Saturday, February 28, 2015

[Diari] Aktiviti


Kelmarin pagi-pagi lagi kami sekeluarga keluar menguruskan hal universiti sebelum makan tengah hari di ViVo. Petangnya keluar lagi menemani adik membeli barang keperluannya.

Dahulu, terdetik rasa hati hendak memperlekehkan para ibu yang sukar mengurus keluarga di waktu pagi. Anak baru seorang pun payah? Manja sangat, fikir saya. Namun apabila mengalaminya sendiri, barulah terasa pulang paku buah keras. Para ibu, tidak kira yang bekerja di luar atau suri rumah tangga, sama-sama melalui cabaran pengurusan masa. Hendak solat, mandi, sediakan sarapan, siapkan suami, siapkan anak dan melayan karenah anak. Banyak kerja bukan? Kalau anak ramai, masih kecil dan tiada pembantu pula bagaimana? Sedang kita bujangan pun sering kelam-kabut di waktu pagi, inikan pula yang berkeluarga.  Kasihan.

Jadi kita sebagai mata ketiga, janganlah memandang sinis para ibu yang kelihatan tidak terurus. Bukan mudah hendak menjadi seorang supermom dan seharusnya kita meraikan para ibu ini kerana tiada siapa selain ibu yang mampu bekerja 20 jam sehari 7 kali seminggu. Tugas ibu tidak ada cuti. Tidak ada gaji. Tidak ada anugerah pekerja cemerlang. Tetapi seorang ibu tetap setia menabur bakti pada keluarga. Itulah ibu.

Semalam pula kami menziarah kubur nenek selepas Asar. Kemudian singgah sebentar menikmati minum petang di restoran kegemaran mertua. Bukan main ramai pendatang asing di kawasan tesebut. Selepas habis makan, saya berjalan sebenyar dengan anak. Ada juga mata-mata yang pandang macam nak telan. Saya tak risaukan diri ini tetapi anak yang bahaya. Banyak pedophile sekarang. Semoga dijauhkan anak saya daripada tangan-tangan jahat.

Semasa di tanah perkuburan, kelihatan empat liang lahad kosong di kawasan tengah. Tak pasti ada orang kemalangan atau ia dikorek sekadar sebagai persediaan. Apapun, gerun melihat tanah 7 kaki di bawah bumi. Entah bagaimana nasib di rumah baru ini nanti. Cukuplah mati sebagai peringatan. Semoga Allah taala menyelamatkan kita semua dari azab kubur.

Yassin malam ini di rumah Cik Far. Saya membawa puteri bersama. Alhamdulillah tak menangis. Aktif tu biasalah. Budak kan. Semoga anak Ummi cepat membaca al-Quran dan menghafaznya. Amiin.

Wednesday, February 25, 2015

[Diari] Tiada Apa-Apa

Saya berjanji pada diri sendiri untuk menulis setiap hari namun belum mampu istiqamah dek kesibukan menguruskan hal seharian.

Apa keperluannya? Syok sendirikah saya? Blog ini hendak terima 5 pengunjung pun payah.

Ya, blog ini tiada pembaca kecuali seorang yang pasti dan saya menulis kerana seseorang itu.

Jika dibilang-bilang masanya cukup, namun untuk mencoret dengan akal fikiran yang tenang serta bahasa yang indah memerlukan ketinggian fokus dan itu yang agak menyukarkan pelunasan janji.

Sesiapa pun boleh menulis. Ambil pen dan tekan sahaja di atas kertas. Namun keindahan penulisan itu tiada. Isinya kosong. Bahasanya jelik. Lalu yang tinggal hanya suka-suka. Untuk saya baca kembali tidak apa, bahkan cukup membahagiakan kerana ia datang dari hati. Walau apa jua gaya, saya menerima setiap tulisan itu dengan baik. Tetapi lain cerita jika ditakdirkan ada insan menjengah blog ini. Kan rugi jika insan itu tidak dapat apa-apa manfaat daripada saya? Saya pun rugi pahala.

Semoga Allah taala memberi saya keberkatan masa untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar serta menyebarkan ilmu serta memberi senyuman pada insan sekeliling terutama suami.

Sekian.
Saya sayang suami saya. Kekekeke.

Friday, February 20, 2015

[Diari] Jangan Menyibuk Hal Orang

Malam ini Yassin di rumah Cik Far.
Aku bawa anak dara sekali.
Alhamdulillah tak menangis.
Aktif sesikit tu biasalah kan.
Cumanya aku harap lepas ni dia akan lebih behave.
Dan tak ada orang agah-agah masa Yassin.
Lepas Yassin tak apalah.

Kalau pergi Yassin, aku suka jumpa Cik Tina.
Sebab bila salam beliau selalu cium pipi aku.
Terasa macam Emak yang cium. Rasa macam manja.
Aku ni nampak aje keras hati tapi teringin juga dimanja macam budak kecik.
Biasalah kan.
Emak jauh. Yang dekat cuma Ibu.
Tapi masih segan lagi walau dah 2 tahun nikah.

