Sunday, March 13, 2016
[Diari] Mengandung Lagi Ke?
"Ekau poie mano, lamo tak nampak?" tanya penjual di gerai yang kami selalu kunjung.
"Cuti kak."
"Tu ha, ada 'isi' lagi ke?" tanyanya pula sambil menunjuk ke arah saya.
Tergumam sebentar. Masuk yang ini, sudah tiga kali saya diajukan pertanyaan, sudah mengandung lagi? Baru-baru ini juga entah dari mana tiba-tiba sahaja ada yang berkata saya sedang mengandung empat bulan.
Empat bulan.
Figura yang entah dari mana munculnya.
Saya tergelak juga. Tidak marah pun. Tetapi setelah kesekian kalinya ditanya, seriau juga.
Saya tak mahu mengandung buat masa sekarang. Masa hadapan, tidak tahu lagi. Biar Tuhan tentukan.
Mungkin perut saya terlalu buncit. Mungkin. Biar jangan cyst atau mengandung. Jangan.
Masa tidak sesuai lagi. Saya sibuk, suami sibuk. Dan saya tidak mampu menanggung amanah seorang lagi anak. Dan saya masih juga takut-takut selepas pengalaman bersalin pertama dahulu. Jadi biarlah, janganlah tanya bila hendak menambah anak. Kalau nampak gemuk itu, janganlah ditanya.
Kadang-kala terfikir juga, setelah langkah pencegahan diambil, bagaimana kalau termengandung juga?
Allah, Allah. Beratnya rasa.
Berat.
Tak mengapalah, insyaAllah masa depan akan ada.
Buat sementara ini cukuplah dengan seorang puteri sahaja.
Labels:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment