Friday, February 24, 2017
Cerita Anniversary Keempat
Nasiblah siapa suruh minum kopi pukul 10 malam kan dah tak boleh tidur, -_-'
Disebabkan mata segar-bugar, maka update sahajalah blog ini, buat kenangan di lain hari.
Alkisahnya petang tadi ketika di tingkat atas, Alisha tiba-tiba mengetuk pintu, beri salam dan masuk tergesa-gesa. Aku yang ketika itu dalam bilik air mengeluh sedikitlah sebab fikir macam terbantut hajat untuk bersiram.
"Ummi, Abi kata siap-siap!" Jerit Alisha dari luar bilik air.
Siap-siap tu maksudnya bersiap untuk keluar, jadi kufikirkan Abi nak keluar dengan kami. Rupanya Alisha tersilap sebut. Abi sebenarnya minta aku siap-siapkan Alisha kerana Alisha nak keluar berjalan dengan mak ciknya.
Aku pun siap lambat-lambat sebab dah nak hampir maghrib. Bila maghrib tiba, suami masuk ke bilik dan bertanya, "ni nak pergi mana ni?" Aku buat muka blur.
"Alisha dah keluar dah pun dengan Ayong dia."
"Siapa siapkan dia?"
"Abanglah."
Facepalm kejap aku sebab salah dapat mesej. Tapi melihatkan aku sudah bersiap, suami terus ajak keluar berjalan pas maghrib. Memang dah lama dia ajak tapi sering aku tolak sebab penat dan malas.
"Dah, tak payah nak bagi alasan," katanya. Maka, memang tiada pilihan lainlah selain menurutinya.
Dalam pukul 8 lebih, kami ke restoran Cookies and Ginger. Mula-mula ingat hendak ke Vivo kerana dua minggu lepas aku menyatakan hasrat untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami di sana. Tetapi aku juga pernah menyuara hasrat untuk ke CnG. Rindu pula nak makan Boomerang Steak mereka. Maka, malam tadi, suami membawaku ke sana.
Oklah makanannya. Tidaklah sesedap dahulu tapi masih dalam kategori sedap. Cuma rasa macam terlebih masak sedangkan kami berdua minta medium rare steak. Tak apa, benda kecik.
Selepas mengisi perut, kami berdua singgah sebentar di Bateri. Aku seboleh-boleh tak nak pergi tapi malam ni memang tak boleh elak. Aku jenis tak suka tempat ramai orang dan bising, rasa sesak sangat. Tapi good decision la pergi sana, dapat aku tengok persembahan Uncle Ayai yang memang kuminati sejak bulan lepas hahaha.
Rupanya Bateri ni Uptown la tapi versi hipster. Sebab tu Pancake pisang cinonet pun harga RM5 lebih. Makanan hipster tak pernah tak mahal kan.
Lepas merayau-rayau cuci mata di sana, kami meneruskan pula singgah supper kami di Fun Fair Danga Bay. Hajat nak bawa Alisha tapi tak terbawa-bawa. Sudahnya kami berdua sahaja. Jalan-jalan sebentar di sekitar kawasan tambak juga sambil cuci mata tengok orang main Pokemon. Aku rasa macam Pokemon Go ni dah so yesteryear tapi ada lagi orang main rupanya. Masa di fun fair, suami nak ajak naik Pirate Ship tapi Pirate Ship tutup mungkin kerana hujan. Jadi kami pusing-pusing sambil tengok keletah anak-anak orang lain sahaja sambil mengumpat seminit dua. Bukan mengumpat anak orang, mengumpat fun fair la sebab tak dapat naik pirate ship.
Aku masa tu dah mula penat. Al mak long lah semalam tidur tak tidur. Ada cerita di sebaliknya tapi tak perlulah nak cerita. Jadi harini aku cepat penat. Tapi aku layan sahaja suami nak pergi mana sebab mood masih ceria walaupun mata kuyu.