Minggu depan balik KL.
Sifu, adik aku tu entah berapa kali tanya bila nak balik  sampai jenuh nak menjawab.
So kali ni aku nak buat relax je.
Tapi semakin dekat tarikh tu semakin taknak balik.
Sebab sedih untuk berpisah dengan anak.

Kadang2 terasa juga nak cili mulut orang yang mengata aku tak sayang anak.
Hang tuhan ka?
Takdelah sebab hang tahu benar hati aku camne, kot la hang tuhan kan.
Aku malas nak mengadu sana sini pasal mulut2 laser ni.
Biar Allah balas balik kaki penyibuk jadi hakim dan tuhan tu.
Hang tak kawen lagi, tak jadi ibu lagi, bahkan tak rapat pun dengan aku dan suami.
Lepastu sibuk mengata macam dah kenal luar dalam.
Aku tak payah doa pun, memang orang mengumpat mencaci ni ada balasannya.
Malas nak layan, hang deal lah dengan Allah sendiri.

Ngantuk betul ni.
ok babai.

Thursday, February 19, 2015

[Diari] Masih Aku Cinta

Sebentar tadi seorang sahabat menyiarkan gambar lama kami.
Perkara pertama terlintas di fikiran tatkala melihatnya ialah cermin mata.
Cermin mata terbaik pernah saya guna.
Walaupun dah patah tetap disimpan juga.
Saya jarang ada barang kesayangan.
Hati sejuk beku gini memanglah tak lekat kasih sayang.
Tapi adalah juga sedikit barang yang bila saya tengok terasa emosi dan sayang.
Contohnya cermin mata tu.
Dan buku Room yang dibeli sekitar tahun 2012.
Kad dan surat-surat Hafizah.
Handphone Nokia purple hadiah Ibu mertua.

Handphone Nokia itu istimewa.
Sebab gambar pertama di dalamnya ialah saya ketika mengandung 7 bulan.
Dan ia diambil oleh suami di Melaka.
Pada hari gambar tersebut diambil, kami dalam perjalanan ke kampus. Masa itu kami tiada rumah sewa sebab dah let go rumah lama.

Balik kampus gamble je dengan barang penuh kereta dan takde tempat tinggal sedang kelas sudah bermula.
So satu hari la turun naik merata cari rumah. Naik rumah flat sana sini, redah rumah kampung.
Kemudian rehat kat surau.
Petangnya kami dapat sebuah rumah.
Belum tengok lagi tapi hati saya rasa tak sedap.
Tup tup maghrib tu terserempak kawan lama.
Borak punya borak, dia kata kawasan rumah tu ada 'sejarah'.
Dalam keadaan saya yang vulnerable begitu, lebih baik jangan menyewanya, kata kawan kami.
Suami kata, kalau tak ambil rumah tu mana kami nak tidur malam ni?
Ingat nak move in terus sebab barang banyak dan saya pun tengah sarat kan.
Selepas kawan pergi, saya menangis taknak rumah itu dan kata takpelah kita tidur dalam kereta je malam ni since bajet tight.
Suami kesian, beliau check in hotel.
Malam tu dalam pukul 9 malam owner suruh tengok rumah.
Memang berat hati tapi pergi jugak.
Sampai je dah rasa lain.
Kawasan hutan, gelap, sunyi dan menyeramkan.
Bila masuk je rumahnya terasa ada sesuatu keluar.
Dan benda pertama saya nampak ialah gambar tuhan agama lain.
Balik tu suami kata kita cuba lagi cari esok. Kalau tak dapat yayang redhalah dengan rumah tu.

Esoknya lepas Subuh saya termenung memikirkan masa depan.
Sementara tunggu suami siap saya scroll telefon Nokia tu.
Tiba-tiba jumpa satu nombor tak dikenali.
Entah bila saya save tak pasti.
Hati tergerak untuk menelefon.
Yang angkat perempuan.
Tanya ada rumah sewa tak? Dia jawab takde.
Tapi mak cik ni baiknya masyaallah. Dia bagi nombor seseorang.
Saya telefon.
Puan tu angkat dan tanya mana awak dapat number ni? Sekali orang politik laa.

Tanya pasal rumah sewa. Beliau ada dua.
Satu tu murah RM400 tapi dah ada orang sewa.
Satu lagi tu mahal. Kalau ikutkan ratenya patut RM1000 tapi puan tu letak RM600. Rumah 3 bilik, kosong dan baru je siap renovate.
Suami ajak tengok.
Saya kata takyahlah abang. Kita mana mampu.
Suami pujuk2 hmm ok kita gi tengok.

Ohmaiii dari luar nampak cantik dan besar sangat untuk kami berdua.
Saya memang putus harapanlah.
Suami pujuk lagi. Jomlah kita try mintak kurang.
Saya tanya siapa nak bagi kurang? Rumah besar camni takkan nak sewa 400?
Suami kata try dulu.
Oklah kita try.

