Rasa mahu menulis tapi tidak tahu mahu tulis apa. Sekarang bukan macam dahulu yang penuh contengan di mana-mana ruang yang kosong. Ada sahaja yang mahu diluah. Sekarang macam tersekat. Faktor usia dan pena yang tumpul barang kali.
Tuesday, December 27, 2016
Tulisan Kosong
Rasa mahu menulis tapi tidak tahu mahu tulis apa. Sekarang bukan macam dahulu yang penuh contengan di mana-mana ruang yang kosong. Ada sahaja yang mahu diluah. Sekarang macam tersekat. Faktor usia dan pena yang tumpul barang kali.
Saturday, October 29, 2016
Sehari di IOI City Mall
| Sumber: Lama Web IOI City Mall |
Tuesday, October 25, 2016
Tragedi Hospital Sultanah Aminah Satu Pengajaran
![]() |
| Sumber: Laman Facebook The Dressar & Co. |
Friday, October 21, 2016
Gaya Alisha Tidur
Aduh, sudah terbiasa tidur lambat seminggu dua ini, malam ini susah betul hendak tidur awal. Kesudahannnya, saya asyik memerhati gaya tidur Alisha.
Benar-benar seperti saya!
Tidak boleh lena dalam keadaan terang. Mesti 97% gelap.
Tidak boleh tidur jika ada gangguan bunyi
Tidak suka diganggu ketika sedang lena. (sama!)
Suka tahan-tahan mata walau hakikatnya sudah ttidak larat hendak berjaga lagi.
Suka bergerak-gerak ketika tidur. Sebab itulah kadang-kala bila waktu pagi kaki dan kepala sudah bertukar posisi,
Ke manalah kuah yang tumpah kalau bukan ke nasi. Ha ha ha.
Semoga hari esok dan seterusnya akan baik-baik sahaja. Aamin.
p.s: Selamat hari lahir Abah!
Saturday, August 13, 2016
Saturday, August 6, 2016
[Safiyyah Tour] Cuti Bajet di Primaland Resort, Port Dickson
Tuesday, June 7, 2016
[Resepi] Bubur Pulut Hitam
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir (ikut manis masing2)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam
Cara membuatnya:-
Rebus pulut hitam tadi hingga kembang . Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk dapatkan santan pekat. Ketepikan. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masak gula melaka,gula, daun pandan dan santan cair hingga gula larut. Kemudian tapis.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam , kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Santan pekat tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan.
Sunday, April 17, 2016
[Diari] Nafsi Nafsi
Antara cabaran menjadi ibu jarak jauh ialah apabila semasa cuti singkat yang kita peruntukkan untuk bebas daripada stress dunia dan focus pada anak dicabul. Tanggungjawab itu tanggungjawab ini. Sebelum cuti kita dah cuba sedaya upaya melaksanakannya akan tetapi bila kita bekerja dalam kumpulan, ada pula yang melewat-lewat. Bila cuti, kita pula ditolak-tolak suruh cepat. Mana nak cepat. Orang yang buat saat akhir, kita terima racunnya.
Tiga hari terakhir cuti nak urus anak pun asyik stress, tengah malam terbangun asyik mimpikan borang intern yang sebenarnya saya dah siapkan semuanya sebelum cuti lagi. Tapi dah hari terakhir baru berpusu-pusu orang itu ini nak berurusan dengan kita, saya pun terlepas pandanglah beberapa perkara.
Saya fikir, tolonglah kita jangan pentingkan diri. Masa cuti untuk orang berkeluarga, lain dengan orang bujang. Orang lain mungkin superwoman. Saya ini orang biasa. Satu-satu kene buat, bukan multitasking. Pula tu, kalau kita hendak buat berkumpulan, buat sama-sama. Jangan nak hantar secebis sendiri-sendiri. Bila kepingan puzzle tak cukup, peratusan untuk terlupa yang sepatutnya ada pun tinggi.
Susahlah kalau kita asyik fikir diri sendiri. Sebab itu saya tak suka tangguh test atau kuiz. Orang lain bolehlah hu ha hu ha. Saya ni masa cuti memanglah susah nak study. Anak tengah membesar, duduk dengan mertua lagi. Kalau tak kemas tak masak, malulah mak ayah kita. Anak pula melasak, pantang leka. Tak kisahlah tak sempat study pun asalkan tak drag sampai lepas cuti.
Friday, April 8, 2016
[Pendapat] Dia Dr. Harlina. Aktivitis, Agamawati. Kamu? Keyboard Warrior Saja?
Jika seorang India membeli barang, apakah yang sepatutnya kita, sebagai seorang penjual yang tidak pernah kenal beliau seumur hidup, menjawab?
"Ya Kumar, awak mahu berapa kotak?"
Atau
"Ya Mr. Kumar, tuan mahu berapa kotak?"
Mana lebih enak didengar? Jika kita seorang pembeli, mana lebih selesa kita baca? Susahkah hendak berbahasa cantik dengan manusia yang tidak kita kenal?
Kasihan melihat seorang doktor yang sangat banyak jasanya kepada Islam, aktivis kemasyarakatan, aktivis dunia, merawat beribu-ribu pesakit tenat serta memberi dakwah kepada kita yang lalai, dibodohkan. Apa yang susah sangat hendak buka sebentar profil beliau dan lihat siapa dirinya. Bukan hanya melihat kepada satu post lalu berkata seperti tidak pernah ada guru yang mengajar.
Bukan setakat berbahasa buruk, troll, meme dan macam-macam lagi semuanya dipandang biasa oleh kita. Sedangkan baru dicuit sedikit dengan nasihat yang benar, sudah melatah seperti buruk benar perkara itu.
Yang lebih tidak fahamnya, ada yang menulis mengenai riak dan ujub. Ya Allah, tak faham betul sesetengah manusia ini. Bukankah satu adab dan formaliti apabila memanggil seseorang dengan gelaran akademiknya? Sedangkan pesara guru berumur 78 tahun pun tetap lekat dipanggil "cikgu" dan seorang polis pula tetap dipanggil "tuan" walau bukan di waktu pejabat, apa salah memanggil seorang doktor dengan panggilan doktor? Doktor adalah mereka yang dahulunya berusah-payah dan berhempas-pulas belajar dan berusaha mengubati orang lain. Memanggil mereka dengan gelaran akademik mereka adalah satu tindakan memuliakan orang lain. Apa pelik benar ya mengeji bila diminta panggil begitu.
Wednesday, April 6, 2016
[Diari] Parasit
Duh, kadang-kala bila belajar parasites ni rasa nak mengeluh jugalah. Bilalah nak habis belajar ni. Hahah. Nampak benar hati tisu. Dulu okay je, sekarang ni nak hadap balik segala-mala penyakit ni, ada terasa satu macam benda lain je. Rasa takut. Trauma pun ya. Teringat kenangan dulu. Tak reti2 nak move on lagi kan? Pathetic.
Hmm.
Sekarang ni dunia saya dikelilingi adik-adik je. Rindunya nak jadi paling muda, nak minta pendapat orang, nak mengagumi seseorang. Sekarang ni kitalah paling tua. Senak juga kengkadang deal dengan bebudak jauh beza umur. Macam-macam peel. Tak hormat orang pun ya jugak, mementang satu program, dia rasa lagi superiorlah. Kengkadang macam nak cakap je, "hey, I am 7 years older than you. Please talk with manners." Ayyo, nampak benar dah tua.
Tadi jadi urusetia satu program ni. Nak belajar rendahkan hati, rendahkan egolah kononnya. Allah tahu krisis dalaman saya. Masalah orang tak hormat ni, aisey, makan dalam sangat. Menggigit-gigit je rasanya. Jadi, Allah hantar team member yang baik. Thanks Haikal, sangat pandai hormat orang dan sangat cool. Boleh get along well. Tapi tak tahulah kot dia ngumpat saya kat belakang kan. Heh, Tak kot, jurus je tengok budaknya. Sama juga dengan Idham. Saya tak ingat dia siapa tapi dia ingat saya. Fikir-fikir, bila masalah ku berkenalan dengan dia ni, oh rupanya kami satu kelas Ecology dulu. Nampak tak permainannya kat situ? Hahaha, nampak benar tak kisah ke orang masa dalam kuliah.
Madihah dan Faezah, geng archery. Thankslah, pandai bergurau tak melampau-lampau. Alya, Syaidatul dan yang lelain pun best. Semua ada give and take.
Hmm.
Hmm.
Leishmania tak habis baca lagi ni.
Bukan takleh baca, tapi gambar-gambar tu. Hmmmmmm..Camana nak survive subjek ni. Boleh ke dapat 4.0 sem ni? Hahaha, cita-cita tinggi melambung. Targetnya 4.0 sem ni. Tapi, hmmm.. macam boleh. tapi tulah, kena kuatkan hatilah nak belajar parasites ni. Ayyo. Ya Allah, mudahkanlah ilmu untuk masuk ke dalam hati.
