Sunday, February 8, 2015

[Resepi] Mee Soto Ayam


Sejak menikah, makanan yang paling kerap saya jamah selain Kari Daging ialah Soto Ayam. Tak pasti kesukaan siapa secara spesifik sebab Ibu tak pernah cakap masak untuk siapa. Kalau suami pulang mesti Ibu masak Kari Tetel kerana ia kegemaran suami. Kalau kakak pula, Masak Lemak Daging Salai. Soto Ayam ini mungkin kegemaran semua orang.


Petang tadi saya masak Mee Soto. Sepatutnya Ibulah tapi disebabkan Ibu sibuk dengan urusan luar, saya menggantikan beliau memasak. Kebetulan sahaja. Dan sepatutnya guna Nasi Impit namun bekalan habis maka ia digantikan dengan Mee Kuning. 


Bahagian paling penting dalam Soto Ayam tak lain tak bukan ialah kuahnya iaitu Sup Ayam. Untuk pengetahuan semua, demi menjadikan Sup Ayam kebabom meletup satu kenyataan, bahagian paling penting mesti dimasukkan ialah KAKI AYAM. Bahagian itu kalau dibuat sup, memang sedap terbaik InsyaAllah. Saya sebagai penggeli kaki ayam pun akan cari bahagian tersebut bila nak masak sup. Jadi, sesiapa yang rasa nak masak Sup Ayam, jangan lupa masa siang ayam tu simpan kakinya, jangan dibuang. InsyaAllah masakannya bertambah sedap.


Untuk buat sup ayam ni mudah sangat. Cuma perlu 4 bahan asas sahaja - AYAM, BAWANG TUMBUK, REMPAH 4 SEKAWAN dan AIR.


Paling penting tentu sekali rempah 4 sekawan. Mereka umpama tiang yang membentuk sejenis masakan bernama Sup. Tiada mereka runtuhlah rasa. Jadi mesti ada.


Bagi siapa2 yang tak tahu apakah rempah2 tersebut, sila rujuk gambar di bawah.




Kulit Kayu Manis / Cinnamon



Cengkih/ Clove

Buah Pelaga

Bunga Lawang / Star Anise




Okay, sekarang kaedah memasak pula.
Untuk cara memasaknya, mula2 panaskan minyak.
Tak payah tunggu minyak panas, terus masukkan rempah. Bila dah keluar bau manis2 tu, baru masuk bawang blender [onion, garlic, ginger].
Bila bawang pun dah naik bau, hangus2 sikit, masukkan ayam.
Tunggu kejap ayam tu keluarkan air, baru tambah air ikut suka banyak mana.
Kemudian, melanguklah depan dapur gas tu menunggu ayam masak.
Dah masak, tabur garam dan gula.


Siap!


Kalau nak lebih sedap dan menarik, selepas ayam dimasukkan, tambah juga kentang. 
Dah lama sikit tambah sayur-sayuran lain seperti lobak dll.
Kemudian bila dah siap semua, tutup api dan tabur hirisan kasar daun sup serta daun bawang. InsyaAllah terbaiklah rasanya.Dan jangan lupa untuk tabur bawang goreng sebelum makan.


Kat bawah ni gambar yang sempat diambil. Selalunya kami makan Soto dengan taugeh celur, sambal kicap dan bergedil. Ikutlah selera masing2 kan nak letak side dish apa. Tak ada salahnya dalam memasak ni. Yang penting halal dan sedap. :)







No comments:

Post a Comment