Saturday, April 4, 2015

[Diari] Asoka

Entah kenapa sebak terasa di dada tatkala membaca bait-bait indah sasterawan negara, allahyarham Abdullah Hussain. Ketika meneliti (segan rasanya sedang cuma membaca sekilas sahaja) tulisannya, terasa teramatlah rugi kerana baru hendak mengenal beliau setelah 92 hari pemergiannya. Bukunya belum saya tamatkan, sedikit sukar menyesuaikan masa yang suntuk dengan mood. Tugasan di atas meja asyik menjerit meminta perhatian. Semoga Allah taa'la mengurniakan saya kelapangan masa dan akal fikiran untuk menghabiskan antara naskah teragung sasterawan negara Abdullah Hussain  iaitu IMAM sebelum hari Selasa tiba. Kenapa Selasa? Sebab ada test untuk subjek kendalian pensyarah kegemaran kita. Haaaa itu dia, sejak bila Najiha yang sedingin ais kutub utara ni ada perasaan kasih-sayang? Entahlah kan, tiba-tiba saja hehe. Semoga Allah taa'la menerangkan hati dan minda saya. Aamiiiin.

Oh ya, malam semalam Astro Tayangan Hebat menayangkan filem Asoka. Asoka beb Asoka. Walaupun menyimpang agak jauh dari Sejarah, ia tetap best kerana ia pasal Asoka. ;)

No comments:

Post a Comment