Tadi juga after program terus ke kumpulan mentor mentee. Saya yang dah sedia diketahui cukup suka berceramaha kab ba ro kap ta nun ni membebel panjang lebar. Pantang ada peluang nak cakap, tak reti berhenti. Mulut cam bertih jagung. Pelik kan? Sebab berbeza dengan perwatakan sebenar yang pendiam dan serius.
Tapi serius la, saya sebut pasal integriti. Pertama kali dalam hidup, saya terus terang ke orang pasal prinsip ni. Tak pernah cakap sebelum ni sebab saya pun bukan baik sangat dan lagi pula kalau orang dengar, kemungkinan kena boooo.
Tapi tadi saya sebutlah pulak. Saya kata, biar hidup ni miskin tapi ada maruah, ada integriti. Kalau awak menipu time exam atau mintak soalan bocor, tak rasa ke takde integriti camtu?
Ayyo, tak patut benarnya cakap gitu sebab budaya meniru dan bocor soalan ni common sangat. Menentang norma betul kalau cakap. But..what done is done. So, move on jela.
Hmm
Bila nak move on dari Leishmania niii
Saturday, April 2, 2016
[Diari] ...
Sunday, March 13, 2016
[Diari] Mengandung Lagi Ke?
"Ekau poie mano, lamo tak nampak?" tanya penjual di gerai yang kami selalu kunjung.
"Cuti kak."
"Tu ha, ada 'isi' lagi ke?" tanyanya pula sambil menunjuk ke arah saya.
Tergumam sebentar. Masuk yang ini, sudah tiga kali saya diajukan pertanyaan, sudah mengandung lagi? Baru-baru ini juga entah dari mana tiba-tiba sahaja ada yang berkata saya sedang mengandung empat bulan.
Empat bulan.
Figura yang entah dari mana munculnya.
Saya tergelak juga. Tidak marah pun. Tetapi setelah kesekian kalinya ditanya, seriau juga.
Saya tak mahu mengandung buat masa sekarang. Masa hadapan, tidak tahu lagi. Biar Tuhan tentukan.
Mungkin perut saya terlalu buncit. Mungkin. Biar jangan cyst atau mengandung. Jangan.
Masa tidak sesuai lagi. Saya sibuk, suami sibuk. Dan saya tidak mampu menanggung amanah seorang lagi anak. Dan saya masih juga takut-takut selepas pengalaman bersalin pertama dahulu. Jadi biarlah, janganlah tanya bila hendak menambah anak. Kalau nampak gemuk itu, janganlah ditanya.
Kadang-kala terfikir juga, setelah langkah pencegahan diambil, bagaimana kalau termengandung juga?
Allah, Allah. Beratnya rasa.
Berat.
Tak mengapalah, insyaAllah masa depan akan ada.
Buat sementara ini cukuplah dengan seorang puteri sahaja.
Wednesday, February 17, 2016
[Diari] Selamat Ulangtahun Ketiga
![]() |
| Ulangtahun pertama |
![]() |
| Ulangtahun kedua |
![]() |
| Ulangtahun ketiga |
Monday, February 15, 2016
Friday, February 12, 2016
[Diari] Nenek Ku Sayang
It is an irony. A song that I used to hate so much is now my favourite. Husband gave the song to me just after I accepted his proposal, a friend also suggested the song and even my sister repeated the song often, loudly. That was why I hated it. It was too slow, lame and my sister had it repeated hundreds of times a day.
Tuesday, February 2, 2016
[Makanan] Yahoo, Kek Dah Siap!
![]() |
| Nampaklah amaturnya saya kan. Tapi gembira sangat! |
Ahahahah, anak dara sepertinya dah tersedar sedikit. Harus menulis di lain hari. Sekian.
Saturday, January 30, 2016
- PERTAMA, Siapakah yang menimpakan musibah kepada kita?
- KEDUA, Mengapa Allah SWT mengijinkan musibah menimpa kita? Bukankah Allah Maha Penyayang?
- KETIGA, Siapa yang dapat mengangkat musibah tersebut?
- KEEMPAT, Bagaimana caranya supaya Allah menolong kita?
Sumber: http://www.dakwatuna.com/2016/01/03/77826/77826/#ixzz3yoOMPRBL
Friday, January 29, 2016
[Diari] Tentang Safiyyah, Selepas 2 Tahun.[Bah. II]
Thursday, January 28, 2016
[Diari] Tentang Safiyyah, Selepas 2 Tahun. [Bah. I]
Monday, January 25, 2016
[Diari] Drive carefully, husband.
Safiyyah is officially two years old today. Guess what I cooked for today? Telur kicap and Park Choy tumis tiram. But we did a small celebration for her yesterday. Just cakes, food, gifts and family. Only adek didn't managed to join us due to her schedule. I will write the details in my next post. Just to keep everything in place so that when the day comes and I gradually lose my memories, this will be the place to recall them.
And to husband, have a safe journey. I love you.
Sunday, January 17, 2016
[Agama]
Saya sebenarnya yang lalai dengan nafsu dan syaitan.
Kerana mudahnya tergoda, maka iman manusia biasa itu tidak statik. Ada kala turun, ada kala naik. Kalau tarbiyah dzatiyahnya bagus, maka insyaAllah dia tetap teguh. Kalau nafsu sendiri masih beraja walaupun luarannya bagus bertudung labuh atau bersongkok, tak mustahil dialah pengkhianat Allah yang terbesar.
Hal nafsu dan iman. Hal dalam hati, meskipun secara hakikat, kedua-duanya akan terpancar zahir di mata manusia. Namun sebetulnya, bukan semua perkara dalam hati itu kita tahu bukan?
Kalau tidak, masakan ada pepatah "rambut sama hitam tapi hati lain-lain."
Segala rencana jahat yang kita fikir mahupun kita lakukan, segalanya tersimpan rapi rahsia antara kita dan Allah selagi mana kita tak membocorkan mulut sendiri. Sebab itulah timbulnya istilah hipokrit dan talam 2 muka. Sebab luarannya nampak bagus sekali, tapi hati dan dalamannya berkulat.
Ingat, walau bagaimana kemas pun kita menjaga segala kekotoran hati kita, segalanya akan terlihat jua suatu hari nanti. Ketika itu terduduklah kita tatkala bukan hanya umat ini, malahan seluruh umat daripada zaman Nabi Adam 'alayhi sallam hingga ke umat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam melihat segala keaiban diri. Tanpa kurang walau hanya satu ayat yang kita tuturkan.
Oleh itu lawanlah nafsu jahat yang datang daripada hati kita itu. Jangan biarkan hati yang dahulunya bersih kini mati dan membusuk. biar mata buta, asal mata hati celik.
Bila itu terjadi hakmi buta mata hati, maka tentu sahaja yang bathil dan haq tak mampu sudah hendak dibezakan. Dan ketika itu, lahirlah seorang lagi manusia yang perasan.
Menyangka apa yang kita lakukan itu baik sedangkan di sisi-Nya, ia tak lebih daripada sekadar dosa.
merasakan baik amal kita, tetapi rupanya tak lebih daripada sekadar sampah.
Wallahu 'alam.
Jannah,
RI,
6.08 petang
Saturday, January 16, 2016
[Diari] Hai anakku
Bila melihat wajah ini, saya punya pengharapan dalam hati.
Semoga Allah mengurniakan kami suami isteri kesihatan yang baik agar kami dapat menjaga amanah ini dengan cemerlang.
Siapa kata tak rindu. Yang senang2 kritik mungkin tak pernah ada anak lagi kot.
Rindu anak ni rindu separuh nyawa.
Rindu yang tak lepas walaupun dah nangis satu malam. Rindu yang tak surut.
Sama macam sayang anak. Walau camane sekalipun anak tu, sayang tu tak pernah kurang, insyaallah..
This child, she is one of the greatest gift from Allah to me. To us.
Allah beritahu bahawa saya ini disayangi; melalui anak ini.
Allah beritahu bahawa saya boleh menyayangi; melalui anak ini. Juga suami.
As long as we are together, I am more than happy. Us. Three.
Fasobrun jamil.
Friday, January 15, 2016
[Diari] Aktiviti Kala Bosan
Haritu baru install online math challenge apps di telefon bimbit. Gian nak mencongak. Lama sangat tak mengira. Orang takde laif beginilah. Main ntah apa-apa je. Dahlah stress, main pula permainan yang boleh bikin lagi stress. Heh. Selain mengira, paling kerap main ialah apa-apa aplikasi brain training. Kadang-kala main juga escape games tapi bila dah habis atau agak2 bosan je terus uninstall.
Sudoku tu masa tahun 2010-2012 punyalah addicted. Asal pergi kedai je cari buku Sudoku. Sedangkan masa sekolah tak suka langsung sebab nampak macam bosan. Kawan sebelah si Mardhiah tu tiap2 hari selesaikan Sudoku di paper NST pun memang pandang sebelah mata je. Ha sekali bila dah reti, suka pula. Cuma, dulu jelah sukanya. Sekarang dah masuk fasa bosan semula. Paling banyak pun seminggu sekali je main.
