Tuesday, June 7, 2016

[Resepi] Bubur Pulut Hitam

Selamat berpuasa everyone.

Semalam saya masak Bubur Pulut Hitam. Ada lebihan, jadi saya jual. Tapi berasnya terlambat rendam, jadi terlambat saya masak. Makanya dekat pukul 10 malam baru siap pek dalam kotak, drive sorang-sorang kat hutan Boting ni dan jual dari bilik ke bilik. Alhamdulillah semua habis dijual dan dekat pukul 10.45 malam saya pulang ke rumah.

Setakat feedback yang saya terima, semuanya kata sedap dan ada yang request suruh buat lagi. InsyaAllah di masa hadapan saya cuba tunaikan permintaan tersebut. Dan di bawah ini saya sertakan resepi yang lebih kurang dengan resepi saya. Resepi sendiri saya tak pandai tulis sebab tak guna sukatan, sebaliknya main campak-campak sahaja.



Bubur Pulut Hitam oleh Kak Azlita


Bahan2:-
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir (ikut manis masing2)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

Cara membuatnya:-
Rebus pulut hitam tadi hingga kembang . Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk dapatkan santan pekat. Ketepikan. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masak gula melaka,gula, daun pandan dan santan cair hingga gula larut. Kemudian tapis.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam , kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Santan pekat tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan.