Thursday, February 19, 2015

[Diari] Masih Aku Cinta

Sebentar tadi seorang sahabat menyiarkan gambar lama kami.
Perkara pertama terlintas di fikiran tatkala melihatnya ialah cermin mata.
Cermin mata terbaik pernah saya guna.
Walaupun dah patah tetap disimpan juga.
Saya jarang ada barang kesayangan.
Hati sejuk beku gini memanglah tak lekat kasih sayang.
Tapi adalah juga sedikit barang yang bila saya tengok terasa emosi dan sayang.
Contohnya cermin mata tu.
Dan buku Room yang dibeli sekitar tahun 2012.
Kad dan surat-surat Hafizah.
Handphone Nokia purple hadiah Ibu mertua.

Handphone Nokia itu istimewa.
Sebab gambar pertama di dalamnya ialah saya ketika mengandung 7 bulan.
Dan ia diambil oleh suami di Melaka.
Pada hari gambar tersebut diambil, kami dalam perjalanan ke kampus. Masa itu kami tiada rumah sewa sebab dah let go rumah lama.

Balik kampus gamble je dengan barang penuh kereta dan takde tempat tinggal sedang kelas sudah bermula.
So satu hari la turun naik merata cari rumah. Naik rumah flat sana sini, redah rumah kampung.
Kemudian rehat kat surau.
Petangnya kami dapat sebuah rumah.
Belum tengok lagi tapi hati saya rasa tak sedap.
Tup tup maghrib tu terserempak kawan lama.
Borak punya borak, dia kata kawasan rumah tu ada 'sejarah'.
Dalam keadaan saya yang vulnerable begitu, lebih baik jangan menyewanya, kata kawan kami.
Suami kata, kalau tak ambil rumah tu mana kami nak tidur malam ni?
Ingat nak move in terus sebab barang banyak dan saya pun tengah sarat kan.
Selepas kawan pergi, saya menangis taknak rumah itu dan kata takpelah kita tidur dalam kereta je malam ni since bajet tight.
Suami kesian, beliau check in hotel.
Malam tu dalam pukul 9 malam owner suruh tengok rumah.
Memang berat hati tapi pergi jugak.
Sampai je dah rasa lain.
Kawasan hutan, gelap, sunyi dan menyeramkan.
Bila masuk je rumahnya terasa ada sesuatu keluar.
Dan benda pertama saya nampak ialah gambar tuhan agama lain.
Balik tu suami kata kita cuba lagi cari esok. Kalau tak dapat yayang redhalah dengan rumah tu.

Esoknya lepas Subuh saya termenung memikirkan masa depan.
Sementara tunggu suami siap saya scroll telefon Nokia tu.
Tiba-tiba jumpa satu nombor tak dikenali.
Entah bila saya save tak pasti.
Hati tergerak untuk menelefon.
Yang angkat perempuan.
Tanya ada rumah sewa tak? Dia jawab takde.
Tapi mak cik ni baiknya masyaallah. Dia bagi nombor seseorang.
Saya telefon.
Puan tu angkat dan tanya mana awak dapat number ni? Sekali orang politik laa.

Tanya pasal rumah sewa. Beliau ada dua.
Satu tu murah RM400 tapi dah ada orang sewa.
Satu lagi tu mahal. Kalau ikutkan ratenya patut RM1000 tapi puan tu letak RM600. Rumah 3 bilik, kosong dan baru je siap renovate.
Suami ajak tengok.
Saya kata takyahlah abang. Kita mana mampu.
Suami pujuk2 hmm ok kita gi tengok.

Ohmaiii dari luar nampak cantik dan besar sangat untuk kami berdua.
Saya memang putus harapanlah.
Suami pujuk lagi. Jomlah kita try mintak kurang.
Saya tanya siapa nak bagi kurang? Rumah besar camni takkan nak sewa 400?
Suami kata try dulu.
Oklah kita try.

Pergi jumpa puan tu kat ofisnya.
Bincang2 sikit dan puan tersebut terus setuju turunkan harga.
Alhamdulillah.
Tuhan jelah tahu happy giler saya waktu tu.
Agaknya beliau bagi sebab kenangkan saya dah nak beranak.
Memang happy sangat sampai terus ambil kunci dan cuci rumah hingga petang.
Tak fikir sakit pinggang ke apa.
Malam tu beli toto sebab takde perabot lagi.
Seminggu jugak macam tu tapi tak kisah kerana bersyukur sangat masih ada orang baik begitu.
Mana nak cari rumah teres partially furnish 3 bilik dengan sewa RM400?


Keranaitu saya sayang handphone tersebut. Gambar di dalamnya membawa saya mengingati kenangan pahit dan manis silam.

Di dalamnnya juga ada gambar pertama anak kami.

Dan beberapa mesej penguat dari suami ketika saya kesusahan menghadapi saat bersalin seorang diri.
Bukan beliau taknak teman tapi memang tak dibenarkan
Malam kedua saya cuma ada 3 orang je dalam prenatal ward.
Katil sebelah siap telefon suaminya cakap takut dengar saya mengerang kesakitan hahahah.
Esok tu berapa kali entah tanya nurse dah 10 cm ke belum? sebab nak suami masuk.
Masa 7 cm suami dapat masuk sekejap lepas tu kena halau keluar balik.
Yang kelakarnya suami saya ni time tu boleh dia bagi artikel camne cara nak beranak suruh baca.
Saya ni dah fikir nak meninggal dunia je mana ada masa dan tenaga nak baca dah hahahah.
Kelakarnya alahai.

Sekarang dah tak guna.
Tapi tetap sayang lagi.
Kami berdua sebelum ni pakai handphone cikai tak ada kamera.
Kemudian saya dapat Nokia.
Kalau orang lain ekeleh nokia baling anjing je?
Tapi kami suka.
Sebab dapat ambil gambar kami berdua.
Jadilah kan walau kamera biasa je.

No comments:

Post a Comment