Hari ini saya pulang ke rumah setelah bermukim hampir seminggu di BM. Keadaan tak seerti yang saya jangkakan. Sememangnya penangan kipas angin di bilik mampu melenakan saya dengan begitu lama. Namun di sini, saya tak mahu menyalahkan kipas tersebut. Ia hanya menjalankan tugasnya yang telah ditetapkan. Statik.
Saya sebenarnya yang lalai dengan nafsu dan syaitan.
Kerana mudahnya tergoda, maka iman manusia biasa itu tidak statik. Ada kala turun, ada kala naik. Kalau tarbiyah dzatiyahnya bagus, maka insyaAllah dia tetap teguh. Kalau nafsu sendiri masih beraja walaupun luarannya bagus bertudung labuh atau bersongkok, tak mustahil dialah pengkhianat Allah yang terbesar.
Hal nafsu dan iman. Hal dalam hati, meskipun secara hakikat, kedua-duanya akan terpancar zahir di mata manusia. Namun sebetulnya, bukan semua perkara dalam hati itu kita tahu bukan?
Kalau tidak, masakan ada pepatah "rambut sama hitam tapi hati lain-lain."
Segala rencana jahat yang kita fikir mahupun kita lakukan, segalanya tersimpan rapi rahsia antara kita dan Allah selagi mana kita tak membocorkan mulut sendiri. Sebab itulah timbulnya istilah hipokrit dan talam 2 muka. Sebab luarannya nampak bagus sekali, tapi hati dan dalamannya berkulat.
Ingat, walau bagaimana kemas pun kita menjaga segala kekotoran hati kita, segalanya akan terlihat jua suatu hari nanti. Ketika itu terduduklah kita tatkala bukan hanya umat ini, malahan seluruh umat daripada zaman Nabi Adam 'alayhi sallam hingga ke umat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam melihat segala keaiban diri. Tanpa kurang walau hanya satu ayat yang kita tuturkan.
Oleh itu lawanlah nafsu jahat yang datang daripada hati kita itu. Jangan biarkan hati yang dahulunya bersih kini mati dan membusuk. biar mata buta, asal mata hati celik.
Bila itu terjadi hakmi buta mata hati, maka tentu sahaja yang bathil dan haq tak mampu sudah hendak dibezakan. Dan ketika itu, lahirlah seorang lagi manusia yang perasan.
Menyangka apa yang kita lakukan itu baik sedangkan di sisi-Nya, ia tak lebih daripada sekadar dosa.
merasakan baik amal kita, tetapi rupanya tak lebih daripada sekadar sampah.
Wallahu 'alam.
Jannah,
RI,
6.08 petang
No comments:
Post a Comment