Chess pun sekali-sekala je buat lepas gian. Dulu masa sekolah jadi wakil catur sekejap dalam dua tahun. Sempat sertai peringkat kebangsaan juga. Tapi lepas tu geng catur semua dah tak ada, terus stop sampai sekarang. Itu yang kekok sangat main. Paling jauh boleh fikir pun 1 langkah ke depan je tak macam dulu boleh fikir sampai 4-5 langkah ke depan. La ni takde confident dah. Main dengan noob pun ketar hahaha.
Setiap kali orang pinjam telefon saya untuk godek2 mesti sekejap je. Sebab semua games yang membosankan je ada hahah. Bukan taknak muat turun apps yang agak fun sikit tapi tak kena dengan jiwalah. In fact, minggu lepas pun ada muat turun permainan perang-perang macam suami punya. Tapi dah padam sebab nak jimat space. Lagipun tak minat.
Saya hanya minat permainan berasakan minda dan berkaitan penyiasatan sahaja. Tengok pada Safiyyah sekarang, tak pasti lagi di ke arah mana. Harap2nya ke arah yang baik sajalah kan.
Tuesday, January 12, 2016
[Diari] Punggah Gerobok Maya
Saturday, January 9, 2016
[Cerpen] Aisyah Chan Mei Lei
****
AISYAH CHAN MEI LEI
Oleh: Jannah Najiha
| Kenangan ketika Aidiladha 2009 |
Saya tahu ayah bencikan saya dahulu. Saya boleh lihat pada matanya. Lagipun, perbuatan ayah sendiri sudah cukup menggambarkan segalanya.
Saya masih ingat peristiwa yang terjadi semasa saya berumur 7 tahun. Ketika itu ayah dan ibu bergaduh fasal saya. Ibu ingin memasukkan saya ke sekolah Inggeris manakala ayah pula dengan pilihan sekolah Cinanya. Pilihan saya pula? Tentu sekali sekolah Inggeris kerana saya ingin keluar daripada kepompong kaum Cina. Walaupun saya masih setahun jagung, tetapi fikiran saya jauh lebih dewasa daripada usia. Mungkin kerana pengaruh buku-buku Inggeris yang diperkenalkan oleh Kak Michelle, jiran saya.
“Ah, membazir saja hantar dia ke situ. Dia anak yang bodoh!” lancang mulut ayah berkata. Mungkin dia tidak sedar saya berada di sisi. Tapi bagaimana pula dia boleh kata saya bodoh sedangkan di kala anak-anak Cina lain masih bertatih menyebut A,B,C, saya sudah pun boleh menulis? Sebagai bukti, pak cik Kok Kent selalu memuji saya dengan mengatakan saya anak yang bijak.
Mujur ibu kuat mempertahan. Katanya, jika saya bodoh tentu bapa pun bodoh sebab saya keturunannya. Ayat itu menyebabkan ayah tercengang seketika. Mungkin dia percaya perkara tersebut seperti dia percaya pada sial.
Ah, fikiran orang dahulu memang mudah didoktrinkan kerana mereka kurang ilmu. Lebih-lebih lagi ayah yang tidak pernah bersekolah. Bukan saya mahu mengutuknya, tapi ini adalah hakikat. Ilmu itu sangat penting bagi memisahkan manusia daripada kejahiliyahan. Wahyu pertama sendiri juga bermula dengan ‘Iqra’ yakni bacalah bukan?
Lama bertikam lidah, akhirnya ayah setuju juga. Sempat pula dia menjeling tajam pada saya sambil memberi amaran, “kalau kamu tak belajar betul-betul, aku rotan nanti!” Gerun saya mendengarnya.
Ayat ayah yang berbisa itu saya pegang sebagai satu motivasi untuk saya belajar bersunguh-sungguh. Saya sudah set minda bahawa sekiranya saya lulus, pasti ayah akan menyayangi saya. Maka pada setiap malam saya akan belajar sambil ditemani lampu minyak tanah yang diberikan oleh Mak Cik Poh Yee. Bila difikirkan semula, alangkah terdesaknya saya terhadap kasih-sayang seorang ayah ketika itu.
Setiap hari berlalu seperti biasa. Malam itu pun sepatutnya menjadi malam yang sama seperti sebelumnya. Namun ada sesuatu telah terjadi yang akhirnya meragut ketenangan saya buat beberapa ketika. Ketika itu saya sedang khusyuk menelaah pelajaran tatkala telinga saya menangkap bunyi tangisan di luar. Aneh, siapa pula yang menangis malam-malam buta ini?
