One word. HAPPY.
Yeah!
Saturday, August 13, 2016
Saturday, August 6, 2016
[Safiyyah Tour] Cuti Bajet di Primaland Resort, Port Dickson
Seronok sangat masa pergi bercuti sekejap di Primaland Resort, Port Dickson bulan lepas. Dah lama tak bercuti, dapat pula bercuti sebentar bersama suami dan anak, ia satu nikmat yang saya amat syukuri.
Percutian kami ini percutian bajet sahaja, maka tak banyak aktiviti ziarah. Ditambah pula cuma dua hari satu malam, maka aktiviti yang dipilih mestilah ringkas dan tidak mahal. Niat kami berdua pun lebih kepada untuk menggembirakan Safiyyah serta meninggalkan memori indah dalam minda.
Kami bertolak pada pukul tiga petang, seusai saja menghabiskan kertas terakhir. Perjalanan ke Port Dickson hanya lebih kurang satu jam lebih, makanya dalam pukul 4.15 petang, kami tiba di destinasi. Pada mulanya saya seram juga, mana taknya, selain kami, adalah dalam empat buah kereta sahaja di situ, Maklum sajalah, bukan cuti sekolah, hotel pun jadi sunyi sepi.
Dalam kabinet bawah ni ada peti ais kecil, Mudahnya nak buat susu Safiyyah dengan adanya sinki selain yang di dalam tandas.
Pemandangan dari bilik kami
Ruang tamu. Ada meja, sejadah, almari, kerusi dan lampu meja
Ada televisyen juga
Selepas selesai urusan check in serta membersihkan diri, kami bertiga menghabiskan masa bermain air di taman tema airnya sehingga hampir magrib. Seronok betul sebab tak ada sesiapa di situ.
Ini kolam air untuk dewasa
Sebelah malamnya kami menjamu makanan laut di restoran berhampiran
Sebelum makan tu, punyalah jauh Abi pusing-pusing mencari. Katanya nak cuba makan di restoran yang tak ramai orang ahaha. Ikut sukalah Abi, yang penting, makan. Saya lupa nama restorannya tu, tapi yang pasti memang tak ramai. Satunya sebab jalan masuk tak ada tar, jadi bila hujan jadi lecak. Dan satu lagi rasanya sebab menu. Di situ, menu kebanyakannya dalam bentuk set. Ala carte takde rasanya kecuali untuk masakan panas. Kami pilih set termurah sebab berdua je pun makan kan. Untuk Safiyyah, kami belikan makanan kegemarannya iaitu mee sup. Dari segi rasa, ikan siakap masak tiga rasanya memang sedap sangat sampai licin kami kerjakan. Udang tepung dan tom yam pun sedap. Cuma telur dadar je agak berminyak dan sayur sedikit soggy. Tapi keseluruhannya, okay.
Pulang dari makan malam, Abi membawa Safiyyah dan saya berjalan-jalan melihat pemandangan malam di Port Dickson sehinggalah si kecik tertidur.
Esoknya pun aktiviti yang sama juga. Tapi sebelum itu kami bersarapan sebentar di coffee house hotel kerana suami mendapat complementary breakfast since sebelum tu ada isu dengan servis hotel. Jadi, pengurusan bagi sarapan percuma. Saya memilih nasi goreng kampung bersama nugget dan teh. Suami pun sama, Safiyyah, saya dah lupa dia makan apa. Saya tak sertakan gambar di sini kerana terlupa ambil gambar. Almaklumlah bila dengan anak ni bukan senang nak membelek telefon kan.
Selesai bersarapan, apa lagi, kami bertiga teruslah main di taman tema air sehingga pukul 11 pagi. Kelam-kabut mengemas untuk check out tapi berjaya juga menyiapkan Safiyyah sebelum jam 12 hehehe.
Selepas check out, kami tidak terus pulang, sebaliknya singgah sekejap di Pantai Teluk Kemang untuk melihat laut. Si kecik dapat hadiah baju Port Dickson. Seronok bukan main hahaha. Dan lepas berjalan-jalan, kami terus shoot ke JB kerana saya perlu pulang ke KL semula tiga hari selepasnya.
Alhamdulillah untuk nikmat berkeluarga ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





