Tak ada apa dalam peti ais. Jadi, hanya ada satu sahaja lauk yang berada di minda iaitu TOM YAM. Lain orang lain cara masaknya, bergantung kepada bagaimana dia belajar. Saya? Saya tak belajar memasak. Saya masak berdasarkan apa yang saya rasa ada dalam masakan tersebut. Contohnya setiap kali makan tom yam di restoran, saya perasan ada daun limau purut, jadi saya akan gunakan ingatan tersebut ketika memasak.
Setiap orang lain karakternya. Karakter saya pula ialah saya tidak sabar dalam membaca resepi serta memastikan masakan itu dimasak step by step mengikut resepi tersebut. Dek kerana itu saya lambat mahir memasak.
Jadi hari ini saya masak tom yam ayam versi malas kuasa 10. Dah berbulan-bulan lamanya tak memasaknya, mujur masih ingat sedikit bagaimana cara pembuatannya.
TOM YAM AYAM BODO
Oleh: Sis J
Bahan-bahan:
- 1/2 kilo ayam dipotong kecil
- 2 kiub tomyam / 1 paket pes tomyam kecil
- 2 biji bawang besar dibelah 4
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 10 biji cili padi dibelah separuh
- 5 helai daun limau purut
- 2 batang serai diketuk
- 5 biji asam keping (tambah jika mahu lagi masam)
- 2 biji tomato besar (tambah jika mahu lebih masam)
Sayur-sayuran dipotong kecil-kecil ikut jumlah disukai, seperti:-
- Lobak merah
- Kobis biasa
- Kobis bunga
- Jagung muda
- Brokoli
- Garam
- Gula
Cara membuatnya:-
Masukkan 2 liter air ke dalam periuk yang sedang dipanaskan. Masukkan semua bahan-bahan. Tak perlu guna minyak. Biarkan menggelegak dan bolehlah dimasukkan garam lalu ditutup api. Siap.
Senang kan?

No comments:
Post a Comment