Sunday, January 3, 2016

[Makanan] Percubaan Buat Puding Roti



Pulang ke rumah tengah hari tadi, saya perasan ada sebungkus roti lama dalam tujuh keping. Masih belum tamat tarikh luput pun tapi suami dah guna roti baru. Jadi saya fikir daripada membazir, lebih baik buat puding roti kan? 

Bezanya puding roti ini ialah saya tidak menambah kismis sebagai hiasan malah sebaliknya saya tambahkan sedikit coklat untuk memberikan rasa coklat padanya kerana saya tidak buat kuah kastard. Alhamdulillah walaupun teksturnya boleh diperbaiki lagi tetapi rasanya sedap sangat! Tanpa kuah kastard pun dah makan bertambah-tambah. 

Lepas ni boleh cuba lagi dengan penambahbaikan seperti mengurangkan sukatan susu dan tambah coklat cip pula. InsyaAllah.

Alhamdulillah untuk rezeki ini. 

No comments:

Post a Comment