Tuesday, July 18, 2017

[Student Life] My Adik-Adik


Aku perasan aku selalu mulakan penulisan aku dengan perkataan "hari." Ini menunjukkan aku seorang yang sangat setia kerana tak guna perkataan lain untuk bertahun lamanya. Ngehehe.

Anyway, hari ini ialah hari terakhir peperiksaan. Biasalah bila hari terakhir, ambil gambarlah apa lagi. Lepas ambil gambar, pulang dan masak cincai-cincai. Lepas tu sesi mengemas bilik yang astaghfirullahal 'azim. 

Tapi sekejapan cuma. Sebab tak ada kotak, maka aku tinggalkan kerja separuh jalan. Esok dah dapat kotak baru mula kemas balik.

Jadi sekarang aku baca-baca entry lama. Banyak merapu tapi biarlah. Cukuplah rasa menyesal aku sebab padam blog aku dari tahun 2008 dan juga 2011 tu. Kalau ada boleh juga aku muhasabah sikit sebab rasanya dulu lagi matang.


-------------------


Thanks adik-adik akak sebab jadi orang baik, kawan yang baik dan ahli jawatankuasa JKKKK Kuala Pilah yang cemerlang. Semoga kalian terus cemerlang di dunia dan akhirat. Kenduri kahwin jangan lupa jemput walaupun besar kemungkinan akak tak dapat datang heheh.

Kakak sayang semuanya.


No comments:

Post a Comment