empati yang kurasakan itu lain sekali berbanding perasaanku tika bersama pelaku lain.
Selalunya, bila kita sedih fasal seseorang, menangislah kita, meraunglah kita. Namun, kita masih bisa menjalani hidup sehari-hari kerana rasanya itu di atas - yakni fikiran. Dengan Charlie, simpatiku bersarang di sini - dada. Lantas, bagaimana harus kutempuh duri sepanjang jalan bila mana hatiku terasa sakit sangat? Anak tiada untuk menyeka air mata.
Dan bukankah ia aneh buat hamba berjiwa sedingin salju (baca : aku) ini untuk tiba-tiba meratapi ranjau pilu seorang insan asing?
Ini kedua kalinya perasaan itu datang. Pertama, dengan Michael dahulu. Berulang-ulang aku menyelak lembaran sejarah lelaki tersebut bagi memuaskan naluri kemanusiaanku. Menyentuh halus satu-persatu kesedihannya; agar dia tahu aku turut berada di dalam kasutnya. Agar dia sedar bahawa dalam dunia yang penuh manusia bertopeng ini, ada jiwa lain turut merasakan kesakitan, kerapuhan serta kekusutan dia.
Kami - Charlie, Michael dan aku.
Tersirat tiga persamaan jitu.
Satu.
Ia ranting persamaan yang tersurat namun amat aib untuk kucoret hatta secara kiasan. Siapa yang kenal akan nampak. Siapa yang tidak, maka butalah ia.
Ia ranting persamaan yang tersurat namun amat aib untuk kucoret hatta secara kiasan. Siapa yang kenal akan nampak. Siapa yang tidak, maka butalah ia.
Dua.
Sunyi.
Ya, semua orang merasa sunyi. Bezanya, sunyi kami bertiga adalah cetusan persamaan pertama di atas.
Sunyi.
Ya, semua orang merasa sunyi. Bezanya, sunyi kami bertiga adalah cetusan persamaan pertama di atas.
Tiga.
We are good memories suppressor.
We are good memories suppressor.
Namun, apabila kita sangka memori berhantu tersebut berjaya dikunci kemas, ia cuba mengacau, juga merobek sisi bahagia yang lain. Perlahan-lahan.
Michael, pengakhirannya agak sadis. Tetapi, ia mampu buatku lega sedikit apabila di hujung usia, Michael akhirnya meruntuhkan juga tembok penghalang antara mindanya dan memori itu. Bukan mudah hendak melepas beban di bahu bertahun-tahun, dan dia sukses.
Sementara itu, aku dan Charlie pula masih samar-samar. Kalau Tuhan izin kami berumur panjang, mungkin satu saat nanti, kami akan kuat untuk menghancurkan tembok ini seperti Michael, dan membuka ruang bahagia serta ketawa dalam hidup kami.
Siapa tahu kan.

No comments:
Post a Comment