Pergi jumpa puan tu kat ofisnya.
Bincang2 sikit dan puan tersebut terus setuju turunkan harga.
Alhamdulillah.
Tuhan jelah tahu happy giler saya waktu tu.
Agaknya beliau bagi sebab kenangkan saya dah nak beranak.
Memang happy sangat sampai terus ambil kunci dan cuci rumah hingga petang.
Tak fikir sakit pinggang ke apa.
Malam tu beli toto sebab takde perabot lagi.
Seminggu jugak macam tu tapi tak kisah kerana bersyukur sangat masih ada orang baik begitu.
Mana nak cari rumah teres partially furnish 3 bilik dengan sewa RM400?


Keranaitu saya sayang handphone tersebut. Gambar di dalamnya membawa saya mengingati kenangan pahit dan manis silam.

Di dalamnnya juga ada gambar pertama anak kami.

Dan beberapa mesej penguat dari suami ketika saya kesusahan menghadapi saat bersalin seorang diri.
Bukan beliau taknak teman tapi memang tak dibenarkan
Malam kedua saya cuma ada 3 orang je dalam prenatal ward.
Katil sebelah siap telefon suaminya cakap takut dengar saya mengerang kesakitan hahahah.
Esok tu berapa kali entah tanya nurse dah 10 cm ke belum? sebab nak suami masuk.
Masa 7 cm suami dapat masuk sekejap lepas tu kena halau keluar balik.
Yang kelakarnya suami saya ni time tu boleh dia bagi artikel camne cara nak beranak suruh baca.
Saya ni dah fikir nak meninggal dunia je mana ada masa dan tenaga nak baca dah hahahah.
Kelakarnya alahai.

Sekarang dah tak guna.
Tapi tetap sayang lagi.
Kami berdua sebelum ni pakai handphone cikai tak ada kamera.
Kemudian saya dapat Nokia.
Kalau orang lain ekeleh nokia baling anjing je?
Tapi kami suka.
Sebab dapat ambil gambar kami berdua.
Jadilah kan walau kamera biasa je.

Monday, February 16, 2015

[Diari] Nota Kosong

Seronoknya bila dapat menulis entry tadi macam orang bertamadun.

Tapi bila korek semula entry lama ya ampun, bahasanya....Malu hendak membaca kembali tulisanku.

Terutamanya entry "Suami." Sekejap tulis saya, sekejap aku. Ice Lemon Tea jadi Lemon Ice Tea. Hmm.

Semasa sambut ulangtahun perkahwinan semalam pun sebut Lemon Ice Tea pada pelayan hingga dia terpinga-pinga. Malulah juga...

Semoga saya dapat menulis dengan bahasa yang lebih molek di masa akan datang.

InsyaAllah entry selepas ini ialah mengenai permata negara yang baru sahaja meninggalkan kita beberapa hari lepas.

Doakan saya berjaya menulis hingga tamat.

[Resepi] Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah


Semua orang suka makan Nasi Lemak. Tapi tak ramai mahir membuatnya termasuklah saya. Pertama kali memasak Nasi Lemak ialah ketika serumah dengan Zumie. Beliau yang mengajar saya. Rasanya adalah dalam 5 kali kami memasak menu ini bersama-sama. Air tangan beliau memang sedap dan yang menjadi kegemaran saya tentunya Pajeri Terung nyum nyum.. Hmm, manisnya memori bila diingat kembali. Sewaktu kami menetap di Raudhatul Istisyhad pula, kami pernah berganding bahu bersama Kak Asma'  dalam memyediakan sajian tradisi ini untuk dijual di Stadium Gama'ah pada harga LE6.50 - harga standard makanan Melayu di sana. Alhamdulillah semuanya habis. Sekalipun begitu, saya akui saya masih belum mahir memasaknya hatta sudah diajar beberapa kali.


Jadi hari ini saya mencabar diri untuk mencuba sekali lagi tetapi versi Nasi Lemak kukus pula. Selama ni guna rice cooker tapi sebab nasi semalam masih ada, nak tak nak kena kukus. Turut disertakan sekali ialah Ayam Goreng Berempah ciptaan sendiri dek kerana tak sempat nak google. Baik si kecik hari ini. Di kala Ummi kelam-kabut memasak, dia tolong mengemas. Alhamdulillah. Terima kasih anakku.


Untuk makluman, resepi di bawah ditulis seringkas mungkin bagi memenuhi citarasa penulis yang sukakan konsep minimalis. Kekekeke. Maka, ianya tidak sesuai dijadikan panduan untuk menghasilkan masakan sempurna yang mencapai standard menantu mithali. Kalau masak sekadar suka-suka bolehlah. Asalkan cukup syarat untuk dipanggil Nasi Lemak kukus bersama Ayam Goreng Rempah.


Okay, di bawah ini resepinya.


Nasi Kukus
2 pot nasi
Santan pandailah sukat sendiri - saya guna 2 kotak Kara 250ml + air 1/2 pot 
1 inci halia
1 ulas bawang merah sederhana
2 ikat daun pandan



Dah namanya kukus kan, jadi pertama sekali kenalah didihkan air dalam periuk kukus. Koi guna periuk manual.

Kemudian basuh dan toskan beras. Letak dalam bekas  bersesuaian. Saya guna loyang. Selalunya kukus kek je jadi bila masak nasi pun automatik nak guna loyang. Lagi bagus kalau dapat alas loyang tu dengan daun pisang. Mak Su saya kalau kukus mesti buat macam tu dan tidak dinafikan masakannya sangat sedap.