Saya mengintai-intai di balik tingkap. Ah, ada seorang wanita di anjung rumah saya! Benar, dia sedang menangis. Saya cuba mengenalpasti gerangan wanita tersebut. Tapi ternyata sukar untuk melihat dengan jelas dalam kepekatan malam. Andai boleh diputarkan masa, mungkin saya akan tutup buku dan tidur sahaja. Namun naluri muda saya ketika itu telah memaksa saya pergi menjenguk di luar. Lalu dengan langkah yang perlahan, saya melangkah keluar dari bilik menuju ke anjung. Tepat ke arah wanita itu.
DUA
“Ibu?” Terpacul perkataan itu dari mulut saya ketika cuba melihat dalam kesamaran malam.
Saya tercengang-cengang. Kaki yang pantas melangkah terhenti tiba-tiba. Fikiran saya seperti terperangkap. Tidak pernah saya melihat ibu menangis begitu.
Saya ingin sangat tahu apa yang terjadi pada ibu namun tidak sampai hati pula saya nak menerjahnya malam-malam. Mungkin sekarang ibu perlukan masa untuk bersendiri. Tak mengapa, esok masih ada.
Pagi itu, saya turun sarapan seperti biasa. Ibu sedang menyiapkan bekal untuk saya bawa ke sekolah manakala Ayah pula sedang minum kopi.
“Ibu, ibu, kenapa ibu menangis semalam?” saya menyoal sambil menyumbat beberapa roti ke mulut. Sejurus saya bertanya, pinggan yang dipegang ibu terjatuh di meja. Mujur sahaja tidak pecah. Kelam-kabut ibu mengemasnya tanpa menghiraukan pertanyaan saya tadi. Tapi saya perasan air muka ibu berubah cuma tidak pasti kenapa. Adakah kerana soalan saya itu? Ah, mulut saya ni terlalu lancang. Saya tidak patut bertanya sebenarnya.
Sepanjang bersarapan, ayah langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku. Selalunya dia akan berleter juga jika ada yang tidak kena namun pagi itu dia senyap sahaja. Namun itu tidaklah pelik bagi saya kerana ayah sememangnya tidak pernah peduli akan orang lain.
Saya menyangka peristiwa semasa sarapan itu terhenti sekadar di situ tetapi saya salah.
Pada sebelah malamnya ketika saya sedang tidur, ayah tiba-tiba masuk ke bilik saya. Dia menolak daun pintu dengan kasar. Wajahnya seperti menahan kemarahan yang teramat.
“Mei Lei!” Ayah menjerit ke arah saya yang dalam keadaan separuh sedar.
“Mei Lei bangun!” kali ini jeritan ayah amat kuat sehingga membuatkan jantung saya seperti terkena kejutan tiba-tiba. Saya terus bangun dan lari ke hujung katil kerana takut. Itulah wajah ayah yang paling menakutkan pernah saya lihat.
Ayah menarik keluar paip getah yang disorok di belakang seluarnya. Ketika itu, saya sudah membayangkan bahawa saya akan mati sahaja. Berkali-kali saya berdoa entah pada siapa supaya mengirimkan saya seorang ibu pari-pari untuk mengeraskan ayah supaya dia tidak membunuh saya.
Belum sempat ayah melibas saya, terdengar bunyi tapak kaki ibu di luar bililk. Dia berlari-lari mendapatkan saya.
“Kamu benar-benar sudah gila!” teriak ibu sambil memeluk erat saya.
“Dia anak sial! Tak patut lahir ke dunia!”
Saya benar-benar tidak mampu bernafas dalam dakapan ibu dan kata-kata ayah itu menambahkan lagi sesak di dada ini.
“Kalau kamu mahu bunuh dia, lebih baik kamu bunuh aku dulu! Dia anak kamu!”
Tangan ayah yang sudah naik menjangkau paras kepalanya tiba-tiba kaku. Ayah menjatuhkan paip getah tersebut lalu terduduk. Beberapa saat kemudian, dia meninggalkan bilik tanpa menoleh sedikit ke arah saya. Ibu masih memeluk saya sambil mengusap ubun-ubun saya untuk menenangkan saya yang menangis ketika itu.
Peristiwa tersebut sungguh memberi kesan terhadap hubungan saya dan ayah. Saya sudah jarang bercakap dengannya kecuali ketika hal-hal kecemasan. Selebihnya saya akan merujuk pada ibu sahaja. Terlalu sukar untuk saya melupakan pengalaman pahit yang membuatkan saya begitu gerun dengan ayah itu.
