Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ni mesti tulis laju-laju kerana Alisha baru tertidur dan bila-bila masa sahaja akan bangun. Jadi, kita tulis sekadar yang sempat dan ingat sahaja.
Setelah beberapa hari, malam semalam baharulah siap kek coklat berlapis ala Chocolate Indulgence Cake oleh Secret Recipe. Kalau masuk My Kitchen Rules, mungkin akan dapat markah 0.5 per 10 di atas kecomotannya, tetapi dari segi rasa, Alhamdulillah. Boleh tahan juga. Cuma kurangnya pada kek yang sedikit berat, berbeza daripada tekstur spongy yang saya mahukan. Potong kek tak rata, filling tak terserak rata, kek sedikit mampat dan ganache sedikit pekat serta tak berkilat cantik.
Namun selepas berdepan pelbagai kesukaran, saya berpuas hatilah untuk kek ini sebagai percubaan pertama buat kek berlapis-lapis tanpa memiliki dapur yang lengkap serta ilmu yang cukup. Tak sangka siap juga akhirnya. Sebelum ini buat kek simple sahaja. Sekadar untuk memaniskan tekak.
![]() |
| Nampaklah amaturnya saya kan. Tapi gembira sangat! |
Ahahahah, anak dara sepertinya dah tersedar sedikit. Harus menulis di lain hari. Sekian.

No comments:
Post a Comment