Seterusnya hiris bawang, halia dan daun pandan sebelum menaburnya ke atas permukaan beras. Kemudian barulah isi setengah bahagian santan.

Kukus hingga hampir masak. Selepas itu, buka penutup, tuang lebihan santan, kacau, tutup kembali dan tunggu hingga nasi masak sebelum dihidang.


Ayam Goreng Rempah
Ayam secukupnya
bawang merah dan putih dikisar
Rempah serbuk - kunyit dan kari
Cili kering kisar beberapa sudu
Sebatang kulit kayu manis
Garam


Campurkan semua bahan. Perap dalam beberapa jam. Kalau malas, perap sebentar sajalah. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Okay itu sahaja. Resepi sambal tak disertakan sebab malas. kekekeke. Gambar di bawah diambil pada pukul 6.00 petang dan itu sajalah presentation tercantik yang mampu saya jayakan. Lauk pun tinggal baki seciput je. Harap dimaafkan. Saya akan berusaha memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang.
Diharap sesiapa yang membaca akan memperoleh manfaat daripada tulisan ini. Selamat mencuba. (^_^)




Sunday, February 15, 2015

[Diari] Thoughts

It was a long day.
I was frustrated - for reasons that I couldn't share.
But then, the frustration and anger had had me think deeply of my daughter's future.
I have nothing in this world.
No wealth. Nothing.
My only harta is this one little girl who knows nothing of this cruel world.
If I let my anger take over me, what will my daughter think?
That I am such a failure?
I am so scared if I failed to raise her well.
In terms of akhlaq.
But today I read something that had opened up my mind.
And I hope it is not too late for me to change.
And build a better world for her.

Wednesday, February 11, 2015

[Resepi] Ayam Stim Halia

Freezer belum pulih lagi.
Walaupun sejuk tapi ayam dan ikan tak beku pun.
Mujurlah semuanya belum buruk lagi.
Ayam yang aku guna untuk masak pun wangi je.


Hari ni aku masak Ayam Stim Halia.
Nama macam gempak kan? Padahal.....hehehehe
Masak stim cuma campak2 aje.
Tak perlu nak tumis atau bersantan bagai.
Cuma letak dan tunggu siap.
Yang leceh hanyalah perapan sebab makan masa lama.


Untuk perapan, aku gaulkan ayam dengan bawang putih, halia dan kicap.
Sepatutnya letak sos tiram tapi tak jumpa, maka aku ganti dengan kicap manis.
Lantaklah awokme nak kutuk koi masak tak semenggah.
Koi masuk aje apa2 asalkan halal.


Selepas 1 jam, ayam tadi tu pun dikukus.
Dalam 15 minit camtu baru kumasukkan sayur.
Tak elok campur sayur sekali harung dengan protein.
Selain masa masaknya berbeza, protein daripada daging kan senang terdedah pada bakteria pembawa penyakit.
So tak elok campur sekali. Penerangan lanjut ada tapi aku lupa dan malas search.


Banyak sayur kuletak.
Ada lobak, brokoli, tomato [ni masuk 2 minit sebelum tutup api] dan cili padi.
Keknyer sayur dah kuning belake.
Sebelum rosak moh la kite masak.
Awokme cuba perati brokoli dalam gambo bawah ni, kuning2 kan?
Tu yang koi buat stim. Nak ngabiskan sayur.


Ini ajelah gambar paling cantik yang mampu diambil


So bila ayam dah masak dan sayur lembut, tutup api dan hidang.
Aku tak letak garam. Saje je.
Kalau nak masin sikit boleh campur kicap masin bersama bahan perapan.
Nak manis campurlah madu.
Pandai2lah olah kan.


Kalau ada yang tiba2 tersesat baca blog ni silalah cuba ya, meskipun resepi ni tidak segah resepi di blog lain tapi insyaAllah sedap jua jika kita masak ikhlas dari hati.
Kekekeke.


Alhamdulillah atas rezeki Allah taa'la hari ini.


Tuesday, February 10, 2015

[Koreksi Diri] Melihat Masa Depan yang Kelam


Hajat hati hendak masak Rendang Ayam pagi tadi, namun melihatkan sayur2 hampir busuk akibat tidak dimasak, aku menukar arah kepada Tom Yam Ayam. Menu yang kupilih ini sebenarnya berisiko menerima banyak kritikan kerana Tom Yam air tangan MIL tersangatlah sedap. Tambahan pula beliau selalu masak Tom Yam campur. Aku cuma guna ayam, maka perisanya pasti kurang menyengat. Asam keping dan serai juga tiada. Senang cerita, ini Tom Yam kosong semata. Tak apalah, pelan2 kayuh lama2 pandailah jua. Ye dak?




Resepi tidak disertakan kerana tak larat nak tulis panjang2. Pening kepala dan susah hati. Hari ini hari yang suram, menyedihkan. Banyak wajah2 bertukar hiba tatkala mendengar perkabaran pagi ini. 2020 terletak 5 tahun ke hadapan. Sebelum tibanya tarikh itu, fasa di antaranya amat kritikal. Keadaan politik Malaysia semakin meruncing, kotor dan membimbangkan. Apakah nasib kami generasi pelapis negara? Apakah kalian para pemimpin hendak meninggalkan kami sebuah negara yang rosak dan rakyatnya terumbang-ambing menunggu masa depan yang kelam hanya disebabkan nafsu buas kalian?


Semoga keadilan selalu menyebelahi mereka yang dianiaya.


Di kala hati duka begini, ingatan pasti tertancap pada keluarga di kampung. Apa khabar Emak, Ayah serta adik2 yang dirindui? Sudah sebulan lebih tidak ketemu. Aku pun sudah jarang bergeser dengan Ayah. Mungkin faktor peningkatan usia  menyebabkan kami lebih suka diam bila salah seorang naik minyak. Aku akui aku sangatlah rebel orangnya, seperti Sufiah Yusuf yang baru2 ini ditemubual secara eksklusif oleh sebuah stesen televisyen swasta. Luaran mungkin nampak lembut, sedang hakikatnya aku sangat kuat memberontak, kesan tekanan mental semasa membesar.


Apabila membaca dan mendengar kisah Sufiah Yusuf tempoh hari, sepertinya ada sekelumit persamaan antara kami.


Beliau telah 3 kali mengambil ijazah sarjana muda dan berhenti di tengah jalan untuk 2 yang pertama. Aku juga 3 kali dan salah satu program ijazahku ialah Matematik Tulen.


Aku juga pernah melarikan diri dari keluarga dan kampus beberapa kali, seperti beliau. Agakku, beliau juga seorang yang suka memendam rasa lalu bila meletup, terus ambil tindakan drastik tanpa melihat kiri kanan.


Aku juga berumahtangga ketika dalam fasa pengajian.


Aku juga pernah menjalani episod kehidupan kelam dan hitam.


Segolongan orang, seusai menonton temubual eksklusif Sufiah, memberi pendapat menghentam beliau - tipikal orang awam. Mulut yang menonton memang selalunya ringan berkata kerana tidak memerlukan apa2 kos dan bukan kita yang menanggung luka serta parutnya. Barangkali jika mereka di tempat beliau, mungkin mereka akan jatuh ke dalam jurang yang lebih dalam. Jangan mengukur iman bila tidak diuji. Senang untuk berkata besar apabila kita tidak berada dalam situasi tersebut. Jika kita pernah melalui fatrah penderaan fizikal dan mental bertahun2 serta sentiasa diburu lensa masyarakat prejudis lalu boleh berjaya pula [bukan setakat dapatkan sijil tetapi juga berjaya membina kesihatan mental yang baik], mungkin ketika itu kita boleh bersuara. Berapa ramai anak2 bijak yang tidak ada masalah mental? Sedikit. Bukan hanya kecantikan bisa jadi sumpahan, bahkan kepandaian IQ juga.


Sebelum menulis atau berkata, sepatutnya kita berfikirlah. Bila melihat sesuatu musibah menimpa orang lain, berdoalah kebaikan buat mereka dan ambillah ikhtibar. Kita bakal menjadi ibu bapa suatu hari nanti. Jangan sibuk menghakimi orang. Mungkin jalan kita nampak cerah sekarang tetapi ingat, roda sentiasa berputar. Kuncilah mulut.


Bila aku menatap wajah itu, aku lihat kekosongan dalam jiwanya. Namun aku turut nampak sinar ketabahan. Sufiah ialah seorang wanita yang cekal, yang bangkit sendiri perlahan2 tika dia jatuh keseorangan menyembah bumi. Tiada siapa membantu dan aku pasti dia sendiri tidak memerlukan bantuan.


Biarkanlah dia menjalani kehidupan yang tenang, jauh daripada masyarakat. Doakanlah untuknya. Jijiklah pada diri sendiri tatkala ada seseorang sedang cuba merangkak ke arah kebaikan, kita pula mengambil tindakan yang mengingatkan dia bahawa, "oh, aku ini pendosa dan ahli neraka."


Monday, February 9, 2015

[Diari] Rasanya Ada Orang Birthday 9 Februari Tapi Tak Ingat Siapa

Michael bukan Yahudi.
Dia keturunan Aryan.
Aryan yang berhijrah ke Eropah, bukan India.
Hmm...
Michael asyik memanggil.
Sedangkan saya sudah penat mendengar kisah cintanya yang tak kesampaian.
Tolonglah.
Saya nak beralih chapter.
Awak taknak move on lagi ke?
Dari kasihan jadi menyampah pula.
Apa yang hendak diharap pada wanita ego setinggi langit, wahai Michael?

Saya ingin bertanya khabar Jack pula.
Tapi nanti saya menangis.
Saya kan ibu - emosi cepat tersentuh bila bicara berkaitan anak kecil.
Tapi saya perlukan kekuatan ibunya.

Saya pun keliru.

