Ketika melewati kaki lima ke KFC tengahari semalam, kelihatan kedai Ayamas bersebelahan sedang aktif melaksanakan promosinya. Agak berpatutan juga apabila ayam segar dijual pada harga RM8.80 seekor tanpa mengambil kira berat. Bagi jenis ayam yang sama selalunya RM15++ di pasaraya besar. Untuk seekor ayam masak pula hanya RM19.90. Murah berbanding biasa. Bila difikir-fikir hendak beli tapi tak jadi kerana inginkan nasi.
Rancangan awal hendak makan di sebelah BSN tetapi mereka tutup. Kedai lain pula tiada kecuali di kawasan Melang yang mana agak jauh dan memenatkan untuk pergi di kala panas matahari aktif membakar bumi. Maka KFC sahaja pilihan terakhir.
Suasana dalam restoran agak padat dengan kebanyakan ruang dipenuhi pelajar matrikulasi. Mereka cuma boleh keluar hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kalau tak silap. Sebab itulah kelibat mereka sering memenuhi pekan kecil ini hujung minggu. Ada yang makan berjam dengan kekasih sehingga kami yang lebih lewat pun pulang dahulu. Ada yang belajar. Saya tertanya, bolehkah fokus dalam suasana hiruk-piruk begitu? Entahlah. Citarasa masing-masing kan.
Seusai makan, kami pulang ke rumah. Selain tiada urusan, cuaca terik juga mematikan hasrat hendak bersiar-siar. Dikhabarkan melalui media, cuaca panas akan berterusan beberapa bulan. Jadi semua orang digalakkan untuk menjauhi pancaran cahaya matahari secara langsung.
Negara ini, selain hujan mencurah-curah hingga banjir, juga mengalami musibah panas membahang. Apa-apa pun sederhana paling baik. Jika hujan, menyuburkan tanaman dan menyejukkan bumi. Jika panas pula, memberi tenaga buat tanaman menghasilkan oksigen. Jika terlebih boleh jadi ujian. Jika kurang pun sama.
Semoga keadaan semakin membaik.
Ketika saya menulis artikel ini, lagu Istikharah Cinta sedang mengalun merdu. Ada memori datang menghimpit bersama lagu ini. Bila diingat-ingat, ia diperkenalkan kepada saya tahun 2012 oleh seorang sahabat bernama Ain. Namun tajuknya yang agak jiwang tidak menarik minat untuk mendengarnya.
Selepas nikah, saya menghabiskan cuti semester di rumah mertua, menjaga arwah Nenek suami. Adik ipar yang baru tamat SPM selalu mengulang-ulang lagu ini namun ketika itu saya tidak tahu ianya Istikharah Cinta. Adik ulang dan terus ulang hingga menjengkelkan saya dek sifat saya yang sukakan suasana senyap.
Sebulan lebih saya hidup dengan lagu ini.
Dalam sebulan lebih itu banyak perkara terjadi.
Kali pertama saya tinggal bersama mertua, menyesuaikan diri dengan suasana baru dan keluarga baru. Tidak sampai 3 bulan menikah, suami mentaklifkan sebuah tanggungjawab berat untuk isterinya iaitu menjaga Nenek. Itulah saatnya kali pertama saya belajar cara menjaga seorang manusia sepenuhnya. Dari memandikan (baca : mengelap badan), menukar pampers, mengurut, menghiburkan dan lain-lain. Di awalnya saya sering menangis kerana tidak pandai dan tidak mampu untuk membersihkan najis orang lain yang baru sahaja saya kenal. Saya bukan jururawat.
Tetapi suami sangat sayangkan arwah Nenek. Antara saya dan arwah Nenek, beliau akan memilih Nenek. Dan semakin lama saya kenal Nenek, kedekatan hati itu semakin terasa. Neneklah yang beria memujuk Ibu membenarkan kami menikah. Nenek jugalah antara manusia yang tidak pernah menilai saya sebagai hakim. Nenek selalu bercerita kisah-kisah dahulu. Tidak ramai tahu bahawa saya sangat suka mendengar orang tua bercerita. Boleh tahan telinga berjam-jam tanpa bosan.
Semakin lama saya semakin mampu. Tidaklah bagus tetapi semakin membaik. Sekurang-kurangnya perasaan untuk berkhidmat tu semakin seronok.
Dan kemudian saya mengandung. Semasa mengandung ibu mertua tidak membenarkan saya untuk menjaga nenek demi kesihatan kandungan. Selepas bersalin pun tak dapat jaga nenek kerana menjaga Safiyyah pula.
Dan sehinggalah nenek pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 17 Ramadhan tahun lalu. Betapa terkilannya saya ketika itu kerana tidak menjadi orang yang menjaga nenek sehingga akhir hayatnya.
Tetapi dalam masa yang sama saya juga bersyukur. Sekurang-kurangnya saya pernah merasa kasih saya nenek hatta sekejap, dan juga mencurahkan rasa cinta saya nenek. Dan semoga itu menjadi buah pahala buat saya di akhirat kelak.
Dan kemudian saya mengandung. Semasa mengandung ibu mertua tidak membenarkan saya untuk menjaga nenek demi kesihatan kandungan. Selepas bersalin pun tak dapat jaga nenek kerana menjaga Safiyyah pula.
Dan sehinggalah nenek pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 17 Ramadhan tahun lalu. Betapa terkilannya saya ketika itu kerana tidak menjadi orang yang menjaga nenek sehingga akhir hayatnya.
Tetapi dalam masa yang sama saya juga bersyukur. Sekurang-kurangnya saya pernah merasa kasih saya nenek hatta sekejap, dan juga mencurahkan rasa cinta saya nenek. Dan semoga itu menjadi buah pahala buat saya di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment