Monday, April 6, 2015

[Diari] Hugh Jackman


Rindu gila sama Alisha. 
Apa itu orang kata? Rindu separuh mati? 
Lebih kuranglah.

Ya Allah, rindunya.
Tapi tolonglah jangan sampai kerinduan ini buat saya hampir separuh gila seperti dahulu.

Ya, tiada siapa tahu.
Dan tak perlu tahu.
Sebab saya benci simpati.
Rasanya semua orang pun tidak sukakannya.

Punca kerinduan yang tiba-tiba menjelma mungkin daripada lagu Miracles of December.
Saya tak suka hiburan negara Korea.
Kecuali lagu ini dan beberapa lagu/drama lain.

Bukan best mana.
Cuma pernah sekali saya jadikannya lagu iringan bersama video Alisha.
Jadi bila ia diputarkan, serta-merta ingatan terbang kepada Alisha.

Sudah makankah? Ada orang marahkah? Ada orang ajar bukan-bukan? Kena tengkingkah? Ada orang bermain dengannyakah?

Soalan tipikal kan.

Semoga Allah taa'la sentiasa menjaganya.

Ya Allah, sedih gila.
Camana nak tahan air mata ni.
Benci betul bila ter-menangis di hadapan orang.

Sebab itu saya jarang sangat bercerita kisah Alisha pada sesiapa.
Bimbang air mata tumpah.
Manusia kan.
Perempuan lagi.
Sensitif tu biasalah.
Untuk elakkannya, lebih baik tak payah buka topik tertentu.

Oh ya, hari ini buku Imam telah saya pulangkan dan tukar dengan buku baru.
Sherlock Holmes oleh Sir Arthur Conan Doyle.
Bila baca terbayang-bayang Robert Downey Jr. dan gayanya.
Oh saya taklah minat beliau sangat.
Rasaya saya memang jarang minat mana-mana artis.
Kecuali yang tertentu.
Seperti Hugh Jackman, Hugh Jackman, Hugh Jackman dan Hugh Jackman.
Hahaha.
Oh mata, sila jaga pandanganmu.

Ya Allah, stresskah saya?
Asyik teringat Hugh Jackman je. 
Tolong...


Semalam sebelum pulang Emak ada mengajar saya membaca sebaris doa penerang hati. 
Kalau tak silap surah al-Anbiya ayat 79.
Lupa.
Nanti kena semak semula.
Baca selepas solat.
Terima kasih Emak.
InsyaAllah Nome amalkan.

Rindu Emak. Rindu Ayah juga.
Pelik rasanya.
Sebelum berpisah semalam Ayah cium pipi.
Camana nak cakap ya?
Saya dan ayah tak pernah sebulu.
Kecuali beberapa bulan kebelakangan ini.
Macam dah sejuk.
Sayalah yang sejuknya.
Sebelum ni panas menggelegak.
Darah muda kan.

Harap-haraplah ia bukan petanda buruk.
Semoga saya sempat berbakti pada Ayah dan Emak.
Tak apalah tak kaya, asalkan Emak dan Ayah dapat rasa hasil daripada titik peluh saya.


No comments:

Post a Comment