Tadi call Ibu (mak mertua). Dah sihat rupanya tapi ada batuk sikit bila malam. Alhamdulillah. Alkisahnya masa melawat haritu Ibu, Abah dan Alisha tak sihat. Pulak tu berjalan jauh. JB - KP - MS - K. Saya pun penat apatah lagi mereka. Esoknya suami demam kemudian berjangkit kat saya. Selalu antibodi kuat tapi masa ni lemahlah dek menangis 2 hari rindukan Alisha. Itu yang sakit pulak. Kemudian cakap kat Ibu teringin nak makan Sup Gearbok (gearbox) tapi tak ada. Dasar manja kan. Demam sikit je pun. Tapi...Betullah memang setiap kali demam saya mesti teringin sup kambing/gearbok panas-panas. Terasa aktif segala deria bila menghirupnya. Dulu Mak (mak kandung) pernah jalan kaki 2-3 km semata-mata belikan sup untuk anak daranya yang demam/gastrik. Masa kecik-kecik, kalau demam biasanya teruk. Gastrik tak usah cakaplah. Wajib kena setiap kali Ramadan. 3 hari tak bangun katil tu dah selalu. Ngeri bila ingat pengalaman dulu. Tak nak gastrik dah :'( .
Lepas berbual sikit saya tanya kenapa sunyi sangat belakang tu? Alisha tidur?
Rupanya Ibu di tempat kerja. Ingatkan Ibu cuti harini, rupanya semalam. Ceh. Tak mahu ganggu lama-lama, saya mematikan perbualan.
Oh ya, cakap pasal berbual ni, pagi tadi saya jadi host untuk kelas Bahasa Inggeris sebab Sir Nawir sakit tekak. Asalnya tak mahu pun sebab saya kan muka ketat macam PMS, tapi disebabkan krik krik lama sangat, volunteer jelah ke depan.
Disebabkan tak pernah jadi emcee untuk program dalam bahasa Inggeris, saya blur jugalah. Vocab pun tak banyak. Ada masa sebut je dalam Bahasa Melayu. Hehehe. Lantaklah yang penting konpiden. Biar orang nak kutuk tatabahasa dan sebutanku salah. Yang penting berani mencuba. Kau ado? Hehehe.
Sepanjang2 kelas tu ada je saya nak menyelit pendapat sendiri walau tiada yang meminta. Sejak dah beranak ni mulut pun macam mak cik mak cik. Pot pet pot pet. Entah apa benda yang nak dicakap pun tak tahu. Tapi sentiasa adalah nak menambah. Mujurlah masa tak banyak dan vocab pun kelaut, maka saya kunci mulut sedikit. Kalau tak mungkin macam peluru je saya menyembur kata-kata.
Lepas kelas saya pergi makan kat OSS. Waaaa masa tulah demam ni tunjuk taring. Sebelumnya macam dah kebah, tiba-tiba bila dah panas membahang dia datang balik. Kepala weng weng nak pitam. Alhamdulillah ada Ristinazeha tolong angkut beg saya yang beratnya masyaallah boleh senget bahu. Tak sangka ada lagi orang nak kawan dengan saya. Hehehe. Uhibukkifillah ukhti.
Sekian, itu sahaja laporan saya untuk berita nasional hari ini.
No comments:
Post a Comment