Sunday, February 8, 2015

[Resepi] Mee Soto Ayam


Sejak menikah, makanan yang paling kerap saya jamah selain Kari Daging ialah Soto Ayam. Tak pasti kesukaan siapa secara spesifik sebab Ibu tak pernah cakap masak untuk siapa. Kalau suami pulang mesti Ibu masak Kari Tetel kerana ia kegemaran suami. Kalau kakak pula, Masak Lemak Daging Salai. Soto Ayam ini mungkin kegemaran semua orang.


Petang tadi saya masak Mee Soto. Sepatutnya Ibulah tapi disebabkan Ibu sibuk dengan urusan luar, saya menggantikan beliau memasak. Kebetulan sahaja. Dan sepatutnya guna Nasi Impit namun bekalan habis maka ia digantikan dengan Mee Kuning. 


Bahagian paling penting dalam Soto Ayam tak lain tak bukan ialah kuahnya iaitu Sup Ayam. Untuk pengetahuan semua, demi menjadikan Sup Ayam kebabom meletup satu kenyataan, bahagian paling penting mesti dimasukkan ialah KAKI AYAM. Bahagian itu kalau dibuat sup, memang sedap terbaik InsyaAllah. Saya sebagai penggeli kaki ayam pun akan cari bahagian tersebut bila nak masak sup. Jadi, sesiapa yang rasa nak masak Sup Ayam, jangan lupa masa siang ayam tu simpan kakinya, jangan dibuang. InsyaAllah masakannya bertambah sedap.


Untuk buat sup ayam ni mudah sangat. Cuma perlu 4 bahan asas sahaja - AYAM, BAWANG TUMBUK, REMPAH 4 SEKAWAN dan AIR.


Paling penting tentu sekali rempah 4 sekawan. Mereka umpama tiang yang membentuk sejenis masakan bernama Sup. Tiada mereka runtuhlah rasa. Jadi mesti ada.


Bagi siapa2 yang tak tahu apakah rempah2 tersebut, sila rujuk gambar di bawah.




Kulit Kayu Manis / Cinnamon



Cengkih/ Clove

Buah Pelaga

Bunga Lawang / Star Anise




Okay, sekarang kaedah memasak pula.
Untuk cara memasaknya, mula2 panaskan minyak.
Tak payah tunggu minyak panas, terus masukkan rempah. Bila dah keluar bau manis2 tu, baru masuk bawang blender [onion, garlic, ginger].
Bila bawang pun dah naik bau, hangus2 sikit, masukkan ayam.
Tunggu kejap ayam tu keluarkan air, baru tambah air ikut suka banyak mana.
Kemudian, melanguklah depan dapur gas tu menunggu ayam masak.
Dah masak, tabur garam dan gula.


Siap!


Kalau nak lebih sedap dan menarik, selepas ayam dimasukkan, tambah juga kentang. 
Dah lama sikit tambah sayur-sayuran lain seperti lobak dll.
Kemudian bila dah siap semua, tutup api dan tabur hirisan kasar daun sup serta daun bawang. InsyaAllah terbaiklah rasanya.Dan jangan lupa untuk tabur bawang goreng sebelum makan.


Kat bawah ni gambar yang sempat diambil. Selalunya kami makan Soto dengan taugeh celur, sambal kicap dan bergedil. Ikutlah selera masing2 kan nak letak side dish apa. Tak ada salahnya dalam memasak ni. Yang penting halal dan sedap. :)







Friday, February 6, 2015

[Resepi] Hati Ayam Goreng Kunyit Senang Giler

Hati Ayam Goreng Kunyit.
Ini resepi senang gila2.
Dan sedap untuk orang yang suka makan organ dalaman.

Suami tak suka.
Tapi saya suka!
Macam telur ikanlah. Suami suka.
Saya? Tengok pun tak lalu.

Untuk anak dara yang baru belajar masak, resepi ini untuk anda.
Ia mudah, cepat disediakan dan sedap.

Hanya perlu 3 BAHAN sahaja - HATI AYAM, SERBUK KUNYIT dan BAWANG BESAR.

Dah nama goreng kunyit, kalau takde kunyit tak jadilah kan?

Tapi kalau nak lagi sedap tambah2lah sikit bahan lain macam - lada merah/hijau, halia, bawang putih, lada hitam, air asam, kacang panjang, tomato dll.

Secara peribadi, saya suka organ dalaman yang digoreng sebab dia agak berbau. Kalau masak berkuah mungkin akan terganggu dengan bau hanyir. Jadi, goreng ialah kaedah terbaik untuk penggemar organ dalaman haiwan menikmatinya.

So bila dah cukup bahan, apa lagi? Jom masak.
Mula2 panaskan minyak dan lumur hati ayam dengan kunyit.
Bila minyak dah panas, goreng hati ayam hingga setengah masak.
Lepas tu baru masukkan bawang yang dipotong mayang.
Kacau sampai layu, masukkan garam. Kacau lagi sampai hati dah masak dan tutup api.

Siap!!!

Mudahnya lahaiiii.

Namun sekiranya anda nak masak beria sikit, lepas dah goreng separuh masak tu, masukkan bahan2 lain yang saya tulis kat atas. Kacau sampai semuanya masak, tabur garam dan hidangkan.

