Tuesday, November 5, 2019

True & Honest Conversation With My Daughter



Semalam, saya mengadakan perbualan hati ke hati bersama Alisha, anak sulung saya yang berumur 5 tahun 11 bulan.

Sudah dua minggu dia tidak boleh tidur di bilik dan terpaksa dihadkan sentuhan disebabkan Chicken Pox, maka banyak aktiviti dan rutin kami sebagai ibu dan anak terhenti. Jadi saya berminat untuk tahu perkembangan emosinya dan saya mendapat inspirasi daripada video Youtube Ustaz Hasrizal beberapa hari lalu.

Seperti yang ditebak, ada jawapan yang sama seperti yang saya fikirkan, namun ada juga yang mengejutkan. Paparan perbualan seperti di bawah. Saya tak punya masa terluang yang banyak untuk mengolahnya menjadi puitis. Dialog ini hampir 80% menyamai dialog sebenar.

***

Ummi : Apa 3 perkara tentang Ummi yang Alisha suka?

Alisha : Cica suka Ummi bacakan buku untuk Cica, Ummi main dengan Cica dan yang paling Cica suka, Cica suka Ummi peluk Cica.

Ummi : Peluk? Betul ke Alisha paling suka Ummi peluk?

***

Alisha mengangguk.

***

Ummi : Jadi sekarang ni kan Ummi tak boleh sentuh Alisha. Dah 2 minggu Ummi tak peluk. Apa perasaan Alisha?

Alisha : Cica sedih. Kadang-kadang Cica rasa nak nangis. Bila malam-malam Cica bangun Ummi takde, Cica sedih tapi Cica tahan.

Ummi : Oh yeke? Kasihannya anak Ummi. Tapi cuba Alisha fikir, memang Alisha tak dapat peluk tapi Alisha dapat coklat dan pensel warna baru. Dapat melukis sama-sama, okaylah tu.

Alisha : Tapi Cica nak peluk Ummi jugak. (Mata berair).

Ummi : Alaa Alisha janganlah nangis. Takpe, insyaallah lagi 5 hari Alisha boleh peluk Ummi.

Alisha : 5 hari lagi? Betulke Ummi? Yeay yeay peluk Ummi!

Ummi : Okay, sekarang Alisha sebut pulak apa 3 perkara pasal Ummi yang paling Alisha tak suka. Ummi tak marah okay?

***

Teragak-agak sebelum meneruskan.

***

Alisha : Cica tak suka Ummi marah-marah Cica, rotan Cica. Cica sedih kalau Ummi jerit-jerit kat Cica.

Ummi : Alaaaa kesiannya anak Ummi. Ummi asyik marah-marah eh. Ummi tahu tu. Ummi pun tak suka sikap Ummi yang tu. Ummi minta maaf ya sayang.

Alisha : Takpe, Cica tak marah. (Senyum)

Ummi : Dah, pergilah tengok TV tu. Kejap lagi orang lain pulak nak tengok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment