Saya berjanji pada diri sendiri untuk menulis setiap hari namun belum mampu istiqamah dek kesibukan menguruskan hal seharian.
Apa keperluannya? Syok sendirikah saya? Blog ini hendak terima 5 pengunjung pun payah.
Ya, blog ini tiada pembaca kecuali seorang yang pasti dan saya menulis kerana seseorang itu.
Jika dibilang-bilang masanya cukup, namun untuk mencoret dengan akal fikiran yang tenang serta bahasa yang indah memerlukan ketinggian fokus dan itu yang agak menyukarkan pelunasan janji.
Sesiapa pun boleh menulis. Ambil pen dan tekan sahaja di atas kertas. Namun keindahan penulisan itu tiada. Isinya kosong. Bahasanya jelik. Lalu yang tinggal hanya suka-suka. Untuk saya baca kembali tidak apa, bahkan cukup membahagiakan kerana ia datang dari hati. Walau apa jua gaya, saya menerima setiap tulisan itu dengan baik. Tetapi lain cerita jika ditakdirkan ada insan menjengah blog ini. Kan rugi jika insan itu tidak dapat apa-apa manfaat daripada saya? Saya pun rugi pahala.
Semoga Allah taala memberi saya keberkatan masa untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar serta menyebarkan ilmu serta memberi senyuman pada insan sekeliling terutama suami.
Sekian.
Saya sayang suami saya. Kekekeke.
No comments:
Post a Comment