Dalam 15 minit je masak lauk ni selalunya. Tapi bergantung juga pada kuantiti. Kalau banyak, lambatlah sikit masaknya. Yang penting masak jugak. Gambar nantilah saya update. Makan pun terkejar2 inikan nak ambil gambar cecantik. Kena berperang dulu baru dapat. Entry ni pun nasiblah dapat ditulis sepantas kilat sementara anak tengah tidur. Kekekeke.

Ok, selamat mencuba!

Thursday, February 5, 2015

[Resepi] Kari Ayam Basic


Sabtu lepas saya dan keluarga mertua ke rumah sepupu suami. Sampai2 je sepupu suami tanya.


"Eh Jiha! Bila balik? Kebetulan pulak Kak Nor masak Mi Kari ni ha. Memang rezeki kau la hari ni."


Beliau tahu saya suka Mi Kari sebab pernah request masa mengandung dulu. Sanggup beliau datang rumah dengan barang basah semata2 nak masakkan. Hahahaha. Tapi memang sedap, almaklumlah orang meniaga makanan kan.


Selain Mi Kari, ada juga 2-3 makanan lain. Lepas makan perut kenyang terus tertidur di sofa. Anaknya ayah dialah yang jaga. Sedar2 je kene kejut balik.


Sebenarnya, saya ni ada keturunan India juga walaupun dah jauh sangat2, tu sebab suka kari. Mi Kari, Kari Ayam, Kari Daging dll. Tapi kuah Mi Kari biasanya cair berbanding Kari biasa. Saya tak reti nak explain panjang sebab bukan reti masak mi kari pun. Hahahah. Tapi pernahlah masak sekali kat Mesir dulu dek mengidam sangat. Tapi tak sedap since rempah kari mereka berbeza sedikit. Kari biasa saya boleh buat. Sedap ke tak tu belakang kiralah. Janji boleh makan tanpa tercirit, kan? 


Okay, so sekarang saya nak kongsi resepi KARI AYAM BASIC. Bila saya tulis basic tu maksudnya simple dan tak meriah. Janji cukup syarat untuk disebut kari. Resepi ini saya kongsi memandangkan hari ini saya masak kari. Lain kali kita tulis resepi lain pula. Tapi gambarnya nan hado sangatlah, ambil yang mana sempat je.


Untuk memasaknya, senang je. Paling wajib kita kena ada untuk masak kari ni cuma empat benda je - ayam, serbuk kari, santan, bawang. Itu paling2 mininumlah. Tapi takkan nak letak yang tu je kan. Macam konsep pakai tudung tapi nampak dada. Udahlah dadanya besar, pakai tudung pula bidang 45. Cukup syarat bertudung, tapi tak moleklah gayanya.


Bahan2 tambahan pula ialah - rempah 4 sekawan, kentang, daun kari, halia, gula/garam.
Langkah2nya mudah je. Yang penting kita kena ingat aturan ni. Ia sama je untuk kebanyakan masakan Melayu. Aturannya ialah :


minyak > rempah ratus > cili > bawang > rempah serbuk >ayam/daging/ikan > air/santan, sayur > perasa


Jadi, selepas panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan dan daun kari. Lepas tu masukkan bawang. Dulu saya suka letak cili kering sikit tapi husband tak tahan pedas, so tak letak dah. Kemudian baru masuk serbuk kari. Saya suka Baba's tapi MIL suka Adabi. Saya ikut je. Adabi pun sedap juga. Haa part ni yang tricky sikit. Kalau letak sikit kuah jadi cair, kalau letak banyak pekat sangat pulak. So kena pandai2 bajet ok? Dah ala2 pecah minyak tu baru masuk ayam.


Sebenarnya memasak ni pun satu seni juga tapi disebabkan saya ni kaki shortcut sana sini, so masakan saya tak bersenilah. Lepas masuk ayam terus saya masuk air sampai semua ayam tenggelam dan masukkan kentang. Takdenya nak tunggu air ayam keluar dulu. Lepas tu terus kecikkan api sikit dan main game kat handset husband sampai terlupa api di dapur. Hahaha.


Bila dah rasa insaf taknak main, biasanya akan teringatlah ayam yang kepanasan tu. Masukkan santan dan kacau pelan2. jika kentang dah empuk masa tu bolehlah letak garam dan gula. Ajinomoto is a big NO. Unless kalau ada tetamu di rumah dan anda tak konpiden, baru dibenarkan letak. Heheheh.


See? Senang bukan? Pap pap zap zap siap! Kalau takde idea nak masak apa, masak je kari. Ayah saya dulu kalau nak bagi kitorang adik beradik makan sayur, dicampurnya segala jenis sayur dalam kuah kari. Tomato, kacang panjang, terung dll. Memang menjadi kerana sejak itulah saya suka makan terung.


Monday, February 2, 2015

[Diari, Resepi] Aku dan Ikan Bilis Goreng Bawang

Aku membesar dengan ikan bilis. Dahulu ikan bilis kasar agak murah. Maka, bila putus bekalan makanan, mak atau ayah selalu goreng ikan bilis untuk kami adik-beradik makan dengan nasi putih. Kadang2 taruk kicap. Nak mewah sikit buat sambal. Antara semua orang, sambal Bilis kering paling sedap pernah aku rasa ialah sambal Opah. Ya Allah, nikmatnya bila Opah suap dengan Nasi kosong panas2. Menu yang murah tapi boleh buat kami kenyang berejam lamanya. Dan setiap kali cuti semester, pasti aku akan minta Opah masakkan.  Cuma sejak2 dah kahwin je tak minta kerana sudah jarang berjumpa.