TIGA
Beberapa tahun selepas itu, saya berjaya menjejakkan kaki di menara gading dalam bidang pendidikan. Walaupun banyak saudara yang mengumpat saya kerana memilih bidang yang dianggap oleh mereka sebagai tak menguntungkan, saya tetap dengan pendirian saya kerana bukan mereka yang mengawal rezeki saya.
Suatu hari, berlaku kejadian yang benar-benar merubah kehidupan saya 100%. Kejadian yang membuatkan saya mula berfikir mengenai sesuatu.
Semuanya terjadi ketika saya dan rakan, Fatimah sedang menjamu selera di bilik setelah pulang dari membeli makanan di café.
“Kau percaya pada kehidupan selepas mati Mei Lei?” tanya Fatimah sambil meratah peha ayam sambal.
“Masyarakat Buddha percaya bahawa selepas kita mati, kita akan dihidupkan semula.”
“Bagaimana tu? Aku tak faham.”
Baru sahaja hendak menjawab, tiba-tiba perut saya memulas. Ah, terpaksa saya biarkan persoalan Fatimah itu dahulu demi melepaskan hajat yang tak tertanggung ini. ….
“Kalau ada tuah nanti, bolehlah aku jadi Donald Trump!” saya menyambung lagi sambil menghabiskan sisa-sisa milo panas yang baru dibuat sebentar tadi.
“Wah, senang-senang saja boleh jadi kaya ya?” balas Fatimah sambil mengenyitkan matanya. Dia tersengih-sengih.
“Jadi kaya senang tapi tak bahagia. Aku bukan ingat engkau pun nanti,” saya mengeluh.
“Eh, tak bestlah kalau tak dapat ingat semua kenangan indah tu.”
“Itulah pasal. Mesti tak best sebab nanti aku dah tak kenal kau dah Fatimah. Takde dahla orang nak belanja aku makan roti canai,” saya berpura-pura sedih.
“Oh, tengok muka aku ingat roti canai saja ya?” Fatimah membulatkan mata sebelum kami sama-sama ketawa. Sambil itu sempat pula dia mencubit pinggang saya, tanda geram.
“Alah, tak apa Fatimah. Aku bukan percaya sangat la dengan benda macam ni. ” Saya membalas untuk meredakan keadaan. Keropok Super Ring di sisi saya koyak sebelum memakan isi perutnya. Tiba-tiba rasa ingin makan banyak pula hari itu.
“Eh, boleh ke Buddhist tak percaya dengan agama sendiri? Atau kau sudah jadi free thinker?”
Kata-kata Fatimah itu membuatkan saya tidak senang duduk. Memang benar saya kurang percaya pada agama sendiri. Alah, semua ritual keagamaan saya ikuti pun kerana disuruh oleh ibu sedangkan saya tidak rela kerana tidak tahu kepentingannya. Tetapi saya malulah andai orang tahu akan hal ini kerana pasti nanti orang akan memandang serong terhadap saya. Aduh, malang sungguh hari ini terlepas cakap pula!
“Bagaimana dengan kau?Boleh ingat semua benda lepas mati?” saya cuba mengalih perhatiannya.
“Bukan setakat ingat Mei Lei, tapi semua benda yang kami buat akan dipertontonkan di hadapan sekalian manusia nanti. Yang baik, yang buruk, semua akan dibalas dengan setimpal. Siapa yang buat jahat, memang malu besarlah.”
“Nanti?”
“Ya. Nanti – di hari akhirat. Hari akhirat itu akan terjadi apabila dunia ini dah musnah dan waktu itu semua orang akan dihitung amalannya. Kemudian ditentukan sama ada masuk neraka atau syurga.”
Neraka? Syurga? Ah, perkataan itu benar-benar menarik perhatianku.
“Sebab itukah kau orang sanggup mati kerana agama? Kerana mahu masuk syurgakah?”
“Ada sebab yang lebih besar daripada itu Mei Lei. Malahan, kalau tiada syurga pun, aku percaya ramai yang tetap ingin mati demi agama kami,” jawab Fatimah bersungguh-sungguh. Sepertinya dia mahu memanjangkan lagi perbualan.
“Sebab apa?”
“Sebab itu tujuan hidup kami.”
“Eh, tujuan hidup kamu untuk mati ke?”
Fatimah tergelak kecil. Saya mengangkat kening tanda memohon jawapan namun dia tidak menjawab pertanyaan saya sebaliknya berkata;
“Kau tahu Mei Lei, hidup tanpa ada tujuan itu seperti…”
“Seperti bermain golf tanpa ada lubang penamat. Ada kayu dan bola golf tapi tak tahu hendak ditujukan ke arah mana,” tiba-tiba terpacul ayat tersebut dari mulut saya tanpa saya sedari...
