Sunday, November 24, 2019

Uswah Hasanah

Baru-baru ni saya dan anak-anak ke masjid untuk dengar pengisian sempena maulud nabi.

Ni kali pertama untuk Safiyyah II sejak dia dilahirkan. Alhamdulillah dia okay sahaja sepanjang pengisian 1 jam tu.

Ustaz pengisi ada menyebut satu ayat daripada surah al-Ahzab, ayat ke 21.



Pada diri Rasulullah saw itu ada teladan yang sebaik-baiknya dan disebut bahawa ada tiga (3) golongan yang menjadikan rasulullah sebagai uswah hasanah iaitu:


1. Golongan yang mengharapkan redha Allah
2. Golongan yang mengharapkan balasan baik di akhirat
3. Golongan yang menyebut dan mengingati Allah taala di waktu senang dan susah



Sesungguhnya memang tak ada satu manusia yang paling bagus untuk dijadikan teladan selain baginda rasul kekasih Allah. Kalau ada yang menjadikan orang lain sebagai uswah hasanah dan orang itu hidup bertentangan dengan ajaran Islam, maka orang itu adalah uswah sayyi'ah yakni teladan yang buruk.

No comments:

Post a Comment