Selain menu di atas, ada satu lagi menu ringkas, murah dan sedap. IKAN BILIS GORENG BAWANG. Rasa nak kongsi di blog sebab aku buat tengah hari tadi. Tahu berapa lama tempohnya? 7 minit sahaja. Sebab tu boleh masak. Aku kan terlebih rajin. Selagi boleh shortcut kita shortcutkan. Sebelum tu aku dah goreng ayam tapi rasa macam togel aje pingganku, tu yang aku goreng ikan bilis pula. Baru semangat nak bersantap.


Sekarang kita terus kepada resepinya. Masakan ini memerlukan 3 bahan sahaja iaitu - IKAN BILIS, BAWANG BESAR, CILI PADI.


Cara memasaknya adalah seperti berikut :-
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Tambah hirisan bawang dan hirisan cili padi
3. Kacau hingga bawang dah layu
4. Angkat


Mudah bukan?


Kalau tengok gambar di bawah ini memang tak berseni langsung potonganku Hahaha. Itu namanya mengejar masa. Aku cincang kasar aja semuanya. Oh ya, aku hanya akan  menghiris cili padi kalau masak untuk sendiri makan. Tapi jika masak untuk keluarga, cili padi tu cuma buang tangkai je. Ini untuk mengelakkan masakan jadi terlalu pedas.


Dan tak perlu letak garam mahupun gula kerana ikan bilis sudah memberikan rasa masin manakala bawang menyumbang rasa manis. Yang penting ikan bilis mesti garing barulah meletup2 di dalam mulut.


Jadi, tunggu apa lagi? Silalah cuba ya!


* * * * *


Off topic.


Petang tadi aku berbual panjang bersama ibu mertua. Beliau bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan kejahatan manusia yang mengenakan orang lain menggunakan pelbagai cara hanya kerana iri hati dan dendam. Beliau juga memberiku panduan akan cara2 merancang kewangan keluarga agar dapat dioptimumkan sebaiknya. Memang bijak PIL [parent in law] berbelanja. InsyaAllah aku akan cuba menuruti kaedah mereka.


Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga ini. Mereka tahu aku serba kekurangan tetapi mereka tidak pernah merendahkanku. Kakak ipar melayanku seperti adik sendiri. Ibu dan bapa mertua pula melayanku seperti anak sendiri. Aku tidak tahu apakah aku akan berjaya survive jika berkahwin dengan orang lain. Aku sepatutnya lebih bersyukur.


Hmmm...


Sebenarnya....Aku tidak tahu hendak tulis apa. Bukan tak ada cerita cuma kebanyakannya tak sesuai ditulis di ruangan awam ini. Tapi aku mesti disiplin menulis setiap hari sekurang2nya 1 post. Ada sebab kenapa mesti menulis. Masalahnya banyak kekangan. Hendak merapu, tak sesuai pula dengan usiaku. Hendak tulis bahan ilmiah, ada kekangan masa dan tenaga. Hendak tulis hal peribodi, banyak tak sesuai. Sudahnya tulis ajelah resepi2 bodoh [ baca : simple] dan melalut sedikit. Asal cukup syarat.


Harapanku semoga tulisan2 ini tidak mengaibkan aku di masa akan datang dan boleh memberi manfaat walau 1% kepada masyarakat.  Aamiiiin.


Sunday, February 1, 2015

[Puisi] Sahabat





Mendengar perkhabaran Kak Ija beberapa hari lalu benar-benar meragut perasaanku.
Setelah sekian lama berteka-teki sendiri akan kondisinya
Kini baru kutahu
Betapa berat dugaannya tika ini

Adakah ia pelik?
Untuk aku turut meratapi dugaannya?
Menangis pada setiap tangisannya.
Berduka atas setiap kedukaannya.

Kadang aku hairan dengan diri sendiri
Begitu banyak orang sekeliling
Tetapi orang jauh pula yang aku kasihkan

Kak Bi, Kak Ija, Kak Ma, Kak Ha, Na, Ju, Yin...

Tidak mungkin nama aku ada dalam hati mereka. 
Tetapi entah kenapa, bertahun-tahun aku mengikuti perkembangan manusia-manusia itu.
Tanpa lelah.
Hanya dari jauh.
Melihat mereka jatuh
Dan mendoakan yang baik-baik
Kemudian melihat mereka bangkit semula
Lalu berharap kegembiraan itu kekal selamanya

Tidak pernah sekali aku mengharapkan apa-apa daripada cintaku pada wanita-wanita itu.
Bahkan aku ingin terus memberi cinta seorang sahabat
Selagi mampu.

Adakah ini yang dinamakan persahabatan sejati?
Apabila kau mencintai seorang sahabat tulus daripada hatimu tanpa mengharap pembalasan?