![]() |
| Ulangtahun pertama |
Safiyyah dah tidur.
Keruping sudah mula kelihatan pada luka di lututnya [tersadung ketika bermain layang-layang semalam] sedikit dan mungkin sedikit masa lagi sakitnya bakal hilang. Sabarlah wahai anak, luka itu mainan hidup. Dengan kesakitan dan kedukaanlah kita mengenal kekuatan. Ummi sangat bangga denganmu wahai anakku kerana tidak setitik pun air matamu tumpah semalam. Hanya rengekan kecil sahaja dan Alhamdulillah, Ummi sangat lega melihatnya.
![]() |
| Ulangtahun kedua |
Semalam ulangtahun pernikahan kami ketiga. Dan malamnya, sahabat suami datang ke rumah menyampaikan amanah suami. Ia sebuah beg kertas yang diisi dengan tiga bungkus besar coklat serta sejambak bunga ros yang sangat cantik. Saya fikir, agaknya lelaki memang susah untuk mengingati sesuatu yang remeh seperti kegemaran isteri dan tarikh-tarikh penting. Untuk suami, beliau ingat tarikh ini tapi terlupa kehendak saya. Saya tidak gemar makan coklat kerana ia terlalu manis buat saya. Cuma sekali-sekala sahaja bila teringin, saya akan makan Kinder Bueno. Tetapi tidak mengapa, saya tetap gembira dengan pemberiannya. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu kan? Sebelum ini pun kami tidak sambut besar-besaran. Hanya sahaja suami sedikit ehsan dan memberi hadiah sebagai penghargaan.
![]() |
| Ulangtahun ketiga |
Semasa menulis entry ini, mata saya berkalih pada televisyen di hadapan yang sedang menayangkan rantaian drama Sayap Jibril. Babak pertama memperlihatkan sebuah bas mini berhenti di perhentian bas. Lama betul tidak nampak bas tersebut, tak sangka ia masih ada di beberapa tempat ya. Seingat-ingat, kali terakhir saya melihatnya ialah 16 tahun dahulu, semasa darjah lima. Selalu juga naik bas mini tersebut terutamanya ketika terpaksa pulang lewat dari sekolah disebabkan latihan catur sampai pukul tiga. Kadang-kala terbit rasa takut juga kerana yang memandunya rupa semacam mat pet dan pernah satu hari, dek takut sangat, saya tekan bell untuk berhenti di tepi jalan yang tiada perhentian bas. Punyalah marah pemandu tersebut pada saya. Sempat dia membebel sebelum meninggalkan saya di tepi jalan besar bersama kepulan asap. Hahaha.



