Thursday, January 19, 2017

Exam Sudah Habis Bro


7.00 pagi.

Sekarang saya sedang menyusun kembali kertas-kertas akademik yang berselerak sepanjang fasa imtihan. Selepas episod sedih terhantar nota Parasite yang saya buat dengan susah-payah ke pusat pengumpulan kitar semula awal semester ini, saya tahu saya mesti susun dengan baik bahan akademik semester ini supaya hanya yang betul-betul sudah hilang manfaat sahaja yang akan dikitar semula.

Kebetulan semalam masa jumpa kawan husband, dia bertanya mengenai nota semester 4. Jadi alang-alang, mungkin saya boleh turunkan kepadanya, InsyaAllah.





Semester ini saya ambil 8 subjek dengan dua daripadanya ialah latihan industri dan projek tahun akhir. Jadi ada lima subjek yang ada peperiksaan akhir. Fuh, tak sangka berjaya survive. Harap-harap semester depan, iaitu semester akhir, akan menjadi lebih baik. 


No comments:

Post a Comment