Monday, May 14, 2018

Cerita Anniversary Kelima

Sudah lupa hampir separuh daripadanya ahahah.

Saya cuma ingat yang tuan suami bawa saya pergi spa untuk dimanjakan selama 5 jam. Keras punggung tuan suami tunggu saya, katanya. Alhamdulillah, gembira rasanya. 

Kemudian, kami menikmati hidangan makan tengah hari di restoran kegemaran kami iaitu Vivo American Pizza and Pasta. Saya memesan baked fish pasta dan air suam manakala suami pesan pizza, jika tak silap saya. Safiyyah tiada kerana menemani neneknya ke kenduri. 

Selepas itu rasanya kami ada bersiar-siar menikmati pemandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru dan pulang ke rumah ketika maghrib.  

Oh ya, tuan suami juga ada membelikan beberapa barangan penjagaan wajah dan badan. As usual, memang setiap bulan beliau akan belikan walaupun tidak diminta kerana katanya ia nafkah wajibbb. Terima kasih ya abang sayang. 

Jannah
14 Mei 2018

No comments:

Post a Comment