Sunday, May 10, 2015

[Diari] Gagal

Suami selalu berkata.

"Yayang ada banyak talent yang tiada pada orang lain. Tapi yayang ada satu masalah. Masalah ini yang selalu sekat yayang dari berjaya. Kalau yayang dapat atasinya, insyaallah yayang akan jadi manusia yang sukses."

Hati tidak meneka, tidak jua bertanya apa yang dimaksudkan beliau.

Kerana saya sudah tahu sejak dahulu lagi.
Dan masalah itulah yang menyebabkan saya berada di sini ketika ini.

"Seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali."

Dua kali sahaja kita diberi kebenaran untuk terpedaya.

Tapi kenapa saya berulang-ulang kali?

Apakah ia bermaksud saya bukan mukmin?

Apakah itu mukmin sebenar?

No comments:

Post a Comment