Rehat sekejap daripada pembacaan, saya melihat video serta gambar-gambar kenangan keluarga kecil kami. Rindunya hendak bertamu di teratak mertua. Rindu arwah nenek suami serta rindu tapak kaki kecil anak kami.
Selain gambar keluarga kami, saya juga melihat beberapa gambar makanan yang pernah diambil dahulu. Beberapa daripadanya telah mencuit minda pada kenangan lama, kenangan saya dan suami serta kenangan kami bersama puteri kami.
![]() |
| Waktu ni sedih sangat, so suami belanja Burgerbyte yang jauh berbatu dari pekan kami |
![]() |
| Masakan pertama suami untuk saya di rumah baru kami |
![]() |
| Dating pertama selepas melahirkan Safiyyah |
![]() |
| Kari daging pertama kami masak sama-sama. Tapi 80% suami buat. |
![]() |
| Dine out pertama kami bertiga selepas kelahiran Safiyyah |
Tak lama lagi kami akan memasuki usia 3 tahun pernikahan serta 4 tahun perkenalan. Ulangtahun pertunangan dah lepas lama dah. Rasa macam baru semalam nikah tapi dah lalui macam-macam perkara bersama. Gagal, jatuh, bangun, banyak dah rasa dan akan rasa lagi di masa hadapan. Bergaduh dan berbaik semula tu lumrahlah dalam rumah tangga. Bukan senang okay nak sehidup semati dengan orang yang kita tak berapa kenal ni hahaha. But still marriage is a sweet thing. Sometimes you hate your spouse so much you can barely look at his face, sometimes you love him so much you are willing to sacrifice your life for him. That is a marriage.
Walaupun kadang-kala bertekak, tapi selalu saya fikir, saya tak boleh hidup gembira juga tanpa dia. Saya sendiri pun dah lupa bagaimana rasanya hidup membujang dahulu. Sebab sekarang ni kami hampir 24 jam menghadap muka masing-masing, sampai rasa pelik sangat bila suami tiada walaupun sekejap. Dan dahulu pun rasa pelik dan bagai nak gila bila anak tiada di sisi, tetapi setelah setahun berlalu, semangat dah makin kuat. Sedih tu sentiasa ada tapi takdelah menangis 3 hari 3 malam kat bucu katil macam tahun lepas. Dah boleh sikit-sikit untuk buat normal dan senyum macam tak ada apa-apa. After all, saya tahu saya sayangkan anak dan suami saya and it is all that matters. Orang luar nak cakap apa, biarkanlah. Mulut memang senang mengucapkan, tunggulah sehingga apa yang diumpat kembali kepada diri sendiri, barulah sedar ludah dah jatuh ke muka. Kan?
Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah taa'la. :)





No comments:
Post a Comment