Sedikit terkejut membaca komen-komen di halaman peminat Friends of Dr. Harlina Haliza Siraj. Rata-rata yang mengkritik post tersebut menulis dengan kata-kata kasar. Perhatikan komen-komen berikut:
Sindiran dan cacian kepada seorang tua (seperti dikatakan sesetengah mereka) tanpa segan silu, di halaman awam, saya tidak pasti apakah sudah tenat adab dan sopan di negara ini? Apakah sudah tenat pemikiran kita, sehingga budaya troll seperti ini dipandang biasa, manakala seorang dewasa menegur untuk berbahasa elok pula dibodohkan?
Jika seorang India membeli barang, apakah yang sepatutnya kita, sebagai seorang penjual yang tidak pernah kenal beliau seumur hidup, menjawab?
"Ya Kumar, awak mahu berapa kotak?"
Atau
"Ya Mr. Kumar, tuan mahu berapa kotak?"
Mana lebih enak didengar? Jika kita seorang pembeli, mana lebih selesa kita baca? Susahkah hendak berbahasa cantik dengan manusia yang tidak kita kenal?
Kasihan melihat seorang doktor yang sangat banyak jasanya kepada Islam, aktivis kemasyarakatan, aktivis dunia, merawat beribu-ribu pesakit tenat serta memberi dakwah kepada kita yang lalai, dibodohkan. Apa yang susah sangat hendak buka sebentar profil beliau dan lihat siapa dirinya. Bukan hanya melihat kepada satu post lalu berkata seperti tidak pernah ada guru yang mengajar.
Bukan setakat berbahasa buruk, troll, meme dan macam-macam lagi semuanya dipandang biasa oleh kita. Sedangkan baru dicuit sedikit dengan nasihat yang benar, sudah melatah seperti buruk benar perkara itu.
Yang lebih tidak fahamnya, ada yang menulis mengenai riak dan ujub. Ya Allah, tak faham betul sesetengah manusia ini. Bukankah satu adab dan formaliti apabila memanggil seseorang dengan gelaran akademiknya? Sedangkan pesara guru berumur 78 tahun pun tetap lekat dipanggil "cikgu" dan seorang polis pula tetap dipanggil "tuan" walau bukan di waktu pejabat, apa salah memanggil seorang doktor dengan panggilan doktor? Doktor adalah mereka yang dahulunya berusah-payah dan berhempas-pulas belajar dan berusaha mengubati orang lain. Memanggil mereka dengan gelaran akademik mereka adalah satu tindakan memuliakan orang lain. Apa pelik benar ya mengeji bila diminta panggil begitu.

No comments:
Post a Comment