Aku membesar dengan ikan bilis. Dahulu ikan bilis kasar agak murah. Maka, bila putus bekalan makanan, mak atau ayah selalu goreng ikan bilis untuk kami adik-beradik makan dengan nasi putih. Kadang2 taruk kicap. Nak mewah sikit buat sambal. Antara semua orang, sambal Bilis kering paling sedap pernah aku rasa ialah sambal Opah. Ya Allah, nikmatnya bila Opah suap dengan Nasi kosong panas2. Menu yang murah tapi boleh buat kami kenyang berejam lamanya. Dan setiap kali cuti semester, pasti aku akan minta Opah masakkan. Cuma sejak2 dah kahwin je tak minta kerana sudah jarang berjumpa.
Selain menu di atas, ada satu lagi menu ringkas, murah dan sedap. IKAN BILIS GORENG BAWANG. Rasa nak kongsi di blog sebab aku buat tengah hari tadi. Tahu berapa lama tempohnya? 7 minit sahaja. Sebab tu boleh masak. Aku kan terlebih rajin. Selagi boleh shortcut kita shortcutkan. Sebelum tu aku dah goreng ayam tapi rasa macam togel aje pingganku, tu yang aku goreng ikan bilis pula. Baru semangat nak bersantap.
Sekarang kita terus kepada resepinya. Masakan ini memerlukan 3 bahan sahaja iaitu - IKAN BILIS, BAWANG BESAR, CILI PADI.
Cara memasaknya adalah seperti berikut :-
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Tambah hirisan bawang dan hirisan cili padi
3. Kacau hingga bawang dah layu
4. Angkat
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Tambah hirisan bawang dan hirisan cili padi
3. Kacau hingga bawang dah layu
4. Angkat
Mudah bukan?
Kalau tengok gambar di bawah ini memang tak berseni langsung potonganku Hahaha. Itu namanya mengejar masa. Aku cincang kasar aja semuanya. Oh ya, aku hanya akan menghiris cili padi kalau masak untuk sendiri makan. Tapi jika masak untuk keluarga, cili padi tu cuma buang tangkai je. Ini untuk mengelakkan masakan jadi terlalu pedas.
Dan tak perlu letak garam mahupun gula kerana ikan bilis sudah memberikan rasa masin manakala bawang menyumbang rasa manis. Yang penting ikan bilis mesti garing barulah meletup2 di dalam mulut.
Jadi, tunggu apa lagi? Silalah cuba ya!
* * * * *
Off topic.
Petang tadi aku berbual panjang bersama ibu mertua. Beliau bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan kejahatan manusia yang mengenakan orang lain menggunakan pelbagai cara hanya kerana iri hati dan dendam. Beliau juga memberiku panduan akan cara2 merancang kewangan keluarga agar dapat dioptimumkan sebaiknya. Memang bijak PIL [parent in law] berbelanja. InsyaAllah aku akan cuba menuruti kaedah mereka.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga ini. Mereka tahu aku serba kekurangan tetapi mereka tidak pernah merendahkanku. Kakak ipar melayanku seperti adik sendiri. Ibu dan bapa mertua pula melayanku seperti anak sendiri. Aku tidak tahu apakah aku akan berjaya survive jika berkahwin dengan orang lain. Aku sepatutnya lebih bersyukur.
Hmmm...
Sebenarnya....Aku tidak tahu hendak tulis apa. Bukan tak ada cerita cuma kebanyakannya tak sesuai ditulis di ruangan awam ini. Tapi aku mesti disiplin menulis setiap hari sekurang2nya 1 post. Ada sebab kenapa mesti menulis. Masalahnya banyak kekangan. Hendak merapu, tak sesuai pula dengan usiaku. Hendak tulis bahan ilmiah, ada kekangan masa dan tenaga. Hendak tulis hal peribodi, banyak tak sesuai. Sudahnya tulis ajelah resepi2 bodoh [ baca : simple] dan melalut sedikit. Asal cukup syarat.
Harapanku semoga tulisan2 ini tidak mengaibkan aku di masa akan datang dan boleh memberi manfaat walau 1% kepada masyarakat. Aamiiiin.
No comments:
Post a Comment