Selepas ke Danga Bay, akhir sekali kami ke Starbucks Setia Tropika. Sebenarnya itu sahajalah permintaan aku semasa keluar. Yang lain semua pilihan suami. Aku cuma teringin nak minum Frappuccino Mocha dia haha. Aduh, aku mengaku air diabetes Starbucks memang sedap dan setiap kali lalu tepi highway tu memang aku jeling-jeling je.
Tapi aku faham tak boleh beli selalu. Malam tadi aku beli pun sebab dah tiga bulan tak beli. Sekadar nak lepas gian orang kata. Tapi aku tak beli Dark Mocha, aku try Mocha Praline. Rasa dia lebih pahit tapi aku sukaaaa. Namun kegiatan aku ni akhirnya mendapat balasan setelah sisa-sisa ice blended tu tertumpah atas lantai tadi. Merana jugalah nak lap dalam kegelitaan ini. Ni la kali terakhir rasanya aku bawa air masuk bilik. Sempit betul meja study aku ni dengan segala jenis buku. Mana nak letak tak tau le. Beli saja, bacanya tidak. hahahaha.
Ok sekian sahaja update malam ni. Semoga bertemu lagi.
Tuesday, February 21, 2017
Resepi Tom Yam Ayam Mudah Untuk Gegadis Tidak Mahir Memasak
Tak ada apa dalam peti ais. Jadi, hanya ada satu sahaja lauk yang berada di minda iaitu TOM YAM. Lain orang lain cara masaknya, bergantung kepada bagaimana dia belajar. Saya? Saya tak belajar memasak. Saya masak berdasarkan apa yang saya rasa ada dalam masakan tersebut. Contohnya setiap kali makan tom yam di restoran, saya perasan ada daun limau purut, jadi saya akan gunakan ingatan tersebut ketika memasak.
Setiap orang lain karakternya. Karakter saya pula ialah saya tidak sabar dalam membaca resepi serta memastikan masakan itu dimasak step by step mengikut resepi tersebut. Dek kerana itu saya lambat mahir memasak.
Jadi hari ini saya masak tom yam ayam versi malas kuasa 10. Dah berbulan-bulan lamanya tak memasaknya, mujur masih ingat sedikit bagaimana cara pembuatannya.
TOM YAM AYAM BODO
Oleh: Sis J
Bahan-bahan:
- 1/2 kilo ayam dipotong kecil
- 2 kiub tomyam / 1 paket pes tomyam kecil
- 2 biji bawang besar dibelah 4
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 10 biji cili padi dibelah separuh
- 5 helai daun limau purut
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji asam keping (tambah jika mahu lagi masam)
- 2 biji tomato besar (tambah jika mahu lebih masam)
Sayur-sayuran dipotong kecil-kecil ikut jumlah disukai, seperti:-
- Lobak merah
- Kobis biasa
- Kobis bunga
- Jagung muda
- Brokoli
- Garam
- Gula
Cara membuatnya:-
Masukkan 2 liter air ke dalam periuk yang sedang dipanaskan. Masukkan semua bahan-bahan. Tak perlu guna minyak. Biarkan menggelegak dan bolehlah dimasukkan garam lalu ditutup api. Siap.
Senang kan?
Saturday, February 18, 2017
Semester 4 Results
February this year to me is a month of roller coaster. A lot of things happened - good and bad. But I am still okay, my family is okay and it is all that matters - for now.
I just received my usual SALAM email a couple of days ago and Alhamdulillah, I manage to obtain dean's list this semester. This small achievement is for my family and friends who were with me, supporting me and believing in me throughout the years.
I have one final semester to go through before completing my bachelor studies. It makes me sad but it also makes me excited. This is my last attempt and there will be no more chance after this, to finally achieving one of my life goal since my third sem diploma - that is to get Vice Chancellor Award. I hope my wish would be granted.
Subscribe to:
Posts (Atom)

