Baru baca blog kak Diana sebentar tadi.
Betul. Memang benar kebanyakan tulisan beliau yang terbaru.
Menurut pendapat beliau, seorang suami itu tidak sempurna tetapi melengkapi.
Suami saya begitu juga. Ada koyak di sana sini. Tetapi itu tidak bermakna beliau jahat, hipokrit mahupun tidak berguna.
Masalah wanita pada hari ini ialah kita mempunyai sikap tipikal iaitu suka berdendam, cepat menjatuhkan hukuman dan sukar melupakan kesalahan manusia lain. Juga bila dah benci tu, benci melampau.
Dan wanita juga makhluk yang terlalu kuat berangan-angan - terutama dalam kisah cinta. Angan mat jenin itu disokong pula dengan tulisan blogger-blogger yang meriak tentang kebahagiaan mereka di media sosial serta novelis-novelis wanita berfantasikan seks ( dikaburi dengan plot 'perkahwinan') yang mana novel mereka laku bak pisang goreng panas.
Jadi bila mana seorang suami melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima pada pandangan kaum wanita ini, mereka berdendam, enggan memaafkan serta menghakimi keseluruhan peribadi suami berdasarkan satu keburukan itu walau ada seribu kebaikan suaminya.
Sadly, saya pernah berjumpa dengan wanita seperti ini dan mungkin saya juga ada sedikit sikap yang ditulis di atas. Saya terfikir,bagaimana jika Allah uji mereka dengan seorang suami punyai karektor terkutuk agaknya? Mampukah mereka hadapinya? Semoga Allah taala memberi kita kesabaran selalu dalam menangani sikap sendiri.
Golongan wanitalah yang paling ramai menghuni neraka. Sebab apa?
Kerana menderhakai suami.
-Melawan
-Memandang rendah pada suami
-Tidak hormat
-Tidak ada toleransi
-Cemburu melampau
-Tidak percaya suami
-Mengumpat suami
Itulah antara sikap isteri yang boleh membawa kepada pendurhakaan terhadap suami.
Bagaimana hendak mengelak daripadanya? Salah satu cara ialah BERLAPANG DADA. Bukan selepas kahwin tetapi sebelum.
Berlapang dadalah dengan keluarga.
Berlapang dadalah dengan sahabat ( ni ramai gagal).
Berlapang dadalah dalam menghadapi kerenah masyarakat.
InsyaAllah mudahlah kita untuk berlapang dada dengan suami kelak.

No comments:
Post a Comment