Tuesday, January 13, 2015

[Pendapat] Seronok Hidup Dalam Kebencian?


2015 baru bermula namun sudah banyak peristiwa dan kisah-kisah gempar melanda negara. Kasihan kita, diuji kiri kanan atas bawah. Tak henti-henti. Mungkin sebagai ujian, mungkin sebagai bala. Terpulang pada diri masing-masing untuk menerimanya bagaimana.

Antara yang selalu menarik perhatian saya selain peristiwa banjir tentulah kisah mengenai keluarga. Cerita ceriti kisah rumah tangga ini memang takkan berpenghujung. Umpama jalan yang tidak ada signboard. Teruslah bergerak, tetap tidak akan tiba di destinasi. Sentiasa ada isu dan persoalan. Kalau 30 tahun kahwin, adalah lebih 15 kali ujian besar menerpa pasangan tersebut. Tinggal orang tahu atau tidak saja. Selalunya orang selain ahli keluarga memang tak tahulah. Siapa yang mahu buka aib sendiri kan? Bukan semua orang boleh terima. Berapa peratus je masyarakat yang mendoakan kebaikan dan rahmat bila dengar si polan ada masalah dengan suami/isteri? Kebanyakannya tentulah gembira dalam diam-diam atau tidak peduli. Paling teruk, ada yang bukan setakat lega rumah tangga kawan tu bermasalah malah memandakan muka kawan tu seolah-olah mereka ini cctv yang merakam jatuh bangun pasangan tersebut.

"Itulah awak tak pandai melaram. Macam mana nak kawal nafsu suami."

Ayat di atas merupakan ayat yang sering didengar bila muncul kes suami bermain cinta dengan perempuan lain. Dan suara-suara ini datang daripada mulut kaum hawa juga. Hmmm, serendah itukah nilai seorang isteri pada pandangan kaum wanita sendiri? Sekadar patung seks suami? Bila ada isu curang, aspek seks sahajalah yang dicercanya, seolah-olah sudah tahu bagaimana kehidupan intim suami isteri tersebut.

Tahukah kalian bahawa pada tahun 2011, ada sepasang suami isteri bercerai kerana Facebook? Suami melafaz taklik bahawa jika isterinya membuka akaun Facebook, jatuh talak ke atasnya dan apabila si isteri tak mampu mengawal kehendak untuk bersosial, maka terlerailah ikatan tersebut. Seriously para suami? Bercerai hanya kerana cemburu sang suami yang tidak bertempat. Sudahnya rumah tangga yang ditatang selama ini musnah di tengah jalan

Kita harus faham, apa-apa masalah dalam perkahwinan bukan hanya berlandaskan satu aspek sahaja iaitu seks. Banyak faktor lain yang kita sendiri tidak tahu melainkan ia terjadi pada diri sendiri. Boleh jadi suami bosan isteri kuat membebel, boleh jadi isteri tak tahan hidup susah bersama suami dan pelbqgai sebab lagi. Usahlah terlalu cepat menuding jari pada satu pihak terutama isteri. Kasihan melihatkan setiap kali pencerian berlaku, para isteri dituduh tidak pandai jaga suami sebab itu ditalakkan.

Ketika saya mengikuti seminar Prof. Muhaya tidak lama dahulu, beliau ada menyebut bahawa kebanyakan masalah di dunia ini berlaku akibat salah faham. Bila kita ada masalah dengan seseorang, kita lebih senang diam dan buat penghakiman sendiri tanpa mendengar cerita sebelah pihak. Kita terbuai-buai dengan prasangka buruk sendiri, sedangkan mencari kebenaran itu adalah mesti.


Lalu, bertahun-tahunlah memendam rasa, menyimpan dendam. Sedangkan di pihak satu lagi mungkin terpinga-pinga mencari jawapan atas pepecahan hubungan itu. 

Seriously, bila kita ada masalah dengan seseorang, jalan terbaik ialah berbincang. Bukan terus menerus dalam su'uzhon. Bukan mengumpat di belakang. Bukan menyalahkan mana-mana pihak. 

Allah beri kita akal untuk berfikir. Allah beri kita jiwa untuk merasakan perasaan, untuk memaafkan, untuk memberi kasih-sayang.

Tapi kalau kebencian pada manusia merajai diri, apakah nilai jiwa dan akal yang Allah beri?

Tiada manusia yang sempurna selain Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam. 

No comments:

Post a Comment