Ada satu gerai berdekatan dengan kilang ayam tu kan, ada jual nasi bajet tau. Bila kita dengar perkataan nasi bajet, apa yang kita fikir? Mestilah nasi, ayam goreng, sayur kubis air dan air sirap kan? Kebanyakan nasi bajet yang terdapat di pekan kecil ini begitulah pesennya. Dan harga pula antara RM3 - RM3.50.
Tapi berbeza dengan nasi bajet depan kilang tu. Harganya RM4 dan lauknya macam lauk kampung. Beberapa hari lepas suami beli, pekedainya letak nasi menggunung bersama gulai ayam, ikan masin dan pucuk ubi gulai tempoyak. Hari ini menunya berubah pula. Ada nasi, kari daging, ikan masin bulu ayam seekor dan gulai pucuk ubi.
Not bad. Memang kenyanglah bila makan sebab pak cik tu letak nasi banyak. Lauknya pun masih panas masa beli dan sedap pula tu. Cuma hargalah RM4. Tak macam bajet sangatlah. Apa pun, keseluruhannya, kami suka dan insyaAllah akan beli lagi nasi bajet tersebut.
Entah kenapa, masa fasa imtihan ni suka betullah buat aktiviti sorting out, arrange and filing dokumen dalam laptop. Gambar-gambar yang bersepah semua disatukan dalam album khas. Jadi teruja pula nak tengok gambar-gambar tersebut berulang kali bila dah kemas. Kalau bersepah-sepah kan serabut je rasa. Samalah macam folder akademik dan lain-lain. Semua susun cantik-cantik ikut jenisnya. Dalam telefon bimbit pun sama, gambar-gambar masuk folder yang betul. Nama dalam contact list pula semua nama penuh. Sedap je memandang bila cantik tersusun macam tu kan.
Ini memang habit daripada dulu lagi. Kalau stress masa final je mulalah godek-godek laptop, bersihkan dan delete apa yang perlu. Walaupun ambil masa sedikit tetapi bila dah siap, puasnya hati. Stress pun berkurang hahaha.
Sayangnya, banyak gambar yang hilang sebab semua tersimpan rapi dalam laptop sebelum ni. Gambar semasa di luar negara, gambar di MRSM, gambar di matrikulasi dan banyak lagi. Kalau ada mesti seronok dapat lihat sambil imbas semula kenangan manis dengan sahabat-sahabat lama. :)

No comments:
Post a Comment