Berdebar-debar saya menanti reaksi ayah. Tatkala saya memberitahu khabar mengenai status saya tadi, wajah ayah berubah merah menahan marah. Ibu terdiam membatu manakala Kok Kent pula terus bangun dan masuk ke dalam bilik.
Ya Allah, kuatkan saya…
“Kemas barang kamu sekarang. Tiada apa lagi yang tinggal buatmu di sini,” ayah menjawab ringkas. Saya memandang ibu. Cuba untuk mencari simpati namun ibu masih pegun. Maka dengan berat hati, saya masuk ke bilik, mengemas barang dan melangkah meninggalkan rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.
“Biasanya itulah yang akan terjadi. Akak dahulu pun sama. Keluar dari rumah hanya dengan beg baju dan wang RM10. Memang rasa macam hidup ni dah berakhir. Tapi mujurlah Allah sudah mempersiapkan akak dengan seorang ustazah yang menjadi ibu angkat akak. Jadi, malam-malam seterusnya akak menumpang di rumah ibu angkat akak itu,” kata Kak Sumayyah ketika saya bermalam di rumahnya.
LIMA
Sebenarnya setelah peristiwa dialog bersama Fatimah itu berlalu, fikiran saya diketuk dengan bermacam persoalan. Demi merungkaikan kekusutan di minda, saya mencari sendiri jawapan. Pernah sekali, saya bertanya pada rakan sekuliah saya, Sylvia mengenai Kristian.
“Kau percaya dengan Jesus?”
“Apa beza Jesus dan Nabi Isa?”
Juga beberapa soalan lain yang saya sudah tidak ingat.
“Kau beri aku masa dulu. Nanti aku tanya pada pengkhutbah yang aku kenal. Mereka pasti tahu pasal konsep Trinity itu.”
Malangnya beberapa pertemuan kami selepas itu juga tidak mencapai objektifnya iaitu untuk merungkai segala persoalan dalam diri saya. Malah, membuatkan lebih banyak sarang teka-teki yang berserabut.
Beberapa minggu selepas itu, Fatimah membawa ibu saudaranya berjumpa saya kerana saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan mengenai Islam. Semuanya terjadi setelah Fatimah membaca tulisan saya di blog.
“Aku sudah pergi ke gereja dan ke kuil. Aku sudah berjumpa para sami Buddha. Aku sudah membaca terjemahan Bible. Aku sudah bersoal-jawab dengan kawanku. Malangnya, aku hanya tertarik pada yang satu itu – yang aku abaikan selama ini kerana prejudisnya aku terhadap penganutnya. Aku tidak mencari Islam, tetapi entah kenapa Islamlah yang aku sering fikirkan…”
Amat mengagumkan saya, beliau bukan sahaja dapat menjawab persoalan saya tentang Islam malah persoalan mengenai agama lain juga.
“Jesus sendiri menyeru kepada umatnya untuk menyembah Tuhan yang Esa, bukan dirinya. "Jawab Jesus : hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.” Mark, 12 : 29,”(1) balas Dr. Sakinah ketika menjawab beberapa persoalan yang dikemukan.
“Saya hanyalah menyampaikan kebenaran setakat termampu saya. Setiap manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk meyakini,” begitu Dr. Sakinah berkata sebelum kami bersalaman dan berpisah.
ENAM
Fatimah memeluk saya. Kami menangis bersama-sama. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya saya kerana diberikan taufiq dan hidayah untuk merasai nikmat Islam dan iman.
“Lepas ini aku kena panggil kau apa?” tanya Fatimah sambil tersenyum.
“Apa-apa sajalah. Namaku kan masih Mei Lei. Cuma di depannya saja ada tambahan, jadi Aisyah Chan Mei Lei.”
“Ah, aku panggil Aisyah sajalah ya. Kau kan bijak. Seperti Aisyah r.a, isteri Rasullah,” balas Fatimah, menutup perbualan kami berdua.
Hari itu menjadi hari yang paling bermakna dalam hidup saya walaupun kegembiraannya cuma sekejap. Karenah birokrasi yang membebankan, sikap umat Islam yang memandang pengislaman saya hanya sekadar propaganda jahat dan masalah keluarga yang membenci saya cukup membuatkan 5 tahun pertama saya seperti ribut; ribut yang nikmat
















